Belum Rainforest Resort

Monday, May 28, 2012
Tiha terpaksa jadi photographer.. takdela gambar sekeluarga kat sini..
Frust saya tak dapat attend wedding my x-rumet masa kat UUM dulu coz Tiha & Ieqa demam.  Budak berdua ni, kalau demam pun tak pernah 'sakit' kalau bab berjalan.  Tapi this time Tiha sanggup tak pergi Lake Wedding & pengantin yang diarak berkereta kuda (Tiha ni asyik berangan nak jadi princess). So.. jelas dan terang, tak larat sangatlah tu.  Sampaikan nak berjalan dalam rumah pun dia mengesot dengan kepala lutut aje.  

Tapi tak sedap hati juga tak pergi wedding Aja ni since dia attend wedding saya di Jengka dulu.  Nasib baik minggu depannya wedding sebelah lelaki pula.  This time at Gerik.  Once dah dapat kad, terus saya booked Belum Rainforest Resort!!! Malangnya sampai hari travel tu, Ieqa still demam.  Walaupun dia tak perangai tapi nampak weak & saya sentiasa pantau temperature & bawak bekal suppository.

Sedikit sebanyak kurang excited la, tukang bising takde bateri sbb dah seminggu dia demam.  Then sampai kat Behrang kereta macam problem sikit.  Tapi mekanik kata safe utk cont journey.. dengan hati yg makin gundah, we all teruskan perjalanan.  We all sampai ke Belum Rainforest Resort dah jam 7.00mlm.  Terus Check in & cari bilik.  Kami ambik Deluxe Room supaya lebih selesa, rate dia RM338 net. 
Deluxe Room  - cantik biliknya TAPI TAKDE TV!!!!.  Ieqa dengan Cool Fever nya.. (dia asyik mengadu sakit kepala)

Haa.. baby sorang ni membuta aje keje dia.  Tapi senang sikit.. janji tak buat perangai!!

Bawak sleeping bag cabuk Mama.. in case memerlukan (memang berguna sangat2)

Dua beradik kena wrestling dengan Baba suruh tido.  

Baba tengah tidokan dua budak yg tak reti nak tido... nanti kacau Mama & Baba nak tenet sambil minum coffee.. hehehe. Si Misha still tido nyenyak sejak tiba sampai esoknya!!
 Malam tu kanak-kanak ribena yg dua orang tu tido awal sebab takde tv!! Bagus jugak kan.. biasa kalau travel mau 1 or 2 pagi baru reti nak tido.  Pagi-pagi berjalan reramai ke Restoran untuk breakfast.  Agak jauh juga jarak bilik ke restoran ni. Sampai kat restoran memang tak ramai family yg datang sini, kebanyakannya mereka-mereka yg nak explore Belum & tasik-tasik yg cantik area sini.
Restoran tempat sarapan.. makanannya tak ok sangat.  Saya just ambil omelette, roti jala, roti, fruits.. pilihan pun tak banyak.  

Pemandangan dari restoran.. very calming.  

Di siang hari boleh nampak tasik dengan orang berakit, bot-bot  dari bilik.  Sayangnya masa amat limited sebab lepas ni nak ke wedding plak.  
 Resort ni benarkan kita check out lambat tau.  Tapi just maklumkan aje dulu.. Saya suka juga kalau Resort yg tak berkira ni sebab memang rushing sgt nak check out on time kalau berfamily ni.  Biasanya tak sempat le nak tour kawasan Resort tu..
Semua ceria lagi sebab still dalam suasana vacation... 
 Lepas check out terus kami menuju ke Gerik utk ke wedding.  We all makin bimbang sebab condition kereta makin teruk, memang hilang power terus.  Ieqa pula dah mula terbaring & gelisah (mesti temperature dia start naik ni!!).

Elok aje sampai kat wedding saya masukkan ubat punggung& tampal cool fever ke dahi Ieqa. Cuaca kat luar pon panas gila, deretan kereta utk ke rumah kenduri pon panjang sangat.  Jadi saya decide utk tinggalkan Misha & Ieqa dijaga suami dalam kereta.  Bimbang pula demam Ieqa makin teruk & Misha plak tak selesa dalam cuaca panas.  Saya turun ke rumah pengantin dengan Tiha je, bawa hadiah, minum-minum & jumpa tuan rumah & minta izin beredar.  Maaf sangat Aja!! Tak sempat nak tunggu hang pon.. memang takdak rezeki nak tgk hang kawen kot..

Keluar dari Gerik kereta makin buat hal.. aduhaii... baru aje bawak ke Toyota service centre suruh check prob kereta kesayangan my husband ni.. takde jumpa apa-apa masalah, tengah travel buat hal le plak.. Alahaiii.  Elok aje sampai ke area Lawin.. dah.. kojol terus!.  Kereta bergegar sakan takleh nak gerak.. lepas puas berdiskusi we all decided call Etiqa utk khidmat tow.  Mintak tow ke Kuala Kangsar sebab ada adik ipar kat sana.  Etiqa cakap the firts 50km free, setiap 1km berikutnya RM3.  Oklah.. takde pilihan jugak pon...
Aikk.. kereta bergerak, tapi driver tido??? (bukan tido tu, dia mabuk  atas tow truck, siap spare plastik lagi kat tepi.. hehehe)..

Misha je steady.. Nampak tak tow truck yg tgh usung kereta & kami sekeluarga tu?? hehehe...

Misha yg sporting... saya bimbang juga dia tak nak duduk dalam carseat.. legaaa!! At least saya boleh jaga Ieqa yg tgh demam


2 comments:

{ armouris } at: May 28, 2012 at 11:15 AM said...

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

{ Kina } at: June 3, 2012 at 11:16 PM said...

thanx for the info.. :)

Post a Comment