Bun Sosej

Thursday, November 8, 2012
Nak buat sosej bun ni saya guna basic doh aje.  Banyak resepi basic doh dalam pc ni, rasanya dalam 5 jenis kot.  Ni saya baru try buat satu.  Saya plan nak buat satu-satu & pilih yang mana berkenan.  Try buat resepi pertama ni pun dah rasa berkenan, tak tau lah macam mana nak pilih nanti.  Maybe dari segi ingredient & juga berapa banyak lelemak kat dalam roti tu kot.  Selain sedap, kriteria yang saya pentingkan 'healthy', orang cakap guilt free food.. (ye la sangat).. kekeke.. Kalau melantak sampai tak ingat, mana ada guilt free foods lagi dah.

Resepinya dari Blog CMG seperti berikut

400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

Cara membuatnya :-)

Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...

Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....

Mak aii.. gebu sungguh.  Sampai membukit tersembul dr kain penutup (saya syak terlebih yis angkara penimbang durjana itu.. hehehe).  Ni selepas saya rehatkan hampir sejam
Dah siap dibentuk (ada baki lagi suku adunan, simpan peti). Ambik gambar sipi-sipi je, huduh sangat.. hehehe..  
Saya tengok CMG ajar cara nak buat roti sosej ni macam senang aje, tapi bila buat sendiri, rasa serik pun ada.  Memang kesabaran saya tak cukup tinggi lah.  Lepas ni kalau buat pun, nak guna style pintal aje, sbb lebih mudah & budak-budak serta bapaknya lagi suka yang tu.  Untuk tutorial membentuk roti ni, silalah belajar dengan CMG di sini dan di sini.

Saya picitkan sos ikut kegemaran pemakan - mayonis, sos tomato, cili & blackpepper (abaikan rupa bentuk roti tu.. ..malluu).

Dah siap bakar, inilah rupanya.. (confirm terlebih yis).. tapi rasanya tetap sedap.  Baki doh tu saya tak cadang nak buat dengan sosej lagi dah, muak pulak kang.  Saya ada projek lain pulak.. hehehe..


Saya sedar roti saya kali ni memang tak layak dipertontonkan..  Ni kira motibasi utk diriku la jugak.  Dengan ini saya berikrar akan prektis buat sosej roll sampai CUN.  Kita tunggu dan lihat.... 

0 comments:

Post a Comment