Kesinambungan...

Saturday, November 17, 2012
Ingat tak entry saya fasal roti yang tak menjadi aritu & saya nak buat eksperimen sikit dengan dohnya.  Selepas eksperimen tersebut dimulakan, inilah hasilnya...

Nampak tak betapa montelnya doh yang asalnya langsung tak naik
 Sebenarnya bila doh tak naik, saya agak suspicious tentang kandungan yis di dalamnya.  Tambah-tambah plak penimbang saya sukar mengesan berat benda-benda yang ringan seperti yis.  Jadi baki doh yang saya simpan kat peti tu, saya gabungkan pula dengan doh sosej bun yang saya buat keesokannya.  Doh ni pula saya syak terlebih yis atas sebab-sebab yang sama.. (kui..kui..kui..).

Lepas diadun/diuli kedua-dua doh tu, saya simpan semula di peti.  Esoknya saya bentukkan dan naikkan semula.  Walaupun doh bun sosej hanyalah suku bahagian, ianya berjaya menaikkan doh sweet bun saya.  Selepas dibakar, inilah hasilnya...
Saya simpan dua biji aje, lagi 9 biji saya bakar di rumah mertua.
Jadi teori saya mengenai kurang yis ternyata betul.  Apa yang boleh dipelajari dari kejadian ni, kalau doh langsung tak naik, tambahkan sedikit yis & uli semula sampai sebati.  Jika doh agak kering, bolehlah aktifkan yis dengan sedikit air & adun semula ke dalam adunan.

Selepas 2 kejadian ni, saya mulalah ambik tindakan baru.  Saya sukat yis guna sudu (measurement spoon) pula.  Ternyata 1sudu besar yis, bersamaan 10-11grams yis (sepaket).  So kalau resepi nak 7 grams yis, saya letakkan hampir 2 sudu kecil yis.  Selepas disukat, memang betul kiraannya (reti pulak penimbang ngok ngek ni detect..haiisshh).  Tiapkali nak buat roti, saya takdelah bimbang bab nak menyukat yis lagi dah.. hehehe.. Oh ye, sukatan ni berdasarkan yis brand Saf-Instant yang saya guna tau.  Tapi kalau brand lain lebih kurang jugak kot.

0 comments:

Post a Comment