DINNER ANNIVERSARY & TIPS FROM PICKNIK

Friday, August 28, 2015
Ehh... Dah 10 tahun kami kahwin??  Cepat sangat masa berlalu, sampai sekarang pun kami still tergelak sebab memang kami kawan je sepanjang 8 tahun kenal... Bila end up nya kami kahwin... memang rasa kelakar habis... :p.  Dah jodoh kan.. siapa bisa menduga?

Sempena Anniversary, kami keluar dinner aje.  Kebetulan Ila still demam, jadi tak mau tempat-tempat yang sesak or pegi vacation ke apa.  Lagipun by 6.00pm tu saya dah masukkan Voren, biasanya after 6 hours barulah suhunya start naik.  So kami ada until 12.00am sebelum next dosage.. Memang cukup sangatlah sekadar untuk keluar dinner kan...

Kali ni kami decide ke Picknik!  Masih banyak menu yang belum kami rasa & masih banyak teknik masakan yang belum saya faham.  Kat sini boleh makan sambil belajar masak, best!

Tiapkali datang... Inilah tempat lepak saya... Memang tak lekat kat meja.  Saya akan perhati setiap menu yang dimasak.  Time ni Nik Micheal takde... Cook yang kat depan ni tak berapa faham sikit kalau ditanya... jadi saya lebih banyak memerhati & tanya apa yang saya tak sure aje.  Lagipun nampak diorang berkejar nak siapkan order, tak maulah kacau sangat kan.  
Lama jugak saya memerhati diorang masak sementara menunggu menu sampai.  Masa ni saya baru terfikir nak perhati staff belah belakang sana pulak memasak.  Rupanya Staff ni lagi bersungguh mengajar.. I Like!  Masa tengah bertenggek kat situ, tiba-tiba nampak ada sorang Mamat ni laju je meluncur masuk dengan skateboard.   Ehh.. Chef dah sampai!  Tapi saya buat dunno je la... nampak dia pun sibuk duk ambik gambar bawah kaunterla.. gambar dapur etc.. So biarlah dia settlekan urusannya tu, segan jugak nak tegur...

Dalam pada saya sibuk memerhati & bertanya itu ini kat staff tu, tiba-tiba Chef Nik sampuk... "Habislaahh... lepas ni boleh bukak kedai la tu.. " Sambil dok gelak-gelak.  Bila dia start menyapa je.. Haaaa... saya pun layan ajelah.  Tadi ingat tak nak tegur, bimbang lah dia tengah busy ke...

Sambil berborak, nampak Chef Nik dok sibuk prepare untuk memasak.  Bila saya tanya dia nak masak apa, dia cakap.. "Nanti.. nanti... I'll guide you all the way through ok... ".. " I ajar u satu-satu"... Hehehehe.. Ini yang saya suka sangat dengan Chef Nik ni, tak kedekut ilmu!  Dia tak suka kita belajar separuh jalan, kalau boleh dia nak kita duduk tercongok & tanya dia sampai kita faham...

Masa Chef Nik sampai, makanan dah pun terhidng, jadi saya pun kejap² pegi makan, kejap² tengok dia masak...

Sebelum kita story pasal apa Chef Nik masak. meh kita tengok apa dinner kami malam tu. Tapi menunya banyak yang sama macam dulu-dulu sebab pilihan dah limited!  Sedihnya banyak makanan dah takde dlm menu.  Chef nik cakap kos tinggi sangat, jadi susah dia nak letak harga, so dia kekalkan makanan yang memang biasa jadi pilihan customer dia aje (sebelum ni ruang main dish ada 3 pages, sekarang tinggal 1 aje... sob..sob..sob..).  

Baba dengan Mojito dia... (no liquor)... sini takde jual liquor ye.. sebab tu jadi pilihan kami.  Saya order mango juice... sorry to say im a bit frustrated sebab tak guna fresh mango... :(

Budak² ni kami orderkan Garlic bread dengan Mushroom soup... 

Nak tau sedap ke tak?  Haaa... tengok gaya diorang makan tu... hehehe...

As usual ini pilihan Tiha (since soft shell crab dah takde dalam menu...)... 
 Chef Nik pernah ajar saya cara nak buat gravy untuk Salmon tu... Caranya - didihkan lemon, perasakan garam gula, tambah butter & tutup api.  Jangan masak lama-lama butter tu, nanti minyak & airnya separated, tak cantik jadinya...

Potato penyek kat bawah Salmon tu pulak senang aje nak buatnya (ikut cakap Chef la)... walaupun ianya hanyalah kentang terpenyek, tapi rasanya manis sangat.. memang ngam lah dengan sos lemon tu.  Chef cakap, potato ni ada jenisnya, untuk yang manis macam ni, namanya chat... Memang sedap & manis macam ditambah gula tau.  Kentang tu hanya direbus sampai empuk, penyek (pecahkan) kemudian taburkan salt & pepper.  Siap!  Memang senanglah bunyinya kan... Salmon tu pula digrill atas pan dengan butter until cantik warnanya & dibakar sekejap dalam oven..
Haaa.. nampak tak gaya orang tak sabar nak makan???

