Cuti kali ni banyak plan dah tergendala gara-gara menguruskan hal permit pekerja. Hinggakan kami terpaksa cancel plan Jalan-jalan Cari Makan yang dah lama kami tunggu.. huhuuu... Stress je tengok Parents, Abang & Adik-adik yang berkonvoi 5 biji kereta meneruskan perjalanan yang bermula Isnin-Khamis. Plan asal, kamilah yang bakal mengepalai perjalanan dari KL ke Utara ni. Sayangnya saya terpaksa tarik diri di saat akhir.
Mungkin dah rezeki kami, pada Selasa tu semua urusan dokumentasi dah selesai walaupun permitnya tak kunjung tiba juga. Jadi petang Selasa tu kami bergerak ke Utara untuk menyertai konvoi yang disertai kesemua Family Members Pak Non... kecuali Adik Bongsu di UITM Melaka. Memang meriah & ramai... Maklumlah kesemuanya dah bekeluarga.
Walaupun tak banyak gambar yang saya snap, tapi bolehlah saya share serba sedikit aktiviti kami sepanjang di sana. Kalau dah disertai Mak & Ayah, aktiviti melawat saudara mara pastinya jadi agenda utama. Kami ikut ajelah request Mak Ayah yang jarang nak ikut jalan-jalan macam ni coz diorang ni memang tak suka tutup kedai dalam tempoh yang lama. Tapi kali ni nampaknya Mak Ayah yang terlebih excited. Agaknya bila tengok kesemua anak cucu berkumpul ramai-ramai macam ni.
Memandangkan dah beberapa helai baju anak-anak dah pun kami siapkan, maka bolehlah anak-anak peragakan baju hasil jahitan Baba & Mama. So far oklah.. masih intact di badan walau dipakai oleh kanak-kanak lasak..heheheh... so kira pass la QC test oleh anak-anak sendiri... :)
0 comments:
Post a Comment