Pantai Timur Trip

Thursday, November 29, 2012 2 comments
Perjalanan kami kali ini bermula pada Isnin (19 Nov, 2012) lalu.  Sebelum gerak ke Kuantan, singgah Jusco nak tengok seat booster untuk Tiha & Ieqa.  Si Tiha ni kalau tido, memang nampak tak selesa & patah tengkuk.  Tu ingat nak carikan seat booster.. tapi lepas dibelek, takde yang berkenan.  Jadi continue je lah, nak tido nanti pandai-pandailah adjust.  

Mula-mula nak cari hotel di sekitar TUDM Bukit Ibam, tapi adik gelak sakan.  Dia cakap nak sewa rumah orang asli bolehlah.  Bukit Ibam tu memang kawasan hutan terpencil, jangan harap le nak berhotel-hotelan.  Nanti si suami buat keje, isteri & anak-anak nak melangut kat mana lak?  Aiseh.. last-last, jom kita tido kat rumah tukang gelak.  Ambik ko, 2 hari we all menumpang.  Ada gak plan nak ambik hotel kat Kuantan, tapi dah adik sendiri ada sana, layan ajelah rumah dia.  Tiha & Ieqa boleh main dgn sepupu diorang, aman Mama (amanlah sangat.. last² jadi tukang buat assignment dia.. cehhh).  

Nasib baik le kami menumpang sini sebab jadual suami untuk hari Selasa & Rabu memang full.  Banyak pulak masalahnya, rosak plan nak berpiknik semua.  Takpe.. ada 3 days lagi untuk layan pantai.. hehehe..

So Selasa malam tu, suami sampai aje dari TUDM Bukit Ibam jam 12 lebih, dia ajak we all pusing-pusing sekitar Kuantan.  Tak disangka, up to 2.00 a.m. Telok Cempedak masih meriah dengan orang ramai, banyak tempat makan dibuka, 24hours lagi tu.  Ramai jugak yang bercanda di pantai.  Wahh.. kami pon ambik kesempatan menyemak jugaklah.. hehehe..

Si Misha ni dah tido tadi, tapi bila dibawak berjalan, layan aje dia.  Terus tersengih-sengih & segar bugar.  

Bagus sangatlah tu, melantak burger malam-malam.. kalau tak dinner lagi takpe gak.  Tadi Tiha dah bedal sepinggan nasi. Nampak MCD nak burger plak.  Mama & Baba nak umpan Ieqa makan, dia pula yg lebey..
 Keluar dari Teluk Cempedak kami pusing-pusing lagi.. tengok ajelah lampu-lampu sekitar bandar.  Dah kol 2 lebih pun, apa lagi nak buat.  Lepas stesen bas nampak pula kawasan sungai/park yang masih terang ni.  Jom singgah..
Kawasan ni jadi port memancing.. tapi oklah sebab cerah & cantik kawasannya 

Haa.. nampak pulak pokok berlampu, laju je tala ke sana

Suka la kanak-kanak Ribena ni.. asal berlampu je, kira best la untuk diorang.. bukan susah sgt nak impress budak² ni.. hehehe
 Esok pagi² lagi laling ai ke TUDM Kuantan pulak.  Menjelang tengahari, dia call bagitau jom kita ke Gong Kedak.  If possible malam ni jugak dia nak siapkan keje dia.. pastu, acara bebas untuk seisi keluarga.. Yabedabedu!!!!  Yang kesian tu suami dah target nak layan lunch, tapi saya & adik tak masak pun, perabis stok breafast je.. hehehe.. Kesian dekat adik busy dgn assignment jadi saya tolong dia. Breakfast tadi dia dah masak pasta Aglio Olio, nasi goreng & kuih kaswi.  Jadi my laling & Tiha (budak kaki makan ni memang cenggini) layan pasta, Ieqa layan kaswi aje.  Baby? Layan air liur je la ye.. Mama suap apa pun tak mau.  Kalau hungry, jangan complaint eekk..

