Kali ni nak intro pet Adik Bongsu. Masa kecik memang kami dah biasa bela musang. Musang ni semuanya dijumpai oleh orang lain dan Ayah akan mintak untuk bela. Kalau tak dibela, bimbang dia tak boleh survive. Musang-musang kami memang tak pernah dikurung. Sama aje macam kucing tu, bukan main mengada dan nak kan attention. Tapi Musang ni lebih nakal, kuat makan dan kasar cara mainnya tu. Pendek kata, tak semua orang sanggup nak hadap bila dia dah besar, habitnya yang suka mengacau orang tidur memanglah annoying sangat².
Masa majlis kenduri baru² ni si Pucang ni memang menjadi perhatian. Kami juga pisahkan dia dari Adik sebab kami yakin segala pelamin, hiasan bilik, hantaran dll tu boleh hancur dikerjakan budak nakal ni. BUdak ni bukan makan saman, lagi kita marah lagi menjadi² dia. Tapi kekiutan dan kenakalannya tu memanglah takde bandingannya. Asalnya Ayah jadi sukarelawan tido dengan musang (suka la dia dapat tido dengan si Pucang). Tapi masuk 3 hari Ayah dah tak sanggup... hahahah... Dia kata takut cedera kena hempok!! (konon²nya la sbb Tokwan takkan sanggup jentik pun pet dia) Mana taknya bila dia lapar or kebosanan, dia akan jilat², tak bangun lagi, dia akan sondol² muncung dia yang basah tu dalam lubang telinga. Kalau degil lagi... dia patuk tangan, kelopak mata, dia akan ikhtiar jugak sampai kita bangun untuk layan dia. Ni antara sebab kami masa kecik² pakat baling musang ke bilik orang lain bila dia tengah menggila! Kadang² kami saja balas dendam, kami kacau dia pulak bila dia tidur siang... Hahahaha.. Tak acilah kan.. malam² dia takleh tido dia kacau sorang demi sorang sampai semua orang bungkus satu badan dgn selimut, tutup muka dengan bantal, kunci bilik etc... dia tetap kacau.
Bila time gila jugak, biasanya kami lari dari dia. Kami menyorok dengan memanjat sampai ke syiling rumah, ada yang menyorok bawah katil, macam² taktik kami buat supaya dia tak jumpa kami. Tapi... sekejap je dia datang dan attack sorang². Dia rasa happy habislah tu dapat kejar dan gigit semua orang. Kalau main dengan musang ni, memang naik geram. Dia ok je suka kejar tali, tapi kalau dia tak dapat, instead of kejar tali tu, dia akan datang dan gigit tangan! Bila sakit, kita lepas tali or barang yang dia nak tu, dengan gembiranya dia larikan tali/barang tu... hahaah.. Nakal kan? Sebab tu dengan musang yang baru ni saya dah tau semua taktik kotor dia tu. Dia ingat dia cerdik sangat, sebeblum dia kacau, saya kacau dia cukup² dulu. Nanti dia akan masuk menyorok and tidur sebab kebosanan sebab tak boleh buli orang.. hahaha..
|
Pucang masa baby. Asalnya kawan Adik yang lelaki ni jumpa. Adik bawak balik dan Adik Bongsu (Maksu) sanggup nak jaga dia. Peringkat baby ni memang mencabar sebab dia akan melalak dengan kuatnya setiap 2 jam mintak susu. Memang rabak la mata nak melayannya.. |
|
Dah makin besar dan makin notti |
|
Masa ni Adik mintak tolong saya jagakan sebab dia ada banyak job mekap. Sepanjang siang jenuh mencari sebab lama betul dia menghilang... Adik cakap biasa dia tidur dalam paper bag, celah lubang, atas almari atau lain² tu. Saya tak sanggup nak geledah 1 bilik.. saya laung aje "pucang.. pucanggg"... tup² tengok dia terjongol je dari atas almari. Lepas² tu kalau nak cari dia, saya laung aje namanya. Settle! |
|
Saya bagi susu, dia macam tak puas. Saya offer buah dia makan tapi sikit sangat. Tapi masih terhidu² sana-sini.. saya offer ikan pulak. Wahh.. terus dia bawak lari |
|
Rupanya pucang ni akan sakit perut kalau makan ikan mentah. Laaa.. dah bagi pun. Setengah ekor jugak habis.. Seb baikla berak cair je sikit takde la teruk sangat |
Lepas pada tu saya google sikit cari makanan kesukaan dia. Kalau musang² kami yang dulu sukakan ayam dan pisang. Tapi musang ni macam kurang gemar buah. Bila dapat tau dia sukakan insect, terus Adik beli cricket. Memang betul dia suka sangat.. 10 ekor sekali hadap pun tak cukup. Patutlah musang dulu² cukup suka makan lipas dan kalau ada lipan melintas, sekelip mata aje jadi habuan dia. Masa zaman tu kami cukup takut dengan lipan. Tiapkali hujan pasti lipan merayau di sekitar kaki kami. Bila ada musang, memang senang hati aje sebab tau dah ada musang yang akan pastikan tiada lipan yang survive.
