Bila dah beli sewing machine, kami mula survey tempat jual barang jahitan. Susah juga nak cari barang-barang menjahit ni ye. Geram je tengok blog-blog minah saleh yang buat dress cantik-cantik. Malangnya.. Banyak tak jumpa barangnya. Jadi kami survey a few places untuk cari barang jahitan & untuk compare harga juga.
Lama dah dengar tentang Spotlight di Ampang Point ni.. Jom lah kita masuk, tengok apa yang ada....
Bila masuk aje.. Woowww!! Banyak sungguh alat-alat jahitan kat sini... Memang rambang mata kami ni... Benag-benang |
Bias tape |
Zip |
Memang banyak sungguh barang-barang dalam ni termasuk fabrik, pattern dll lagi. Cuma saya kurang excited bila tengok harganya... heheheh.. Maybe kualiti barang-barang kat sini tak sama macam kedai jual barangan jahitan yang biasa saya singgah kot.
So.. for the time being, kami tak menyopping kat sini lah... Kami beli stok jahitan sekitar Melawati aje or kalau nak beli dalam kuantiti banyak, memboronglah di CHOW KIT! My Mom In Law biasa beli barang jahitan kat situ. Harganya biasanya half price dari kedai-kedai luar (harga borong). Memang berbaloi la sebab benang brand Dolphin RM1 kat luar, di Chow Kit ni dapat RM0.50 sen (kena beli 10 warna)... memang murah!
2 comments:
Kak Sham sampai ke la ni.. kalau nak memborong brg jahitan.. pi beli kat area Kota Raya. Dari sejak zaman belum kawin lagi.. harga boleh tahan jugak..
Alahh.. jauhnya nak lajak ke sana kak sham... saya ni mmg malas nak menyopping sikit..
Post a Comment