MENYULAM BEG

Friday, September 29, 2017 0 comments
Dah lama Adik bagi kain perca lebihan sarung bantal dia ni kat saya untuk dibuat beg anak²nya.  Tapi saya memang peram betul² sebab malas nya nak start menyulam.  Maklumlah menyulam ni ambil proses yang agak lama.  Tambah² kami tak mahir, pasti banyak masalah bakal timbul.  So bila baju untuk majlis kahwin adik dah siap, baju² harian anak² pun dah beres.  Barulah kami memberanikan diri menyulam buat kali keduanya.  Nak digitize and setting semua saya serah kat Baba.  Saya memang slow sikit bab² macam ni.  UNtuk menyulam kesemua ni, kami spend sepanjang hari tau.  Nampak design nya simple aje kan.  Tapi kalau dah terkial² memang lah susah kan.


Sulaman pertama, Spiderman untuk Wafeeq.  Smestinya design yang simple aje.. itupon belas² kali juga saya tukar menukar benang tau... 

Hasil not bad, cuma ada beberapa kemasan yang perlu kami perbaiki.  Pemilihan benang juga bagi kami tak ngam lagi tu..
 Then tibalah giliran Areej.. Adik pilih Agnes.. Alamakkk.. memang sangat mencabar sebenarnya.  Tambah² kartun ni dalam bentuk 3d.  Walaupun dah set simple habis.. 27 kali juga pertukaran benang nak kena buat tau.  Phewww..
Masa tengah menyulam 2x benang tersangkut sampai jem mesin.  Panik toksah cakapla... Bila kami sambung kali ke 3... Aduhhh.. gridnya dah lari.  Tiba² aje ada sulaman untuk baju atas rambut!  Agaknya masa benang tersangkut tadi, kain dah tertarik sana-sini.  
 Jenuh kami fikir macam mana nak selesaikan prob ni.  Kami try setting di mesin, tak boleh, kami google tak jumpa, kami cari di youtube dan kami belek manual.  Langsung takde penyelesaian.  Saya juga bertanyakan dekat group NV950 FREE DESIGN.  Semua cakap, sulam semula or tetas.  Nak sulam semula memang tak boleh sebab kain dah habis.  Nak tetas pun tak boleh juga sebab jahitan kat bawah bersimpang siur dan berpintal² gara² tersangkut tadi.  Kalau kami tetas, mungkin sulaman hitam tu juga terjejas.

TAPI kami dapat ilmu baru dari Otai² group.  Benang untuk Bobbin haruslah benang halus (benang sulaman atau benang fufus).  Kalau tak memang bobbin akan terangkat dan benang akan kusut.  Bila dah dapat tips baru ni, kami nekad selesaikan masalah ni dengan logik akal kami ajelah..
Baba buka kain tu dari hoop dan adjust semula guna grid dan lock.  Memang berisiko sebab terpaksa agak² untuk make sure jarum tu jatuh kat tempat sepatutnya dan boleh kembalikan ke grid asal.  Kalau kali ni tersilap, memang hancus lah beg Areej ni.  Mujurlah elok aje sulaman tu jatuh di tempat sepatutnya.  Cuma bila dah naak siap kami baru perasan.  Muka Agnes, tangan, kaki dan kasut tak bewarna la pulak.  Agaknya base gambar asal dah warna putih, jadi memanglah takde warna.  Bila kami guna base warna lain, patutnya kena sulam lah nak bagi nampak cantik.. Adehhh... sayang la jugak.  tapi tak berani nak tanggung risiko nak adjust itu ini.  Dah jadi rupa Agnes pun dah cukup baik.  Kalau perasan Mulut Agnes pun takde.  Rupa²nya dalam design 3d tu ada effect sikit kat situ, jadi bila digitize, memang dia takleh nak buat effect tu.  Jadilah Agnes takde mulut... hehehe...