Mine with Angus Steak... Ila dah pun kenyang mkn mushroom soup, garlic bread & mash potato... hehhe.. Time ni dia still ada selera nak makan..
Saya perhatikan semua jenis steak/fish, digril & kemudiannya dibakar di dalam oven.  Tujuan digrill atas api, just untuk dapatkan grill mark & ikan pula nampak nicely seared... Dari gril, transfer dalam bekas stainless steel, tuangkan olive oil (agak banyak tau) then bake sekejap dalam oven.  Timing bergantung pada doneness of the steak & weight of the steak.  So kalau nak experiment, bolehlah try bake for 5 minutes ke dulu okeh.  Kalau nak tau, lagi kurang masak steak tu, lagi lembutlah hasilnya.  Kualiti daging pun penting, jadi jangan pelik kenapa kadang-kadang steak kita tak menjadi.  Saya pun tak terror sangat bab buat steak ni, apa yg saya share ni just pemerhatian saya sahaja & saya catat kat blog supaya saya boleh refer balik nanti-nanti.. hehehe..

Mushroom tu pula ada cara untuk sautee.  Kat Picknik, diorang guna fresh mushroom... Mushroom tu dimasak dengan butter hingga kering airnya kemudian tambah garlic, garam & pepper.  Garlic tak dimasukkan awal untuk elak ianya hangus sebab mushroom tu ambik masa yang agak lama untuk kering.  Sayur lain yang dihidang pula dicelur sekejap (termasuk tomato cherry kat salmon/barramundi) kemudian digaul dengan butter yang dimasak dengan garlic.  Kiranya toskan sayur & gaul atas darat ajelah... Simple jugak kan?
My darling dengan Barramundi... (kat blog je berani paling darling..darling.. kalo kat depan².. aaww.... tak sangguppp...).. 
Masa tengah makan, saya dok ulang alik tengok Chef Nik memasak.  Rupanya Chef duta Tupperware.  So dia tengah testing barang-barang tu & prepare resepi yang sesuai untuk launching nanti.  Banyak kali dia warning jangan ambik gambar Tupperware tu sebab belum launch lagi kan... Baik Chef!!

Chef tengah busy preparing & teaching!  Thank You Chef!  You're the best lah!!

Masa ni baru tersedar.. Oh Ayahnya Datuk Chef  Nik Ezar pun ada!  Haa... ni pun bukan calang-calang Chef tau.  Berpuluh tahun jadi Chef di oversea.  Chef Nik pun boleh memasak sebab rajin tolong Ayah dia lah.  Masa ni Datuk Chef tengah prepare dinner, saya tak pandai eja nama makanannya tu.  Yang pastinya menu Perancis... Ayahnya pun peramah sangat.. 
 Bila dah siap... Tadaaa... Dengan baik hatinya Datuk bagi kami rasa!!
Tester... Kuahnya creamy (ala-ala brown sauce) & dalam ni ada mushroom, beef, gherkin dll... Sedap!  Bila nampak berebut-rebut kami merasa, Datuk offer lagi.  Saya just cakap no, thank you.. just nak rasa je.. (kesian la kalau menu dinner dia pun kami tukang perabis)... hehehe... 
 Lepas makan saya sambung lagi tengok Chef Nik memasak.  Dannn....
Chef Nik offer kami test & komen dessert yang dia prepare tu... Apa lagi... Laju je Mama bawak ke meja.  Anak-anak melompat macam naik hantu bila nampak Choc Mousse ni!  Hahahaha.. Setiap suapan, Ieqa & Misha jerit... "Arrghh.. sedapnya! Sedapnya!!" sambil lompat-lompat.  Kecoh satu kedai.  Aduhhh.. malu betul Mama.  Ila pon terbeliak-beliak mata bila disuap... sedap sangatlah tu... heheheh.  So.. saya rasa Chef Nik tak perlu lah tanya komen kami lagi.. tengok gelagat budak-budak tu pon dah boleh agak berapa bintang kami nak bagi... :P 
 Haa... saya dah ada resepinya.  InsyaAllah saya try buat, kalau menjadi saya share kat blog ye.  Kalau ikut Chef, easy peasy aje... Iyolah Chef... Kalau ditanya pasal masakan, semuanya easy (for you) kan...
Budak-budak ni paling happy.  Sepanjang 2 jam kami berkampung kat sini, diorang memang lupa Mak Ayah.  Ada kat meja bila nak makan je, lepas tu, pusing sekitar Picknik.  Ni gara-gara staff kat sini yang suka sangat melayan.  Mesra betul budak² ni dengan Staff tu, kagum sangat saya sebab sepanjang hampir 2 jam ada je dia cari topik ajak budak² ni berbual², Ieqa & Misha pun didukungnya sebab sibuk nak tengok Chef masak.  Dah tu.. dapat bunga pulak sorang sekuntum... 

Ni gambar budak-budak dengan Chef.  Jangan tak tau, "Abang Angkat kesayangan" diorang (Cashier) yang beria²ajak bergambar dengan Chef.  Ieqa pun boleh tersenyum, maksudnya memang dia selesa sangat dgn orang tu.  Ieqa ni jenis 'panik' dengan orang luar, hatta saudara mara yang rapat.  
Alhamdulillah.. pengalaman dinner yang mengujakan.  Saya doakan Picknik akan terus maju & karier Chef Nik pun makin berkembang.  Dah maju jaya nanti, jangan sombong pula ye.  Saya suka dengan caranya yang very humble & sincere.. U own my respect Chef!






0 comments:

Post a Comment