Ingat malas nak mengadap blog malam ni... Tapi gara² kepanasan, melilau sana-sini, last² hinggap kat depan pc. Tengah² cuaca panas macam ni lah aircond nak rosak pun. Since dah tak tahan sangat, we all tidur aje atas sofa kat living... Sliding door terbuka luas, at least ada jugak angin dari sungai datang bertamu (tapi malam ni still panassss!!!)...
Dah lama saya nak letak entry jahitan, ye lah cara jahit baju peasant & raglan, shawl 2 muka dll.. Tapi tak jumpa pulak sumber-sumbernya tu. Makanan pun takde yang baru, dah lama saya tak buat testing resepi baru, tengah ctrl makan lah katakan... heheheh... Sampai Ieqa dok membebel kenapa Mama dah tak buat kuih sedap² skrg ni. Dulu Mama buat donut lah, brownie, jelly, cake.. bla..blaa.. blaaa... Huh! Mengomel aje keje dia.
Tapi sememangnya Mama ada plan nak masak something yang dia suka dalam tempoh terdekat ni, nak reward dia sebab rajin kemas rumah. Seronok sangat sekarang ni rumah tersusun rapi sepanjang masa sebab ada tukang kemas. Kalau nak tau, Laieqa kalau mengemas, memang tip top hasilnya. Dari minggu lepas, memang rumah tersusun aje... Celik² mata dia dah sibuk menyusun barang, sapu sampah, pusing satu rumah nak make sure semuanya tersusun macam yang dia nak. Sampai dapur Mama pun tak terlepas... Dia pulak kondem kata dapur Mama tak bersusun betul². Tadi sampaikan almari dapur pun dia bukak & susun semula sebab tak kemas katanya! Hahahaha... Bagus.. Bagus... Senang kerja Mama.
|
Ini pula kerja Misha... Skrg ni memang dia lah yang suka buat rosak barang or sepahkan rumah. Berhari² Mama try gulung balik benang ni. Berjaya selamatkan separuh aje! Isshh.. tension la Mama. Berjam² jugakla Mama try merungkai kekusutan itu.. heheheh. Nasib baikla kelmarin, urgent nak pakai benang putih. Terpaksa lah Mama potong kat bahagian simpulan tu.. kalau takk... Maunya Mama dok struggling dengan benang ni lagi.. (jangan pelik, bukannya soal rugi sbb brp sgtlah harga benang tu.. lebih kepada saya stress kalau gagal siapkan apa² task... :P) |
|
Robot Laieqa... Siap ada ekor... hehehehe.. Ieqa ni memang kalau main, dia akan arrange mainannya tu elok². Tapi kalau datang Misha & Ila.. alamatlah semuanya kena campak... Manalah Ieqa tak membebel mcm Mak Nenek selalu... |
|
Tenung la tab korang tu ramai²... Haa.. tengok, si kenit tu bukan main lagi gayanya.. macam budak besar! Ni mujurlah Kak Tiha kat sekolah.. Kalau tak, 4 orang budak menonton sebiji tab!... |
|
Mama & Baba sengaja tak belikan tab sorang satu. Nak bagi diorang share & takde lah dok mengadap tab aje 24/7. Bila berebut je, terus Mama & Baba guna kuasa veto... Semua orang tak boleh guna! Haa.. selesaiii... |
Sebenarnya saya dah berhentikan Ieqa dari Kindergarten selepas dia kena keracunan hari tu. Sebelum tu ada dah a few cases yang saya tak berapa puashati dengan sekolahnya tu.. jadi bila dia keracunan pulak.. Baik saya hentikan aje. No point bayar RM200 sebulan tapi dia nampak tak berapa happy & saya pun tak berapa happy. Kat rumah saya just pantau dia buat latihan menulis & membaca untuk bagi lancar. Dia dah boleh baca perkataan yang pendek jd memang mudah la utk dia boleh membaca sepenuhnya.
|
Habislah bunga² Tok kena petik... |
|
"Umpama beruk mendapat bunga"... Ieqa susun cantik², Misha lambung.. Ieqa kutip balik & susun.. Adiknya lambung lagi! Heheheh... Sorang tak boleh tgk benda bersepah, sorang lagi Kaki Sepah! Memang never ending lah jadinya... |
Sorry.. kalau entri kali ni takde sebarang motif. Entri menghilangkan rasa bosan & membuang masa namanya ni... hahahha...
4 comments:
betul, malam ni panas samgat aihhh...
comel je semua anak-anak kina :))
Kesan pengambilan set untuk hamil
Bestnyer, seronok budak2 dapat main bebas camtu.....
Lia... panas yang amat. Mujurle technician dah dtg repair... legaa..
Hi Mila!.. Ni kat rumah Tok nya.. Kalau rumah sendiri... pusing sekitar rumah aje la.. Duduk apartment, memang tak jumpa tanah lah jawabnya..
Post a Comment