|
Kalau nak tau ni bantal favourite dia. Dia akan tekan² kaki dia dan berbunyi manja macam kucing yang tengah cari susu ibunya. Adik pernah bawak dia ke Kuala Kangsar, bantal dan bear kecik dia tu memang jadi peneman. |
|
NI bear kecik yg jadi mangsa buli dia |
Sepanjang kenduri, kami bimbang dia rimas dengan orang ramai dan bunyi bising. Nampak dia macam tak keruan ke sana ke sini. Masuk hari kedua baru saya perasan, dia bukannya rimas... dia saja suka menyakat budak² & mengikut budak² ni ke mana². Sampaikan diorang masuk bilik air pun dia mengekor... hehehe.. Dia tak keruan kalau budak² ni tak menyakat dia tu adalah!
|
Tengah mandikan diri sendiri gara² basah kena simbah dengan budak² ni... padan muka! |
|
TEngoklah gaya mengada² dia.. |
|
DIa suka menggigit.. itu cara gurauannya. Tapi dia gigit main² aje. Musang dulu² pun tak pernah attack kami dengan kasar. Tapi bila makin besar terasa sakit jugak sebab taringnya dah makin kuat. Tambah² kalau time datang gila dia nak ajak orang main... |
|
Muka nak ajak main la ni.. perut dah kenyang, mandi pun dah... |
|
Takpe.. bebear dia kan adaa.. biar dia kerjakan bebear nya tu puas² |
|
Dah makin lalok... |
|
Laa.. pengsan dahh!!! Kepenatan menyakat oranglah ni. Biasa kalau nak tido dia akan cari pot persembunyian. Tapi ni tak sempat dah.. tertido atas sofa.. Pucang..Pucang.. |
|
Masa ni lah boleh usap dia puas² .. kalau tak tu sibuk dia nak tangkap tangan |
|
Tengok tu.. sampai kena gomol ramai² pon masih tak terjaga. |
Nak ikutkan teringin juga nak bawak balik si Pucang ni seminggu dua. Tapi bimbang dia turun ke tingkat bawah ikut saluran air pulak. Takut dikatok orang aje. Dia ni nampak orang bukannya lari, lagi dia nak datang adalah. Orang yang tak tahu mesti menggelabah kan tengok musang datang menerpa macam tu. Lepas fikir masak², takpelah.. biar ajelah Tok and Tokwan jadi baby sitter dia semasa ketiadaan Maksu tu.
Wah.. panjangnya kisah musang. Kalah entri masakan.. hehehe.. Nak ikutkan banyak story kelakar pasal musang ni contohnya bagaimana saya seludup musang ke sekolah masa form 5 dulu gara² kawan² nak sangat tengok musang.. hehehe. Then macam mana huru hara tidur malam kami gara² seekor musang semasa kenduri baru² ni.. hehehe. Apa-apapun semua budak² ni sayang sangat si Pucang ni. Anak² saya pun cakap lagi best main dengan Pucang dari kucing. Takpe.. korang tunggu la bila dia dah besar nanti.. sanggup ke tak sanggup...
0 comments:
Post a Comment