Lama tak update.. so ceritanya sentiasa lah ketinggalan zaman sikit. Jumaat malam, saya terperasan badan Ila panas. Bila cek, dah pun cecah 38.3c, so laju je saya ambil voren 12.5mg sumbat kan ke punggung. Ingatkan sekali tu ajelah... rupanya berlarutan demamnya until last night. Setiap 6 jam mmg kena masukkan ubat, memang tinggi sangat suhunya. Pagi tadi saya perasan ada macam ruam sekitar muka dan leher. Mulanya saya sangkakan dia kena demam campak. Tapi bila saya perhatikan balik, Roseola rupanya. Bila anak demam, baby pulak tu.. hal lain tolak tepi dulu lah. Malam ni dia dah boleh tidur nyenyak, barulah Mama mengadap pc semula.
Kalau nak tau detail tentang Roseola, boleh try serach ye. Roseola ni selalu disalahtafsir sebagai campak. Sekali imbas memang nampak macam ruam campak Tapi sebenarnya tak sama. Ruam Roseola tak menentu & tidak ketara seperti Campak. Kalau campak memang merah & tumbuh satu badan. Roseola pula lebih kepada sesuatu kawasan. Macam Ila kena di bahagian muka, leher & sedikit di dada. Roseola ni tak miang. Tapi baby meragam juga, mungkin agaknya perut rasa tak selesa (biasanya diorang akan sakit perut). Ila ni start cirit sejak Ahad lepas... Seleranya pun hilang bila dia mula cirit. Kuruslah baby Mama ni.. :(...
Plan asal saya nak story tentang tempat makan favourite kami & share sedikit tips masakan dari Chef . Tapi gambarnya tak keluar pulak kat sini. Prob betul saya dengan gambar-gambar dari Google+ ni.. tak semua gambar ada di blogger. Kadang-kadang terpaksalah saya update dengan apa gambar yang ada je. So sementara saya nak atasi masalah gambar yang tak reti nak keluar kat blogger ni, saya story ajelah pasal kisah 2 minggu lepas pun... heheheh..
Open house ni sebenarnya untuk Persatuan Silat Cekak Hanafi (kalau ikut pada kad jemputan). Tapi kami dapat jemputan atas dasar jiran tetangga. Ini kali pertama saya jejak kaki ke Laman Pengantin Taman Melawati ni. Dah lama saya nak tengok suasana dalamannya... Biasa jenguk dari jauh aje... Wahh.. memang luas & selesa sangat untuk apa-apa majlis yang besar. Jom kita tengok gambar...
Dapat duit raya lagi tu... Yang berbaju hijau itulah jiran kami... |
Okay.. perut dah kenyang... jom kita balik. Alhamdulillah... syukur atas rezeki Mu. Memang enjoy sangat kami makan, sampai tak tau nak pilih. Moga makin murah rezeki ye... :)
0 comments:
Post a Comment