Perjalanan ke sempadan Kelantan agak rushing, just singgah kejap kat kawasan Jerteh beli keropok lekor & munchy-munchy untuk bagi budak-budak ni alas perut.  Nasib baikle semua jenis tak buat ragam.  Kalau lapar pun, semua buat bodoh aje.. janji boleh makan angin.. hehehe..  Sepanjang jalan hujan lebatla pula, jadi takdelah boleh laju-laju.  Nak enjoy pemandangan pun takleh sebab memang takde apa yang menarik pun kalau ikut jalan shortcut ni.  If ikut jalan biasa, start dari Dungun syok je menjamu mata dengan pemandangan pantai.  Takpe.. sabau sikit.. lagipun ngikut org buat keje kan.. kasi le keje siap dulu.  Pastu enjoy!!

Sampai kat area Kuala Besut dal 8.00 lebih.. Melilau cari Tok Bali then Tok Aman Bali Resort.  Saya tak booking awal-awal tempat ni sebab nak cek dulu ok ke tak, lagipun tarikh perjalanan pun tak menentu.  Tapi once nampak dari jauh, nak melompat-lompat riang aje rasanya.  Cantikknyaaa!!! Dari jauh boleh nampak cahaya lampu di sekiling Resort yang seakan terapung di atas air.  Sungguh terpesona & jakunlah tengok keanggunan resort ni.  Walau apapon, saya nak jugak dok kat sini malam ni!!.. heheheh..

Saya berlari ke lobby untuk check in (dalam hati tak henti-henti puji lobby dia cantik & ada class, tapi malu le nak ambik gambar, lagipun tengah rushing).  Sekali tanya.. RM358.00 la pulak.. dalam Agoda RM222 (before tax) aje.. so lari amek netbook, booking kat Agoda, kena RM258.00.  Saya suruh suami campak je kami anak beranak kat tempat lepak-lepak luar lobby sementara nak tunggu Agoda hantar Voucher pengesahan.  Suami pulak, terus berkejar ke Gong Kedak..

Dah settle semua urusan, staff tolong angkat barang & hantar ke bilik... sekali langkah masuk.. lawaa daaa!! Dengan price yg we all dapat, berbaloi-baloi.  Malangnya dah malam baru check in, jadi gambar pun suram-suram aje.  Saya pakai camera phone je pun..

Budak kecik ni nak terkam Mama kat dalam toilet.. dinding bilik air ni cermin, disediakan blind kalau tak nak kena skodeng.. hehehe.. Ieqa & Tiha berendam dalam bath tab sambil layan cartoon (punyala excited sebab boleh layan tv sambil main air)

Silap plak saya turunkan blind separuh, kalau tak boleh nampak bilik air





Besar tau bilik ni, facilities pun lengkap.  Breakfast pun untuk 3 orang.  Balkoni besar siap  dengan coffee table etc.. Kat balkoni tu ada cermin besar kat tepi.  Time keluar saya terkejut ingatkan bertembung dgn org sebelah.. rupanya body ku sendiri.. aauuww.. patutlah nampak seksi.. hehehe

Pemandangan luar bilik di sebelah pagi... nyaman sungguh!!!



Ada pelantar untuk naik bot/sampan

Makanan yang disedia...

Makanan okla.. eatable.. standard hotel..


Dah sudah makan.. layan swimming pool pula.  Sebenarnya saya yang paling excited sebab swimming poolnya cukup besar.  Jangan tak tau saya ni boleh beranang, tapi berpeluang berenang bila ada vacation macam ni aje.  Tu yang over kalau nampak swimming pool.  


Mama & Baba boleh berenang, anak-anak.. penakut sungguh!!
Cantik tau kawasan swimming pool ni.  Siap ada slide lagi.. Alaa.. takde gambar nak tunjuk.  Si Tiha takut nak terjun kat slide tu, rugikan.?  Sebab tu saya malas nak bawak dorang ni kat theme park, buat membazir aje sebab semua bendalah diorang ni takut.  

Haa.. adapun nampak slidenya.. yg sebelah kiri ni.. gelap sikit gambar ni sbb tgh panas terik

 Habis berendam dah dekat 12.00!!!.  Nak bersiap dengan anak-anak ni memangle ambik masa.  Saya check out dah 12.15.  Nasib baikla jenis tak banyak soal.  Sebenarnya we all plan nak stay one more night since tempat ni best sangat.  Malangnya dah fully booked.. sob..sob.. dengan berat hati, terpaksa la melangkah keluar dari bilik tu.  Babai bilik.. nanti I datang lagi tau... tunggu ye.