Untuk Uzair pulak Shaun The Ship.  Memang cantik sulaman ni.  Kami juga langsung tak bermasalah dengan benag kusut atau mesin jem lepas kami tukar benang bobbin dengan benang sulaman yang kebetulan kami dapat free masa beli mesin ni.  Benang tu agak mahal tau.  Segulung kecik itu aje dah belas² ringgit tau.  Memang halus, keras dan shining tak macam benang biasa.


Antara kesemua design.. Hello Kitty ni paling mudah dan paling cantik hasilnya.  Walaupun pakai 4 warna aje, 9 kali juga pertukaran benang nya tu.  Mesin NV950 ni memang amat detail sulaman dia.  That's y gambar yang simple pun kadang² dia guna banyak warna dan banyak kali pertukaran.  
Dah siap sulam semua ni... Fuhh.. Lega sangat rasanya.  Lama juga saya rimas bila fikir ada projek yang tergendala ni.  Projek sendiri pun tak habis², inikan projek yang dah lama terperap.  Tapi beg ni kami terpaksa postpone untuk jahit sebab takde tali la pulak!  Nak kena ke Chow Kit memborong tali lah jawabnya.. huhuhu.. 








TUKANG MASAK IMPORT UNTUK MAJLIS PERkAHWINAN ADIK

Thursday, September 28, 2017 0 comments
Dari dulu memang dah biasa dilantik jadi tukang masak bila semua ahli keluarga berkumpul di rumah Mak.  Hari Raya pun rasanya dah jadi kemestian kena memasak!  Penat tau jadi tukang masak untuk ramai orang ni.  Mak saya pulak main order je makanan itu ini sebab bimbang anak menantu dan cucu-cucunya tak puas makan.  
Cuma kali ni saya langsung tak menduga, tiba² Mak panggil saya masak untuk majlis akad nikah Adik.  Beberapa minggu sebelum balik, Mak cakap orang blok yang akan masak semua untuk Majlis Akad Nikah tu.  Tiba² aje pagi tu Mak cakap, biar saya saja yang masak... Aduuhh.. 50kg(30 ekor) ayam tu!!  Nak tak nak.. saya cuba ajelah.. hehehe.. Bila lagi nak tengok kemampuan sendiri memasak untuk majlis besar kan.

Plan asal nak buat Masak Lemak Cili Padi Ayam, tapi kemudiannya Mak mintak masakkan Kari Ayam.  Nak jadi cerita, ayam tu terlalu banyak, tak muat kawah ni.  
 Since menu hari tu nampak simple sangat.  Jadi baki ayam tu kami mintak tolong Abang Mi buat Paprik.  Saya dah ada tugasan lain, Masak Rebung Cili Padi dan Udang.  Paprik tu kami jadikan Paprik campur.  Sebenarnya portion masakan teramat banyak jika dibandingkan dengan jemputan untuk Majlis Akad Nikah.  Tapi tak disangka² makanan semua habis licin.  Cuma Kari Ayam masih berbaki (tapi masih elok disimpan sehingga malam esoknya).  Happy juga sebab sehingga keesokannya jiran² masih bertanyakan kari ayam dan siap pesan, if ada baki diorang nak..  Alhamdulillah... first time saya masak Ayam dalam kuantiti sebanyak ni tau.
 Sepanjang saya sibuk memasak, budak² ni buat aktiviti sendiri.  Macam biasa, bila saya ke dapur, mmg tugas menjaga dan melayan anak² 100% jadi tugasan Baba.
Tengok si Shumaila... mesti mengantuk ni sebab malam tu kami sampai jam 3.00 pagi dan dari jam 2.00pagi hingga hampir subuh dia masih belum tidur.  Awal² pagi esoknya dia dah bangun main dengan sepupu².  Bila ramai² macam ni, anak² memang seronok.  Tambahan pula diorang rapat dengan kesemua sepupu² walaupun agak jarang kami berjumpa.

