Tempat menjahit pula dah kira agak urgent. Mana tak nya... Shumaila dah terror panjat katil & dah boleh reach stok jahitan Mama! Bahaya ni sebab banyak barang yang tajam & halus. Pening nya Mama nak sorok or simpan mana. Saya ni dahla tak suka barang yang tak boleh dicapai bila diperlukan. Kalau boleh semua tersusun depan mata. Cthnya nak menjahit, semua barang mesti reachable. Kalau nak memasak, barang masak & alat masak pun reachable... Tak mau kena alih barang or panjat sana sini (jawabnya rela daku tak guna benda tu... hehehehe...) Boleh tengok entry DIY saya yang dulu untuk tengok cara saya arrange barang...
Punyalah lama Mama membelek, akibatnya lambat betul kami fetch Tiha. So kami terus aje singgah Masjid dekat rumah untuk solat & berdinner di luar aje. Kali ni kami nak try makan Roti John Titiwangsa di area Keramat.
Roti John Titiwangsa... boleh cari dalam Waze yer untuk dapatkan lokasinya.. :) |
Since takde kerusi baby, kita bagi Ila rasmikan meja kedai ni... hehehe.. Memang tak larat nak pegang budak yg tak reti duduk diam ni... |
Ni roti bakar special namanya. Roti bakar disapu butter & kaya, telur separuh masak & fries. Not bad... |
Dari segi rasa, bagi saya ok lah. Telurnya memang banyak, cuma rempah ratusnya tak terasa macam Roti John Unan. Apapun saya rasa berbaloi dan boleh lah kami bertandang lagi! Shumaila pon kata ok sebab dia berjaya habiskan 3 batang fries... :P
0 comments:
Post a Comment