Baru je lega sebab everybody dah sihat & bleh continue rutin harian semula. Tambah-tambah sekarang ni demand untuk roti benggali semakin bertambah. Jenuh jugak saya nak cater permintaan dengan microwave convection saya yang tecik tu. Satu hari bertrip-trip benggali di bakar. Tengah consider another oven ni tapi tak nak saratkan dapur dengan extra electrical goods lagi.. hhmm... tengokla macam mana nanti...
Dalam happy² tu, tiba-tiba Laieqa start demam plak kelmarin. Patutla masa saya bawak dia ke Chow Kit untuk cari barang kedai, dia asyik tido aje. Masa lunch pon dia tido aje kat meja makan, tak nak bangun. Rupa-rupanya demam. Dia ni kalau demam memang temperature tinggi, bleh cecah 40c kejap aje. Jadi saya akan masukkan supp veron dulu, kalau after 1/2hour tempt naik lagi, saya guna poro lak sambil lap badan dia. Kesian tengok dia menggigil sakan.
Kali ni nak share resepi kek kukus yang dah lama saya buat. Sebelum ke Redang, saya dah plan nak lawat Bonda (Pengetua sekolah saya dulu) yang dah lama lumpuh akibat kemalangan. Saya dapat tau fasal kemalangan ni dari tahun 2000 tapi tak dapat nak cari alamatnya. Sampailah dia dapat anugerah guru lagi tahun lepas, saya berjaya jumpa dia kat FB. Banyak kenangan saya dengan pengetua kesayangan ni. Bonda bukan sebarang Pengetua, Bonda telah mengubah status sekolah kami dari sekolah luar bandar yang tercorot sehingga menjadi yang terbaik di Pahang.
Malam sebelum ke Pulau Redang, saya sibuk mengemas beg-beg & juga memasak kek kukus ni. Saya pun dah takde idea nak bawak apa, jadi buat je la kuih yang simple macam ni. Lagipun masa agak limited sebab saya sibuk dengan persiapan perjalanan untuk 5 hari. Banyak persiapan & barangan yang nak kena kemas tu...
Kek Lapis Kukus Cream Cheese yang dah masak... Ahamdulillah.. menjadi |
Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
BAHAN A
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tpng gandum
- Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar.
- 2 biji telur
- 1 cwn gula halus
- 1 sk vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cwn air panas didih
- 1/2 cwn cwn susu segar/cair
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 1 cwn tpng gandum*
- 3 sudu besar sebuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
- Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
- Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan air panas,susu dan minyak.
- Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
- Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
- Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
- Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
- Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
Sebelum sampai di rumah Bonda kami singgah makan mee kari dekat Gambang. Agak sedap mee kari nya, jadi saya bungkus sikit untuk Bonda. Bonda ni masih single & hanya dijaga pembantu rumah saja. Bolehlah diorang makan untuk dinner nanti.
Masih teringat kenangan bersama Bonda menghantar saya pulang jika saya terpaksa stayback di sekolah ketika membantunya membuat tugasan. Jika membrek kecemasan, cepat-cepat Bonda akan menahan badan saya dengan tangan kerana bimbangkan keselamatan muridnya. Sungguh lembut hati Bonda yang seorang ini walaupun zahirnya nampak garang. Terima kasih atas jasamu Bonda. Saya pasti semua pelajar Bonda amat menghormati & menghargai Bonda selama-lamanya.
3 comments:
Bestnya ada anak murid yg rapat mcm kina ni.. Pengetua ni mesti mmg bagus orangnya.. Semoga dia sentiasa ceria
.
Cream chese tu tya di kdi bakery dia tau la kn? Atau bole bli d psarya ja?
Saya yang bertuah Aisy, dapat Pengetua yang komited macam ni. Anak-anak murid Bonda tak putus-putus menziarahi... Buat baik, pasti dibalas baik juga.. :)
Cik Chinta... cream cheese tu bleh cari kat pasaraya, brand paling glamer philadelphia (kotak biru) atau Tatura (diikat macam pocong).. hehehe...
Post a Comment