Aktiviti memakai henna oleh Kak Ana.  Kak Ana ni memang tokey inai.  Memang tak berkelip tengok kehalusan ukiran inai anak saudara saya ni.  Dia dah berpindah ke KL sekarang.  Sesiapa nak tengok hasil henna atau nak buat tempahan henna, boleh masuk FB Syaziana Zakime ye
 Sepatutnya Majlis akad nikah selepas Asar.  Tapi Tok Kadi tak muncul².  Rsanya ni majlis ke 3 kami bermasalah dengan Tok Kadi ni.  Boleh dikatanya lupa... So semua plan tergendala sedikit.
Mak Su bagi surprise balloon kat Tiha.. Kalau nak tahu, birthday Tiha jatuh hari ni

Mango Cheesecake air tangan Adik di Kuantan ni kononnya nak dimakan sempena birthday Tiha sebelah malamnya.  Tapi tak jadilah sebab malam tu pulak majlis Akad Nikah.  Apapun cheesecake ni sudah langsai kami makan masa upacara membuka hadiah malam esoknya tu.. 
Masa majlis Akad Nikah saya sibuk di dapur.  Sibuk buat persiapan untuk sarapan esoknya.  Sebelah petang tu kami ada sediakan donut dan karipap.  Tapi tak sempat dijamu dekat pengantin pun.  Ayah jemput jemaah datang buat majlis doa selamat sikit sebelah petangnya ganti Majlis Akad Nikah yang tertangguh.
Semua tengah kusyuk menunggu Upacara Akad Nikah

Alhamdulillah.. selamat sudah!

 Sebelah malam tu saya sibuk menyediakan Masak Tempoyak Pucuk Kayu.  Yang ni pon sepatutnya bukan saya yang masak.  Tapi sekejap² diorang panggil.. kejap² diorang panggil suruh saya test or alter.  Last² saya memasak sama².  Sampai 1.00pagi juga lah kami mengadap sayur ni.
Pagi esoknya saya memasak bubur kacang dan juga Gulai Tumis darat Talang Ikan Masin dan terung ni.  Mak dah buat tempahan catering untuk 1,000 tetamu, tapi ada sedikit tambahan lauk pauk kampung untuk dimakan dengan nasi putih.  Orang lain dah bersiap rapi, saya aje berbaju tidur sambil memasak tepi rumah.. hehehe..
 Menu Nasi Minyak (catering)
- Daging Masak Hitam
-Ayam masak merah
-Dalca
-Bubur Pulut Hitam
-Air sirap dan Teh Tarik
*makanan not bad, cuma servis agak slow dan budak² aje yang handle.  Jenuh juga kami kejap pinggan tak cukup, sudu tak cukup, nasi dengan lauk kami kena keep on panggil untuk ditambah.  Kebetulan pula di area Jengka ni majlisnya agak pendek.  Biasanya jam 2.00 tetamu dah pun habis.  Jadi jam 12.00 - 1.30 tu memang peak sangat.

Menu kampung yang kami sediakan
- Sambal Hitam (Mak dah sediakan seminggu sebelum Majlis)
- Gulai Darat Talang Ikan Masin dan Terung
- Tempoyak pucuk kayu
-Sambal belacan
-ikan masin goreng
-Bubur kacang dan kuih muih (yang dibawa oleh Adik² dan jiran tetangga)

Alhamdulillah... semua makanan habis licin.  Cuma berbaki sedikit aje untuk dinner.  Nasi putih dan Daging Hitam berbaki seperiuk kecil.  Saya tapau untyk pekerja² Kina Kitchen.  Bukan main happy diorang dapat lauk kenduri.  Mak mertua mintak saya bungkuskan Gulai Talang tu, malangnya bila saya jengok ke kawah... dah licin.  Tinggal kuah aje.  Saya bungkus kuah dan pesan kat MIL campak terung aje dalam tu, bolehlah dimakan.  Rasa Ikan masinnya pun masih kuat.  Sekali lagi kepuasan berganda sebab kesemua makanan tidak terbuang.  Malangnya kami tak dapat nak bungkus banyak lauk pauk sebagai buah tangan saudara mara yang pulang.

