KIDS ACTIVITY - SWOLLEN EYES

Thursday, September 10, 2015
Budak demam dengan swollen eyes.... Menjerit² nak pakai bijik mata ni macam kakak²nya... Dah pakai, siap tak nak bukak plak... 
 Haaa... Inilah antara projek anak² bberapa weekend yang lepas.  Kali ni Baba handle, Mama melayan baby demam.  Kalau nak try buat, meh kita tengok gambar² yg Baba ambikkan untuk Mama letak dalam blog...
Bahan² - Gam (kami guna gam yg pakai gun ni), bola ping-pong, penutup air (dome), kertas tisu/newspaper & gam kanji

Gam kanji (kami guna tepung ubi kayu).  Masak atas api 1:3 (tepung : air).  Kalau guna 1 sudu tepung ubi, campur dgn 3 sudu air & masak skjp sampai pekat.  So pandai² la nak guna penyukat apa ye.. janji gunakan penyukat yang sama.


Gamkan bola tadi pada penutup.  


Tampalkan kertas (seeloknya tisu kerana teksturnya lebih lembut) di sekeliling bola ping-pong.  Ieqa ni dah tersilap... patutnya takyah tampal kat bola ping-pong tu pon...

Kalau guna berus lukisan lagi senang untuk menampal.  Baba tak terfikir nak bagi budak² ni guna kot...

Kita tinggalkan diorang mengadap benda ni sampai puashati.. Lama jugakla diorang mengadap bebola mata ni... .

Sedang dikeringkan... Kalau guna kertas tisu, hasilnya lebih kemas & tak perlu tampal area bola tu... 
Dah siap tu.... Haa.. warnakan dengan warna kesukaan.  Masa proses mewarna, Baba dah lupa nak snap gambar.  Tapi gunakan aje water color utk latarnya & guna marker pen / crayon untuk dapatkan effect mata tu.  Tebuk lubang, then ikatkan getah.  Siap!  Boleh refer link ni untuk video...

Ni budak yang suka sangat nak jadi Ombie. (Zombie).  Dari baby lagi suka buat gaya Zombie sambil sakat orang keliling umah.  Masa ambik gambar ni lupa plak nak suruh dia buat aksi... hehehe...
Best kan buat aktiviti macam ni??


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: September 10, 2015 at 10:35 AM said...

Wah.. memang nampak best ni.. saya nk try jugalah nanti.. budak berdua tu pasti suka..

{ Kina } at: September 10, 2015 at 11:59 PM said...

Betul Aisy.. Memang diorang suka. Dah lama anak² ajak buat.. diorang suka tengok Mr Maker, Art Attack dll... jadi sentiasa lah mintak projek macam ni kat Mama & Baba yang tak berapa kreatif ni.

Post a Comment