Sedap TAPI

Wednesday, November 7, 2012
Sempat possing dengan cooking spray, peneman setia ku di dapur.  Orang malas nak tenyeh butter kat loyang macam saya memang perlukan benda-benda mcm ni.. hehehe (dulu saya cheating guna baking paper).  Skang ni dah advanced, beli cooking spray pulak.. hihi
Cantik aje kan rupa roti ni.. memang excited sangat saya semalam.  Tak sabar nak rasa.. paling seronok nak tengok reaksi anak-anak & babanya yang sukakan roti.  Bila dah bakar, nak meraung rasanya, tah mana silapnya doh ni langsung tak naik.  Tu pun saya try juga makan.. ruginyaaa.. kalau menjadi, mesti sedap.  Dalam keras, padat & tak masak macam ni pun dah terasa sedapnya.

Dah siap masak, excited takyah cakaplah..
Tapi saya memangla tak puashati. Ini first time roti saya buat jadi macam ni.  Ada juga terfikir resepi yang tak betul tapi saya lebih suka beranggapan kesilapan sendiri yang jadi faktor.  Mungkin timbangan atau sukatan tepung tak betul (selalu terlupa bilangan sbb too many distraction..) or yeast terkurang...  Sebelum ni pun penimbang saya memang bermasalah untuk detect bahan-bahan yg ringan & sedikit cthnya yeast.. tiapkali timbang yeast, saya terpaksa ulang berkali-kali or agak-agak aje.  Tapi sayang pula nak ganti yang baru sbb timbang barang lain ok aje (maybe too light & beratnya pun bawah 15 gms tiapkali diguna, tu yg susah nak detect).

Semasa membentuk roti, saya perasan juga yang doh ni terlalu senang dibentuk.  Mula la rasa tak sedap hati ni.. takpe.. cuba dulu .. (saya gulungkan dari bahagian lebar ke bhgn runcing).   

Dua keping saya tabur chocolate chip. Laieqa suka sangat, tapi saya bg dia makan bhgn hujung aje sbb dekat tengah langsung tak masak
Saya canai separuh doh aje, lagi separuh masih ada dalam peti (langsung tak naik-naik, siap mengeras lagi.. huhuhu..). Saya ingat nak try eksperimen something dengan doh tu.  Kalau menjadi, saya akan sharekan di sini.  Jika tak menjadi juga, saya akan buat semula roti sedap ni from the scratch!!! I will keep doing it until i'm satisfy with the result.  Kalau resepi tu yang bermasalah, saya akan adjust mana yang patut.  Tak kira... Nekad habis ni!!.


2 comments:

{ IamAin } at: April 1, 2016 at 5:21 PM said...

NAK TANYA KAT MANA NK BELI COOKING SPRAY TU?

{ Kina } at: April 4, 2016 at 11:17 AM said...

Boleh cari dekat kedai jual barang bakeri macam Bagus. Yg ni saya beli dekat Aeon (jusco), pernah juga nampak dkt Giant Permata tp mahal sikit dr Aeon.

Post a Comment