Masa sibuk memasak tu, tiba² Baba datang tanya nampak budak² tu tak?  Ehhh.. for sure saya langsung tak sedar.  Memang berkejar nak make sure semua makanan cukup aje.
Oh.. rupa²nya budak² ni dah kena kidnap... hehehe..

Jadi tukang bawa bunga manggar rupa²nya


Anak² kami buat design peplum aje.  Patutnya kembang setaman.. tapii... Misha sorang aje pakai dress (skirtnya konsep peplum juga).  Asalnya Baba tersalah potong.  Bila dia ambik pola ni, nampak peplum, terus aje dia potong kain.  Bila dah jahit.. laaa.. ni pola dress dia.  Nak tak nak kami proceed aje la.  Nak potong sayang pulak.  Lagipun memang dia awal² lagi request dress.  Tanpa sengaja, tercapai juga impian Misha


Mama and Baba.. Huhuhu.. Nampak lebar betul Mama masa ni.  
Eehh.. ngengada la plak... 

Adik Bongsu kami.. Adik ni MUA tau.  Aktif menerima tempahan mekap.  Show tv pun dia ada terbabit.  
 Bawah ni pula gambar di majlis sebelah lelaki
Inilah kesemua wanita di dalam keluarga Pak Non.  Boleh teka tak yang mana Mak, Kakak dan Adik?

Keluarga besar kami... Alhamdulillah semua berbahagia dengan keluarga masing².  Pasti lega Mak Ayah tengok anak² semua dah boleh bawa diri dan jadi insan berguna.

Akhirnya Adik Bongsu kami dah kahwin!! No more kenduri... Yahooo!!!... hehehe..


MANHATTAN FISH MARKET DAN KISAH TOMPOK

Wednesday, September 27, 2017 2 comments
Kami ke Manhattan Fishmarket ni lama dah juga.  Kononnya makan² sempena Anniversary.  Tapi sebelum nak cerita tentang Manhattan ni, nak ceritakan sikit kisah si Tompok kami, si anak kucing tunggal yang masih tinggal dengan kami.  Tengahari tadi, sebaik aje bukak pintu rumah, nampak Tompok terbaring di tepi pintu.  Nampak lemah dan diam aje.  Ya Allah... berdarah² badan Tompok.  Nampak luka kelaran yang amat dalam... mula² terdetik hati, dikelar orang.  Tapi bila saya amati.. ada 3 lubang yang dalam di atas peha, sebelah dalam peha (berdekatan perut) dan bahagian dada.  Cepat² saya angkat dan letak dalam rumah sebelum saya bergegas ke sekolah ambil Tiha dan Ieqa.

Masa saya angkat, Tompok menderam² ketakutan dan mengiau² kesakitan.  Tompok ni katogeri kucing bisu, mmg susah betul nak dengar dia berbunyi.  Dia paling suka menempel dekat orang.  Bila Tompok berkelakuan macam tu, pasti dia dalam kesakitan yang amat.  Masa sampai ke rumah, puas kami cari, rupa²nya dia menyorok dalam kotak (rumah kucing buatan anak²).  Saya cuba angkat, meraung² dia.  Saya cadang nak cuci luka dan sapukan antiseptik.  Saya bimbang luka yang besar tu terdedah dengan infection.  Tapi gagal.. Sepanjang hari dia tak bergerak langsung dari situ.  