Dah check out, we all lepak jap area lobby nak tumpang wifi cari resort lain pulak.  Keje suami dah siap semalam, jadi bolehlah nak buat apa pun.. hehehehe..

Saya campak aje dia kat kerusi ni.. tau dah matanya menunggu masa je nak pejam ni


Alahai.. penat aje usung kasut, tapi nak pakai pun takdan.. hehhee


Haa.. kan dah pengsan... budak ni senang aje.  Dah ngantuk or tired sangat, pandai le dia membuta sendiri

Aiiikk.. budak besar gajah ni pun membuta.. buat macam bilik sendiri nampak?  Malu laaa.. nasib baik tak kena halau dari lobby.. hehehe..
 Dah try online tak de jumpa resort pengganti dicampur dengan line yang slow.. jadi we all meronda kejap sebelum keluar terus.  Tapi frust jugak tak jumpa Mini Animal Zoo seperti ditulis di pamplet dalam bilik.. agaknya sedang diselenggara kot..
Ni salah satu restoran (thai Cuisine) kat sini

Kemudahan Spa.. 

Pelantar untuk berkayak, bot.. nak sewa basikal pun boleh...


Oklah.. panas terik plak.  Jalan takat yang mampu aje.  Lepas ni kami nak travel turun ke arah Kuala Terengganu pula mencari resort menarik untuk tumpang bermalam.  Kalau nak tau, esok kami kena naik ke arah Kota Bharu semula sebabnya kami teringin balik KL ikut jalan Gua Musang & Kuala Lipis tu.. hehehe.. Ni baru betul berjalan kan??

Syiok Berjalan Wehh

Tuesday, November 27, 2012 0 comments
Bunyi entry aje dah ada ciri-ciri nak bagi orang jelous.. (kikiki..).. Inilah punca kenapa blog saya yang tak berapa nak rajin ni sunyi sepi aje sekian lama.  Kami sekeluarga buat marathon makan angin dari Isnin sampai Sabtu. Jenuh mengemas baju toksah cakapla.  Tapi mujur saya ada skill bawak 1 beg je untuk travel 2 minggu.  Kalau dah kaki travel, pandai ajelah nak packing barang yang penting² aje.  Tapi since dah ada sorang suami & 3 anak begnya takdelah satu.. 3 aje (beg kecik je tau.. jgn tak cayo).

Perjalanan ni sebenarnya mengikut jadual yg dah disusun untuk encik suami, jadi we all ikut ajelah gerak arahnya.  Kerja dia bermula di TUDM Bukit Ibam (selasa), TUDM Kuantan (rabu) & TUDM Gong Kedak (Jumaat).  Tu jadual asalnya lah.. tapi disebabkan faktor² tertentu, jadual berubah sikit.  Takpe.. jadual keje dia je berubah, jadual berjalan kami tetap berjalan.. hehehehe.. Tapi yang paling jelous, perjalanan suami tak habis kat situ aje, sesampai dari Kelantan, early morning terus terbang ke Kuching pula.  Caiiss.. kali ni takleh itut (uuwwaaa..) sbb short journey aje (tapi kat dlm ni tetap short tau).  Ahad tu dia kena berkejar balik, yelah by 3 a.m dia kena terpacak di Pasar Borong Selayang pulak.  Jadi membazir je kalau sekeluarga mengekor, flight ticket aje dah cecah RM2,000.  Belum lagi hotel, makan, membeli... Takpelah Bang, pergilah berjuang sorang-sorang.  Nanti jangan lupa beli barang-barang yang Ina sms tu ye.. hehehe..

Sepanjang perjalanan ni puashatilah jamu mata dengan pantai² & dapat pula jumpa sahabat lama zaman sekolah dulu di Paloh, Kuala Terengganu.  Kebetulan dia baru dapat baby, elok sangatlah saya bertandang.  Kami menginap di Tok Bali & Merang.  Nanti saya sharekan gambar-gambar percutian kami ni.  Seperti biasa le, gambar tak banyak mana pun sbb kami-kami semua ni kaki berjalan aje, bukan kaki bergambar.  Skill ambik gambar pun boleh tahan mengarut, jadi tempek mana-mana yg ada aje lah.

