ATKINS - KUDAPAN

Monday, February 20, 2017
Antara kudapan saya masa Atkins ialah sengkuang mentah.  Saya tak kira sangat carbs sengkuang ni walaupun saya tau kena bersukat.  Coz saya akan adjust balik menu lunch or dinner supaya penurunan tu tak terganggu.  

Cuba buat sengkuang chips - potong sengkuang dan gaul dengan garam, blackpepper, paprika serta parmesan cheese.  Bakar sampai kering/rangup.  Tapi saya tak boleh nak habiskan sebab sengkuang ni bila kering, terasa manis sangat.  Macam tak ngam pula dengan tekak saya.  

Ini pula Timun Jepun yang dipotong nipis dan ditabur cheddar.. bakar sampai kering/rangup.  Eh.. sedap!!!  Sometimes dikala malas, inilah breakfast saya.. hehe.. 
Kat bawah ni pula pancake labu
Combination labu yang direbus dengan garam, telur, baking powder dan Stevia

Bila makan... Mak Aii manis... rasanya tak perlu letak stevia pun dah ok.  Bila buat macam ni, takde la terliur bila tengok anak² makan cucur labu.  Rasanya pun lebih kurang aje.. hehe...

Cauliflower celup telur dan digoreng ( a bit oily).  Saya takla minat sangat tapi kalau time malas, saya buat macam ni ajelah utk sarapan.  Telur tu saya letak lada sulah, garam dan baking powder.  Sayur tu bleh guna pelbagai .  Brokoli ke, bayam, cendawan dll... 


Saya rasa macam ada je benda kunyahan lain yang saya amal, tapi tak boleh nak recalled la pulak.  Selamat berdiet!!!


0 comments:

Post a Comment