Maghrib tu saya suruh Tiha offer dia air, bukan main banyak dia minum.  Kemudian kami bagi pula makanan lembut.. bukan main dia makan.  Oh.. Tompok tak larat nak berjalan rupanya.  Padahal saya letak nasi betul² depan kotak supaya senang dia nak makan.  Deep inside, saya tak pasti Tompok dapat bertahan atau tak.  Saya sendiri tak berani nak belek dan dia langsung tak bagi kami sentuh.  Ada sekali tu saya alihkan ekornya nak cek jika dia ada kencing kat kotak.  Terus dia meneram², mengiau kuat dan bergegas masuk ke bilik.  Padahal seharian dia terbaring lemah, bila nak sentuh, dia gagahi juga lari.  Maaf Tompok, Mama tak tahu macam mana nak bantu.  Harap² luka Tompok sembuh... 

Kami syak Tompok dicakar dan digigit Biawak.  Dia suka mengacau biawak yang masuk ke dalam pagar.  Sungai tepi rumah ni memang banyak biawak.  Kadang² bersaiz besar dah macam anak buaya.  Kami sendiri pun takut menengoknya.  Tapi si Tompok ni degil.  Kalau perasan dalam gambar, Tompok tengah tarik ekor anak biawak.  Saya snap gambar ni dari tingkat 3.  Jenuh dipanggil, dia abaikan aje.  Sebenarnya di sebalik semak tu ada lagi seekor sedang memerhati.  Tapi biawak tu terlindung sebalik daun pokok, tu yang tak nampak.  Kasihan Tompok.. pasti dia serik nak kacau biawak lagi lepas ni.
Dah habis kisah Tompok (walaupun dalam hati masih syahdu mengenangkan keadaannya).  Ni nak sambung kisah kami mencuba Lobster di Manhattan Fish Market.  Kami tertarik dengan offer RM158 set untuk 4-5 orang makan tu.  Kami juga teringin sangat nak makan lobster.  Pernah try makan di Wangsa Grill beberapa tahun sudah, sedap.. tapi portionnya teramat ciput.  

Mula kami di hidang dengan Farmer Soup.  Bila mula hirup.. saya sudah ada bad feeling dengan makanan kami yang seterusnya.  Anak² memang tak nak makan farmer soup ni.  Ada 4 mangkuk pulak tu.  Nak tahu apa rasanya?  Mmm.. macam soup menggunakan serbuk segera, kemudian diletak sagatan carrot mentah.  Serious.. the worst soup ever.  Sorry MFM..

Kemudian Aglio dan clam sampai.. Mujurlah ok cuma Aglio teramat pedas. Jadi saya dengan Baba aje yang makan.. Nyum..nyumm..

Ehh.. sessi membelek menu.. bukan main excited masing²



Sampai dah platters goreng² yang mengandungi bahan goreng².  Tepung salutan seafoods ni memang sedap.  Tapi agak kecewa kerana sotong tu terdiri dari kepala sotong semata², salmon pula di potongan di bahagian lelemak (saya tak boleh makan sebab rasa lembik dan berminyak).  Kemudian ada fries dan 3 jenis sos.  Kesemua sos tu ok la.. cuma agak manis.  Jadi Tiha perah lemon banyak².. atas makanan dan juga dalam dipping sauce tu..


Akhirnya Lobster pun sampai... Staff siap gunakan torch bakar cheese kat atas tu untuk dapat effect hangus.  


Maaf MFM.. saya terpaksa kondem makanan anda again... Lobster sangat hanyir dan tidak segar.  Lobster hanya dicelur didalam air dan diletak topping!  Itu saja.. nothing special!  The lobster also overcook so a bit rubbery and tasteless.  Sebelah Lobster tu pula Garlic Rice.. saya cuba sedikit... terus saya letak sudu ke tepi.  Maaf.. saya tak boleh telan nasi ni for another bite pon.  Terasa raw garlic yang amat kuat dan tekstur nasi juga hampir mentah. Anak² juga enggan makan nasi ni.  
 
Boleh katakan anak² tak kenyang pun malam tu.  Diorang pakat makan sotong celup tepung dan fries tu aje, share lobster sorang sikit dan si bulat ni happy menanti dessert.  Salmon yang bahagian lelemak tu pula Tiha aje yang larat makan. 