Padahal saya ada byk lagi gambar vacation yg tak masuk kat sini tau.. sebulan lepas misalnya we all ke Fraser's Hill pun still tak terupdate kat sini.. hehehe.  Macam mana lah nak share info kalau dah malas cenggini kan.

Dinner Malam Ni

Saturday, November 17, 2012 0 comments
Mak aaii.. makan ke melantak ni?  Nampak seciput je saya letak sambal kan.. tapi sebenarnya kat depan tu ada sepinggan lagi stok sambal... (kih..kih..kih..)
Malam ni my laling takde lagi, dah 2 minggu jadi burung hantu mengadap projek yang tak siap-siap.  Jadi saya ambik kesempatan masak salah satu menu yang dia TAK NAK makan.. hehehe.. Nasi lemak!! Sebabnya.. dah almost 3 years dia mengadap nasi lemak cafe we all & menjadi pembungkusnya setiap pagi. Walaupun Nasi Lemak Kina Cafe memang well known atas kesedapannya kat area Bangsar Utama tu (ceewaahh) , tapi kalau dah hari-hari mengadap, maunya tak muak.

Lagipun saya nak mengelat juga sebabnya sambal bilis & rendang memang dah ada dalam peti.. hehehe.. tunggu menanak nasinya & topup dengan telur goreng beserta sayur (saya buat kangkung yang direbus dgn asam & garam).  Puashati dapat makan nasi lemak air tangan sendiri yang diidami (apedaa.. boleh mengidam air tangan sendiri, nampak sgt pemalas.. hehehe).

Nasinya saya bereksperimen dengan kombinasi beras biasa & beras wangi (1:1).  Hasilnya.. waahhhh cantik & berderai sungguh.  Boleh kutip makan sebijik-sebijik youu.. langsung tak patah.  Airnya saya guna sukatan 1 cawan beras:1 1/4 cawan air + santan.    Tadi saya masak 2 cawan beras & 1 cawan santan (Ayam Brand) ditambah dengan 1 1/2 cawan air (2 beras : 2 1/2 air + santan).  Kemudian tambah sedikit garam, minyak (1 sudu kecil), halia & daun pandan aje.  Tanak macam biasa.

Bab-bab santan dalam sukatan nasi, terpulang pada citarasa kita.  Kadang-kadang saya kurangkan lagi, ikut mood & stok.  Kadang-kadang ada baki santan, jadi saya perabis jelah apa yang ada.  Janji adjust bagi dapat nisbah 1:1 1/4.

Kesinambungan...

0 comments
Ingat tak entry saya fasal roti yang tak menjadi aritu & saya nak buat eksperimen sikit dengan dohnya.  Selepas eksperimen tersebut dimulakan, inilah hasilnya...

Nampak tak betapa montelnya doh yang asalnya langsung tak naik
 Sebenarnya bila doh tak naik, saya agak suspicious tentang kandungan yis di dalamnya.  Tambah-tambah plak penimbang saya sukar mengesan berat benda-benda yang ringan seperti yis.  Jadi baki doh yang saya simpan kat peti tu, saya gabungkan pula dengan doh sosej bun yang saya buat keesokannya.  Doh ni pula saya syak terlebih yis atas sebab-sebab yang sama.. (kui..kui..kui..).

Lepas diadun/diuli kedua-dua doh tu, saya simpan semula di peti.  Esoknya saya bentukkan dan naikkan semula.  Walaupun doh bun sosej hanyalah suku bahagian, ianya berjaya menaikkan doh sweet bun saya.  Selepas dibakar, inilah hasilnya...
Saya simpan dua biji aje, lagi 9 biji saya bakar di rumah mertua.
Jadi teori saya mengenai kurang yis ternyata betul.  Apa yang boleh dipelajari dari kejadian ni, kalau doh langsung tak naik, tambahkan sedikit yis & uli semula sampai sebati.  Jika doh agak kering, bolehlah aktifkan yis dengan sedikit air & adun semula ke dalam adunan.

