Kailan Ikan Masin

Thursday, July 23, 2009

Sorry lupa nak ambik gambar, dah almost habis sepinggan, baru teringat.. Ni hidangan bila masak bubur nasi - kailan ikan masin, ayam goreng, cendawan cili padi (pls refer list resepi) , telur masin & sambal tumis bilis (tgh musykil kenapa photographer aka husband x capture sekali sambal & telur masin tu).. tapi xleh byk komplen.. kg dia letak jawatan lak.

Bahan²

2-3 pokok kailan
sepotong ikan masin basah
1 sb sos tiram
1-2 ketul bwg putih - diketuk
1 biji bwg besar dimayang kasar
Minyak utk menumis

Penyediaan

Goreng sebentar ikan masin sambil dihancur2kan
Masukkan bwg putih sehingga naik bau
Masukkan sos tiram, btg kailan & bwg besar.. kacau sebentar
Tambah sedikit air (2 sb) dan daun kailan (kacau2 trus angkat)

Tips :
- Boleh guna ikan masin lain, if ikan tu jenis keras, potong2 kecil dulu sebelum ditumis
- Jgn tumis bwg besar kerana akan memberi bau yg berbeza dr kailan di kedai siam
- Daun kailan akan cepat layu, jika digoreng lama, kailan akan nampak tidak menyelerakan
-Lastly.. xyah letak garam.. sos tiram & ikan masin tuh dah cukup rasa!!

0 comments:

Post a Comment