Inilah dessert yang dinanti bebudak ni.  Ada 4 cups semuanya.  Rasanya? Bolehlah.. seolah² aiskrim coconut, ada sedikit dried cranberries, di bawahnya ada applesauce dan atas nya tu ala² serbuk biskut (lupa la namanya).  

Mama and Baba pun tak kenyang sangat.. tapi takpe lah.. janji budak² ni happy.
Untuk Manhattan Fish Market.. Sorry.. You just lost our vote.  Kami pasti takkan datang lagi.


JUBAH COMEL

Sunday, September 24, 2017 0 comments
Saya tak tahu apa nama jubah ni.  Kali pertama tengok, saya dah jatuh hati.. Maka terciptalah jubah tiruan dari kami suami isteri.  Cuma kami main dengan 2 warna.  Idea asalnya dari sini  Kalau nak cuba boleh refer simple tutorial kat bawah ni.

Versi kami
Kaedah nak buat tu boleh refer kat bawah ni..







JAPANESE COTTON CHEESECAKE

0 comments
Resepi ni dah banyak kali saya buat.  Rasa dan kejadian kek memang memuaskan hati tapi takde gambar yang proper untuk saya share.  Memangpun saya belum dapat setting yang perfect untuk kaedah bain marie dengan oven saya tu.  Kalau korang nak rasa keenakan Jaoanese Cotton Cheesecake ni (JCC) boleh cuba buat ikut resepi di bawah ni ye.  Resepi asalnya dari sini  dan saya copypaste balik dekat blog saya.

Japanese Cotton Cheesecake(JCC)
250g creamcheese (philadelphia)
6biji kuning telur
70g gula kastor
60g mentega
100ml susu segar
1sb jus lemon
1sk kulit parutan lemon @ lemon essence)
60g tepung kek
20g tepung jagung
1/4sk garam
2sk essence vanilla
6biji putih telur
1/4sk krim tartar
70g gula kastor
♡ Cair creamcheese sehingga lembut secara double boiler
♡ Masukan kuning telur dan kacau sebati
♡ Masukan gula (70g) dan kacau
♡ Masukan Susu segar dan butter yang telah dicairkan terlebih dahulu kacau sebatikan
♡ Masukan vanilla,garam,lemon jus,parutan lemon dan kacau
♡ Alihkan bowl dari "double boiler"
♡ Masukan tepung yg telah diayak kacau sehingga betul2 sebati tanpa berketul
♡ Menggunakan mixer masukan putih telur pukul sehingga berbuih masukan tartar dan pukul kelajuan yang tinggi dan masukan gula kastor sedikit demi sedikit pukul sehingga stiff peak (bertanduk)
♡ Masukan adunan meringue kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan gaul secara kaub balik sehingga adunan betul2 sebati **awas jgn terlebih gaul dan gaul secara slowly sahaja.
♡ Alas dasar loyang dgn baking paper tanpa perlu griss sisi loyang.
♡ Masukan kek dalam loyang dan hentakan loyang untuk buang bubble..
♡ Bakar secara waterbath(air panas) suhu 150c-160c 70-80minit atau sehingga masak
**follow karenah oven masing2 yer
♡ Selepas masak renggangkan pintu oven biarkan kek selama 10minit(hingga sekeliling kek merenggang sisi loyang) dan terus terbalikan kek..
Note : kek sedap dihidangkan selepas simpan dalam peti sejuk 2/3jam..

Dah siap... 

Kek still suam... dengan tk sabarnya saya terbalikkan.. atas tapak tangan pulak tu!  Habis mendap.. hehehehe... Tu yang habis renyuk atasnya.  

Kek ni lemak² berkrim... rasanya tak berat macam cheesecake biasa.  Setakat sebiji ni kejap aje kami sekeluarga kerjakan

Boleh cuba buat ye guys!