Selepas 2 kejadian ni, saya mulalah ambik tindakan baru.  Saya sukat yis guna sudu (measurement spoon) pula.  Ternyata 1sudu besar yis, bersamaan 10-11grams yis (sepaket).  So kalau resepi nak 7 grams yis, saya letakkan hampir 2 sudu kecil yis.  Selepas disukat, memang betul kiraannya (reti pulak penimbang ngok ngek ni detect..haiisshh).  Tiapkali nak buat roti, saya takdelah bimbang bab nak menyukat yis lagi dah.. hehehe.. Oh ye, sukatan ni berdasarkan yis brand Saf-Instant yang saya guna tau.  Tapi kalau brand lain lebih kurang jugak kot.

Mee Telur

Wednesday, November 14, 2012 0 comments

Kalau suami takde kat rumah, tiba-tiba saya menjadi terlebih kreatif.  Kreatif dari memasak benda-benda yang complicated... hehehe.  Biasanya dapur saya memang bersih berkilat memandangkan semua less half an hour menu aje yang keluar.. ;)

Ini mee telur (ala mee segera) yang dibeli dalam paket kat pasaraya tu.  Saya kurang suka menjamu anak-anak dengan mee segera.  So kalau teringin nak makan mee segera, inilah penggantinya.  Bahan-bahan kuahnya pula ikut mood semasa.  Kalau kurang rajin, kuranglah bahan dalamnya tu.  Alaa.. bebudak ni bukannya makan sangat, yang ditelannya mee & telur kat dalam tu je.  Oh ye, dan udang.. jadi, benda-benda ni aje yang wajib letak.

Kuahnya saya just tumiskan bwg putih, masukkan air, stok ayam, sos tiram, lada sulah & garam aje.  Bolehlah tambah telur, udang, ayam, sayur & sebagainya kalau nak kasi meriah sikit.  Nak pedas, potong cili api campak dalam tu.  Takpon hidang dengan cili kicap.  Dah siap lunch hari ni.. bolehlah Mama merendek depan pc. Kalau sempat le.. biasanya, mengidamm aje laa... kalau dok kat rumah, memang tak habis-habis keje yang datang.. :(..huk huk..

French Toast Aneka Rasa

0 comments
Ini bukan sebarang french toast.. french toast ni dah diubahsuai mengikut citarasa.. hehehe

Yang ni diletak peanut butter (kasar) & strawberry jam

Yang ni pulak butter & honey

Telur dicampur sedikit susu & gula

Celup dalam telur & dimasak atas pan (saya suka guna butter so toast tu adela rasa buttery sikit).
 Toast ni sesuai kalau nak dijadikan breakfast.  Mostly kalau ahli keluarga bercitarasa berbeza.  Untuk anak-anak saya sapu nuttela aje ditengah.  Pasni nak try letak cheese slice le pulak.. hehehe.. Antara semua, saya & suami paling suka yang honey.  Lemak, manis & masin secukup rasa.  Breakfast yang mudah bukan?

Nak Kena Rearrange Balik Ni

Tuesday, November 13, 2012 0 comments
Dalam jarang-jarang update blog ni, dah banyak rupanya resepi-resepi yang saya simpan kat sini.  Makin pening kepala tengok list resepi yang makin berterabur.  Nampak gayanya saya kena rearrange baliklah list koleksi resepi kat sini.  So far takde idea & takde mood lagi nak buat aktiviti berikut.. hehehe.. Buat sementara ni, kita buat-buat tak nampak ajelah dulu ye.... :)

Mushroom Cheese Bruschetta

0 comments
Inilah sebabnya mengapa saya nak sangat buat French Baguettes tu tadi... 
Sekali tengok, terus terliur daaa.  Saya dah terbayang alangkah sedapnya bruschetta ni dimakan dengan french loaf.  Memang betul, cukup ngam jika kedua-dua resepi ni digabungkan.  Teramatlah sedap!! Resepinya saya ambil dari sini

Ingredients
4-5 thick sliced bread
5-6 pcs button mushrooms - sliced
1 large onions - diced
1 garlic - chopped
1/2 green capsicum - diced
1 tomatoes - diced
1/2 tsp dried oregano
1 tbsp butter
Parsley
Grated cheese
Fresh ground black pepper
Salt to taste

Method
  1. Melt butter in a frying pan, saute garlic and onions. Stir fry until soft
  2. Add in capsicum, mushrooms, tomato and then season with oregano, black pepper and salt - removed and set aside
  3. Arrange the bread on the baking tray. Put the mushroom on the bread and top up/ cover with grated cheese.
Bake it in the oven at 170 degree C for about 5-10 minutes or until the cheese is melted and brownish. Garnish with parsley and served

Bahan-bahan yang saya letak - capsicum (red & yellow), onion & garlic, fresh button mushroom, tomato cherry & butter

Tumis & gaulkan semuanya & renjiskan herb kegemaran.  Yang pastinya blackpepper dengan garam tu jangan dilupa..

