Dah besar pun baby bucuk Mama ni.. Makin hari makin mengganas jadinya. Eeii.. geram nak gigit-gigit jee rasanya.. heheh.. Sekarang ni Mama terpaksa kurangkan aktiviti ke dapur sebab si kenit ni tak boleh ditinggal lama-lama. Sama ada dia membuas & buat aktiviti yang tak sepatutnya or melalak panggil Mama! Jadi Mama buat tugasan baru dalam bilik, Mama angkat mesin jahit, letak atas meja komputer... Apa lagi.. Moh menjahit!! Jadi bolehlah Mama pantau dia sepanjang masa...
|
Tengah mengorek lapik.. Bila nampak Mama terus kelam kabut.. hehehe.. |
|
Haaa.. inilah aktiviti dia kalo Mama tak pantau! Habis dikoreknya barang-barang kat bawah katil tu. Takpon ditolaknya segala bantal masuk bawah tu... Kalau dah takde apa sangat nak disepah or ditolak, dikoreknya pulak lantai parkir tu! Elok je digenggam sambil diketuk sana sini. Tu belum lagi dijilatnya bagai aiskrim!!! Baby age ni memang tak boleh dibiarkan main sorang-sorang kan... |
Bila Mama bz sangat, mula la cakap dalam hati... Cepatla baby besar... Pening Mama nak berkejar handle kakak-kakak, kerja rumah, memasak, menjahit, hal cafe... Tapi bila tengah tergolek-golek layan baby Ila... terus rasa.. Janganlah cepat sangat besar coz best sangat main dengan baby ni. Buat apa pun nampak cute aje. Nanti bila semua anak dah besar sikit, mesti akan rasa miss nak berbaby lagi... Betul tak?
2 comments:
Haha.. kenalah tambah lagi sorang Kina..
jangan Aisy.. yg ni pun dah nak pitam!
Post a Comment