Kami ke Manhattan Fishmarket ni lama dah juga. Kononnya makan² sempena Anniversary. Tapi sebelum nak cerita tentang Manhattan ni, nak ceritakan sikit kisah si Tompok kami, si anak kucing tunggal yang masih tinggal dengan kami. Tengahari tadi, sebaik aje bukak pintu rumah, nampak Tompok terbaring di tepi pintu. Nampak lemah dan diam aje. Ya Allah... berdarah² badan Tompok. Nampak luka kelaran yang amat dalam... mula² terdetik hati, dikelar orang. Tapi bila saya amati.. ada 3 lubang yang dalam di atas peha, sebelah dalam peha (berdekatan perut) dan bahagian dada. Cepat² saya angkat dan letak dalam rumah sebelum saya bergegas ke sekolah ambil Tiha dan Ieqa.
Masa saya angkat, Tompok menderam² ketakutan dan mengiau² kesakitan. Tompok ni katogeri kucing bisu, mmg susah betul nak dengar dia berbunyi. Dia paling suka menempel dekat orang. Bila Tompok berkelakuan macam tu, pasti dia dalam kesakitan yang amat. Masa sampai ke rumah, puas kami cari, rupa²nya dia menyorok dalam kotak (rumah kucing buatan anak²). Saya cuba angkat, meraung² dia. Saya cadang nak cuci luka dan sapukan antiseptik. Saya bimbang luka yang besar tu terdedah dengan infection. Tapi gagal.. Sepanjang hari dia tak bergerak langsung dari situ.
Maghrib tu saya suruh Tiha offer dia air, bukan main banyak dia minum. Kemudian kami bagi pula makanan lembut.. bukan main dia makan. Oh.. Tompok tak larat nak berjalan rupanya. Padahal saya letak nasi betul² depan kotak supaya senang dia nak makan. Deep inside, saya tak pasti Tompok dapat bertahan atau tak. Saya sendiri tak berani nak belek dan dia langsung tak bagi kami sentuh. Ada sekali tu saya alihkan ekornya nak cek jika dia ada kencing kat kotak. Terus dia meneram², mengiau kuat dan bergegas masuk ke bilik. Padahal seharian dia terbaring lemah, bila nak sentuh, dia gagahi juga lari. Maaf Tompok, Mama tak tahu macam mana nak bantu. Harap² luka Tompok sembuh...
Dah habis kisah Tompok (walaupun dalam hati masih syahdu mengenangkan keadaannya). Ni nak sambung kisah kami mencuba Lobster di Manhattan Fish Market. Kami tertarik dengan offer RM158 set untuk 4-5 orang makan tu. Kami juga teringin sangat nak makan lobster. Pernah try makan di Wangsa Grill beberapa tahun sudah, sedap.. tapi portionnya teramat ciput.
Kemudian Aglio dan clam sampai.. Mujurlah ok cuma Aglio teramat pedas. Jadi saya dengan Baba aje yang makan.. Nyum..nyumm.. |
Ehh.. sessi membelek menu.. bukan main excited masing² |
Akhirnya Lobster pun sampai... Staff siap gunakan torch bakar cheese kat atas tu untuk dapat effect hangus. |
Mama and Baba pun tak kenyang sangat.. tapi takpe lah.. janji budak² ni happy. |
2 comments:
i pun tak suka MFM...tapi ada tempat2 yg OK...ada yg tak ok
Mungkinla outlet ni yg very lousy kot. Dari segi layanan, very ok, tapi mknn memang tuuttt.. heheh.. Yang saya pergi ni MFM kat Melawati Mall, baru buka.
Post a Comment