Salam semuaaa... Sepatutnya semalam nak mengadap blog. Baru je sentuh keyboard, baby Ila dah start melalak! Haiisshhh... kacau daun betul. Tu yang buat banyak projek malam Mama tergendala. Ada pasang censor ke apa si Baby sorang ni... asal Mama bangun aje, cepat je dia tersedar. Last² Mama surfing aje la guna handphone kat tepi dia sampai mata mama kuyu.
Saya memang tak gemar update blog guna handphone... seksanya nak menaip. Asyik nak typo la, salah pilih iconla... Huh! naik fed up dibuatnya. Satu lagi kalau nak buat online banking, pun saya terseksa. Pernah pun saya kena block dengan bank gara² tersalah tekan password pastu terlupa pulak jawapan untuk security question nya tu.. hahahaha... nasib..nasib. Sometimes saya rela on pc untuk buat online bank in then guna handphone untuk hantar screenshoot recipt... hehehe...
Weekend baru ni, saya rajinkan diri buat popcorn. Boring dah tengok Baba bawak anak² ke pasar malam semata² nak beli popcorn. Meh sini Mama buat... Gerenti korang tak pandang dah popcorn pasar malam tu lepas ni... Cewaahh!! Berlagak kemain ye... Buatnya idok pon lagi... heheheh...
Untuk buat popcorn, perlukan periuk/kuali yang besar. Jangan letak banyak jagung tu, jangan sampai 1 lapisan jagung pun di dasar periuk. Nanti jagung ni akan mengambang dengan jayanya. Since saya gunakan periuk yang besar (badan dalam rice cooker elektrik Kina Cafe yang rosak) jadi bolehlah saya masak banyak sekaligus. Saya gunakan resepi ni untuk pop kan jagung kering tu. Oh ye, jagung kering boleh dibeli di pasar raya or mana² kedai bakeri.
Bahan utk popcorn
1/2 cup minyak
250gm (1 1/3 cup) popcorn kernel
Caranya : Letakkan minyak, masukkan beberapa biji jagung. Bila jagung tu dah 'pop' bolehlah masuk kesemuanya. Tutup bekas & tunggulah letusan² berlaku. Bila bunyi pop dah berhenti, boleh tuang popcorn tu dalam bekas lain. Masa memasak tu, boleh goyang²kan periuk untuk pastikan kesemua biji jagung dah 'pop' dengan jayanya. (boleh refer gambar dr blog terbabit ye... )
Bila dah siap popcorn nya tu, saya sediakan pula sadurannya. Memang terbaiklah resepi ni!
Resepinya saya ambil dr sini . Meh saya translatekan ye..
1 cup butter
2 cup gula perang
1/4 cup corn syrup (saya guna maple syrup or boleh juga letak madu)
2 skvanilla ekstrak
1 sk soda bikarbonat
Cara²nya : Cairkan butter, masukkan gula & syrup. Kacau rata sampai sebati, bila dah sebati tutup api. Masukkan vanila ekstrak & soda bikarbonat, kacau. Then masukkan popcorn yang siap dimasak tadi... Gaul rata...
Tiha sedang transfer popcorn yang disadur untuk dibakar |
Tunggu turn untuk dibakar. |
Sedang disejukkan sebelum dilerai²kan. |
4 comments:
Ooo.baru tau lepas salut karamel kena bakar balik! Wahh..kena try ni, confirm best sgt2! Now bila da ada baby, jrg bley kuar tgk movie kt cinema. Jadinya kami donlot n tgk kt tv je. Nnt leh try buat popcorn sendiri bru leh fefeling tgk wyg kt tgv. Hihi
Aah... so far kalau resepi omputeh memang bakar semula untuk supercrispy and penggunaan baking soda tu amat membantu dalam merangupkan caramel & memberikan flavour nutty gitu... Miss N cuba tau... rasa macam popcorn mahal gituuu... hahaha...
Kinaa..i da try buat! Mmg sedap giler! Nnt nk try buat perasa lain pulak. Teringin yang cheese. Hehehe.. i share ur blog kt fb i tau. Tq dear. https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10206695660902818&id=1612641644&set=a.2412145675687.127157.1612641644&source=57&ref=m_notif¬if_t=feed_comment.
Yeayyy! Happy sebab ada org try buat & cakap sedap.. Hehehe.. Haa.. Share la. Bagi semua org try buat popcorn ni. Mahal tu kalau nak beli... Ure welcome Miss N
Post a Comment