Letak atas roti, tabur cheese (saya guna mozarella) & bakar.  Saya gunakan grill atas bawah & set 5 minit aje.
Tiha & Ieqa tak nak try rasa pun.. :( . Budak-budak dua orang tu kalau nampak ada bahan pelik-pelik (mostly sayur), memanglah susah nak mencuba.  Tapi diorang still enjoy makan baguettes tu dengan can mushroom soup Campbell.  Saya plan nak buat mushroom sendiri, tapi fresh mushroom dah habis!! Takpelah, next time boleh buat lagi.. one by one lah kan..

French Baguettes

0 comments
French Baguettes or saya biasa panggil french loaf ni memang kesukaan Tiha.  Biasanya dimakan dengan mushroom soup, onion soup or sebagainya.  Pertama kali saya mencuba French Loaf ni dekat Delifrance masa zaman bujang dulu. So far saya suka French Loaf kat sini aje, kalau yang dekat bakery biasa tu liat semacam aje.  Kalau dekat Delifrance selain digabungkan dengan soup, loaf ni dijadikan garlic bread (toasted) then served dengan pasta. Seedapp tauu.. 

Kalau nak mencuba bolehlah try buat sendiri.  Senang aje, simple pun bahannya.  Cumanya resepi ni menghasilkan baguettes yang tak sekeras Delifrance tu (saya prefer yg keras sikit).  Tapi rasanya yang agak sedap membuatkan saya agak jatuh hati (terutamanya Tiha yang makan almost 2 loaves!!).  
Agak-agak kalau rupa French Baguettes kat Delifrance cenggini, ada orang nak beli tak?. Ni menghina masakan sendiri namanya ni.. hahaha

Original recipe makes 2 baguettes
  • 1 cup water
  • 2 1/2 cups bread flour
  • 1 tablespoon white sugar
  • 1 teaspoon salt
  • 1 1/2 teaspoons bread machine yeast
Bahan Sapu
  • 1 egg yolk
  • 1 tablespoon water
Directions

Place 1 cup water, bread flour, sugar, salt and yeast into bread machine pan in the order recommended by manufacturer. Select Dough cycle, and press Start. (Saya uli dengan tangan aje).

When the cycle has completed, place dough in a greased bowl, turning to coat all sides. Cover, and let rise in a warm place for about 30 minutes, or until doubled in bulk. Dough is ready if indentation remains when touched.

Punch down dough. On a lightly floured surface, roll into a 16x12 inch rectangle. Cut dough in half, creating two 8x12 inch rectangles. Roll up each half of dough tightly, beginning at 12 inch side, pounding out any air bubbles as you go. Roll gently back and forth to taper end. Place 3 inches apart on a greased cookie sheet. Make deep diagonal slashes across loaves every 2 inches, or make one lengthwise slash on each loaf. 

Doh yang dah naik & sedia dibentuk.  

Saya canaikan & potong 4 coz oven tak cukup besar .  Gulungkan setiap potongan & kemaskan dengan menolak-nolak  (menggulung) dengan tangan supaya gulungan tidak terbuka. 
Dah siap digulung ni.. 
Kelar-kelarkan macam kelar ikan tu.. hehehe.. kalau nak buat satu kelaran memanjang pun boleh juga..
Saya naikkan sekali lagi dalam oven yang ditutup rapat (malas nak cover punya pasal)
Cover, and let rise in a warm place for 30 to 40 minutes, or until doubled in bulk.
Dah naik pon.. aisehh. terlebih kelar ke ni?.. hehe.. gasakle kan.  Ni tengah bersedia untuk disapu  telur sebelum dibakar

Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Mix egg yolk with 1 tablespoon water; brush over tops of loaves.
Bake for 20 to 25 minutes in the preheated oven, or until golden brown.

Untuk lihat demo guna video sila ke sini di mana berasalnya resepi ni.