MELAKA - SEPAGI DI KUALA LINGGI

Friday, February 6, 2015
Sedar tak sedar, sudah seminggu saya tak meng update blog..  Selain takde bahan menarik, sebagai Mama kepada 4 orang anak, masa sentiasa mencemburui.  Siang malam manjang je tak free..

Cuti baru-baru ni kami berhajat ke Melaka.  Saja-saja melawat Adik di Uitm Alor Gajah & bercuti sekeluarga.  Ye lah.. cuti sekolah tahun lepas kami tak berpeluang merayap sangat sebab Suami bz dengan projek TUDM nya tu.  Since cuti wilayah ni bergabung pula dengan Thaipusam.. Haa.. apa lagi... Jom kita jenjalan!

Kami bertolak selepas Subuh & bersarapan di KL aje.  By 9.40a.m dah pun tiba di Alor Gajah.  Terus aje ambik Adik, heret dia jalan-jalan sekali... Mulanya nak terus ke bandar Melaka.. tapi kami 'termelencong' pula ke Kuala Linggi.  Kebetulan saya 'hampir' booked Umang-Umang Challet di area ni, jadi bolehlah kami jengah kawasan resortnya.  Bila sampai... Ada bau busuk/masam menusuk hidung.. mmm.. parking area di belakang resort ni merupakan tempat pembuangan sampah rupanya.  Sorry lah.. saya kurang berkenan bab sampah di buang merata ni.. (dalam hati.. mujurlah bilik full masa saya nak booked aritu... kalau takkk... ).  Ini gambar sekitar depan resortnya.. Saya snap kawasan yang menarik aje, tak nak cemari entry dengan gambar-gambar yang menyakitkan mata.  I love nature beb.. otakku semak kalau nampak sampah!

Adik pun sibuk ambik gambar sekali..

Agak cantik kan?..



Tiba-tiba perhatian semua orang teralih ke sini.. Mama pun join sekaki nak tengok apa kebendanya...

Laaa.. ketam rupanya!




Sibuk nak naik buai, talinya basah lah pulak...


Ada si meow sedang menyakat ketam... hehehe..
 Kemudian kami melencong ke sini pula... Kami pun tak pasti apa nama tempatnya tapi nampak menarik untuk disinggah...

Walaupun berselut, airnya jernih sekali


Ikan-ikan belacak sedang riang melompat sana sini.. sayang hp saya tak cukup canggih nak capture moment tu..
 Kami kemudiannya menuju ke Ford Dutch.. Adik kata dia pun tak tahu apa tempatnya... Sekali bila sampai....
Eehhh.. macam rumah orang yg under construction aje... Ini ke Ford Dutch nya?  Confused kejap... Jadi berpatah baliklah kami dengan hampanya...
 Masa nak teruskan perjalanan ternampak pula Rumah Balqis ni... Macam menarik ni... kami pun masuk...
Rumah-rumah kampung ala homestay sedia disewa...

Ada pelbagai jenis & saiz.. sesuai kalau pergi secara berkeluarga.. banyak rumahnya..


Dalam banyak-banyak rumah, kami paling berkenan dengan yang ni...

Ada swimming pool

dan surau




Berkenan sungguh kami dengan rumah ni...

Ini pula deretan bilik yang boleh disewa..

 Unlike Umang-Umang tadi, kawasan Desa Balqis amat terjaga dan bersih.  I like!
Sempat snap kereta kami yang berada di dalam laut!!!  Masa mula-mula tu kami sangkakan map tu salah... Tapi bila kami teruskan juga, ternyata ada jalan.. Agaknya dahulu kawasan ni adalah laut yang ditambak kot???
Ok.. itu je dulu tentang Kuala Linggi... Kami kemudiannya ke Klebang pula...


2 comments:

{ InaYusoff } at: February 7, 2015 at 11:18 AM said...

kampong sayeee...hihi.

tp pnh pegi satu tpt je yg jmbtn tu.itupun utk weeding photoshoot..

{ Kina } at: February 9, 2015 at 11:53 PM said...

Iyee?? Cantik kampung... boleh main pantai selalu kannn... Mesti cantik gambar kahwin Ina kan? Best tu dapat shooting kat beach..

Post a Comment