TUKANG MASAK IMPORT UNTUK MAJLIS PERkAHWINAN ADIK

Thursday, September 28, 2017
Dari dulu memang dah biasa dilantik jadi tukang masak bila semua ahli keluarga berkumpul di rumah Mak.  Hari Raya pun rasanya dah jadi kemestian kena memasak!  Penat tau jadi tukang masak untuk ramai orang ni.  Mak saya pulak main order je makanan itu ini sebab bimbang anak menantu dan cucu-cucunya tak puas makan.  
Cuma kali ni saya langsung tak menduga, tiba² Mak panggil saya masak untuk majlis akad nikah Adik.  Beberapa minggu sebelum balik, Mak cakap orang blok yang akan masak semua untuk Majlis Akad Nikah tu.  Tiba² aje pagi tu Mak cakap, biar saya saja yang masak... Aduuhh.. 50kg(30 ekor) ayam tu!!  Nak tak nak.. saya cuba ajelah.. hehehe.. Bila lagi nak tengok kemampuan sendiri memasak untuk majlis besar kan.

Plan asal nak buat Masak Lemak Cili Padi Ayam, tapi kemudiannya Mak mintak masakkan Kari Ayam.  Nak jadi cerita, ayam tu terlalu banyak, tak muat kawah ni.  
 Since menu hari tu nampak simple sangat.  Jadi baki ayam tu kami mintak tolong Abang Mi buat Paprik.  Saya dah ada tugasan lain, Masak Rebung Cili Padi dan Udang.  Paprik tu kami jadikan Paprik campur.  Sebenarnya portion masakan teramat banyak jika dibandingkan dengan jemputan untuk Majlis Akad Nikah.  Tapi tak disangka² makanan semua habis licin.  Cuma Kari Ayam masih berbaki (tapi masih elok disimpan sehingga malam esoknya).  Happy juga sebab sehingga keesokannya jiran² masih bertanyakan kari ayam dan siap pesan, if ada baki diorang nak..  Alhamdulillah... first time saya masak Ayam dalam kuantiti sebanyak ni tau.
 Sepanjang saya sibuk memasak, budak² ni buat aktiviti sendiri.  Macam biasa, bila saya ke dapur, mmg tugas menjaga dan melayan anak² 100% jadi tugasan Baba.
Tengok si Shumaila... mesti mengantuk ni sebab malam tu kami sampai jam 3.00 pagi dan dari jam 2.00pagi hingga hampir subuh dia masih belum tidur.  Awal² pagi esoknya dia dah bangun main dengan sepupu².  Bila ramai² macam ni, anak² memang seronok.  Tambahan pula diorang rapat dengan kesemua sepupu² walaupun agak jarang kami berjumpa.

Aktiviti memakai henna oleh Kak Ana.  Kak Ana ni memang tokey inai.  Memang tak berkelip tengok kehalusan ukiran inai anak saudara saya ni.  Dia dah berpindah ke KL sekarang.  Sesiapa nak tengok hasil henna atau nak buat tempahan henna, boleh masuk FB Syaziana Zakime ye
 Sepatutnya Majlis akad nikah selepas Asar.  Tapi Tok Kadi tak muncul².  Rsanya ni majlis ke 3 kami bermasalah dengan Tok Kadi ni.  Boleh dikatanya lupa... So semua plan tergendala sedikit.
Mak Su bagi surprise balloon kat Tiha.. Kalau nak tahu, birthday Tiha jatuh hari ni

Mango Cheesecake air tangan Adik di Kuantan ni kononnya nak dimakan sempena birthday Tiha sebelah malamnya.  Tapi tak jadilah sebab malam tu pulak majlis Akad Nikah.  Apapun cheesecake ni sudah langsai kami makan masa upacara membuka hadiah malam esoknya tu.. 
Masa majlis Akad Nikah saya sibuk di dapur.  Sibuk buat persiapan untuk sarapan esoknya.  Sebelah petang tu kami ada sediakan donut dan karipap.  Tapi tak sempat dijamu dekat pengantin pun.  Ayah jemput jemaah datang buat majlis doa selamat sikit sebelah petangnya ganti Majlis Akad Nikah yang tertangguh.
Semua tengah kusyuk menunggu Upacara Akad Nikah

Alhamdulillah.. selamat sudah!

