Malam ni kononnya nak siapkan assignment Adik (as usual, baik ati sangat offer diri buatkan assignment). Tapi bila menghadap blog, banyakla pulak gambar-gambar yang nak kena sort... Maklumlah, nak kena buat 3,4 entry terus satu malam... Haaa... pening jugakla nak clearkan gambar-gambar dalam phone tu. Dengan gambar whatapps laginya, gambar-gambar yang saya simpan dari FB. Fuhhh... tup..tup.. dah dekat pukul 1 a.m pun! Alamatnya.. postpone lagi lah...! (Agak-agak kalau saya cakap tak jadi buatkan, Adik saya menggelupur kepanikan tak?.. heheheh..)
Entry kali ni nak story sikit fasal aktiviti kami sepanjang di utara pada cuti sekolah yang lepas. Kami dah 'kehilangan' 2 hari, gara-gara MyEg/permit pekerja... huhuhu...
Kami bertolak ke Utara pada selasa, dah lewat petang pun. Sblm tu dah maklumkan Adik di Kulim, kami nak tumpang tido kat sana.
Geng-geng terjah utara yang lain bermalam di Merbok. Sampai area Penang
dah jam 11 lebih, cari mee udang, semuanya dah tutup. Last-last pekena
char kue teow. Tak sempat nak pergi ke tempat favourite kami di BM,
jadi kami redah ajelah mana-mana kedai yang beroperasi.
Char Kue teow... Tiha habiskan 2 pinggan besar, then mintak Mama orderkan lagi 1! Mama & Baba disapproved, rasanya 2 pinggan besar pun dah lebih dari cukup... |
Dari Kulim ke Merbok, Adik bawak ikut highway baru, lalu tepi laut... Kat bawah ni gambar yang saya snap dari dalam kereta sepanjang laluan highway tu...
Budak kecik ni membuta aje kejenya... aman Mama... |
Lauk pauk yang Mak Cik masak... Kakak Ipar dgn Mak aje yang tolong sebab yang lain semua berbaby.. Dok pakat usung baby masing-masingle.. |
Best tau makan tepi sawah... Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa... Udara pun fresh. Walaupun musim panas, takla terasa sangat bahangnya.. |
Gambar ni yang hampir complete semua orang.. tapi saya takde pulak... :( |
Sepanjang rumah Mak Cik memang sawah padi terbentang luas. Rumahnya pun betul-betul di tengah bendang. Ni antara gambar yang saya snap dari dalam kereta... |
Sampai di Jerai Hill Resort, cuaca masih panas lagi, so takde la terasa sejuknya. Tapi udara memang segar & boleh terasa perbezaannya dari tanah rendah. Saya just letak gambar ajelah.. kami pun hanya naik untuk meninjau suasana atas ni. Ramai yang asyik bertanyakan saya apa yang ada atas ni, meh kita naik sama-sama!
Okaylah.. itu aje dulu.. Gambar kat rumh Pak Teh takde lah pulak. Malam tu kami try Nasi Lemak/Briyani Royale di Alor Setar... Sorry to say.. memang tak kena dengan selera kami. Semua orang mengeluh & frust.... hehehe...
0 comments:
Post a Comment