 Sebelah malam tu saya sibuk menyediakan Masak Tempoyak Pucuk Kayu.  Yang ni pon sepatutnya bukan saya yang masak.  Tapi sekejap² diorang panggil.. kejap² diorang panggil suruh saya test or alter.  Last² saya memasak sama².  Sampai 1.00pagi juga lah kami mengadap sayur ni.
Pagi esoknya saya memasak bubur kacang dan juga Gulai Tumis darat Talang Ikan Masin dan terung ni.  Mak dah buat tempahan catering untuk 1,000 tetamu, tapi ada sedikit tambahan lauk pauk kampung untuk dimakan dengan nasi putih.  Orang lain dah bersiap rapi, saya aje berbaju tidur sambil memasak tepi rumah.. hehehe..
 Menu Nasi Minyak (catering)
- Daging Masak Hitam
-Ayam masak merah
-Dalca
-Bubur Pulut Hitam
-Air sirap dan Teh Tarik
*makanan not bad, cuma servis agak slow dan budak² aje yang handle.  Jenuh juga kami kejap pinggan tak cukup, sudu tak cukup, nasi dengan lauk kami kena keep on panggil untuk ditambah.  Kebetulan pula di area Jengka ni majlisnya agak pendek.  Biasanya jam 2.00 tetamu dah pun habis.  Jadi jam 12.00 - 1.30 tu memang peak sangat.

Menu kampung yang kami sediakan
- Sambal Hitam (Mak dah sediakan seminggu sebelum Majlis)
- Gulai Darat Talang Ikan Masin dan Terung
- Tempoyak pucuk kayu
-Sambal belacan
-ikan masin goreng
-Bubur kacang dan kuih muih (yang dibawa oleh Adik² dan jiran tetangga)

Alhamdulillah... semua makanan habis licin.  Cuma berbaki sedikit aje untuk dinner.  Nasi putih dan Daging Hitam berbaki seperiuk kecil.  Saya tapau untyk pekerja² Kina Kitchen.  Bukan main happy diorang dapat lauk kenduri.  Mak mertua mintak saya bungkuskan Gulai Talang tu, malangnya bila saya jengok ke kawah... dah licin.  Tinggal kuah aje.  Saya bungkus kuah dan pesan kat MIL campak terung aje dalam tu, bolehlah dimakan.  Rasa Ikan masinnya pun masih kuat.  Sekali lagi kepuasan berganda sebab kesemua makanan tidak terbuang.  Malangnya kami tak dapat nak bungkus banyak lauk pauk sebagai buah tangan saudara mara yang pulang.

Masa sibuk memasak tu, tiba² Baba datang tanya nampak budak² tu tak?  Ehhh.. for sure saya langsung tak sedar.  Memang berkejar nak make sure semua makanan cukup aje.
Oh.. rupa²nya budak² ni dah kena kidnap... hehehe..

Jadi tukang bawa bunga manggar rupa²nya


Anak² kami buat design peplum aje.  Patutnya kembang setaman.. tapii... Misha sorang aje pakai dress (skirtnya konsep peplum juga).  Asalnya Baba tersalah potong.  Bila dia ambik pola ni, nampak peplum, terus aje dia potong kain.  Bila dah jahit.. laaa.. ni pola dress dia.  Nak tak nak kami proceed aje la.  Nak potong sayang pulak.  Lagipun memang dia awal² lagi request dress.  Tanpa sengaja, tercapai juga impian Misha


Mama and Baba.. Huhuhu.. Nampak lebar betul Mama masa ni.  
Eehh.. ngengada la plak... 

Adik Bongsu kami.. Adik ni MUA tau.  Aktif menerima tempahan mekap.  Show tv pun dia ada terbabit.  
 Bawah ni pula gambar di majlis sebelah lelaki
Inilah kesemua wanita di dalam keluarga Pak Non.  Boleh teka tak yang mana Mak, Kakak dan Adik?

Keluarga besar kami... Alhamdulillah semua berbahagia dengan keluarga masing².  Pasti lega Mak Ayah tengok anak² semua dah boleh bawa diri dan jadi insan berguna.

Akhirnya Adik Bongsu kami dah kahwin!! No more kenduri... Yahooo!!!... hehehe..


0 comments:

Post a Comment