Haaii.. Kinik Gigi pun mau story ke? Ini bukan sebarang klinik gigi tau, inile klinik gigi terbaik yang pernah saya pergi. Lepas ke sini, memang tak pandang dah dentist lain. Servis kat Klinik Gigi Fauziah Taman Melawati ni memang bagus sangat². Dah lebih sepuluh klinik gigi saya terjah sejak dari bujang dulu (nampak sangat gigi banyak rosak.. muakakaka..).. tapi tak pernah saya dapat servis macam kat sini. Saya ni bukan setakat cerewet bab makan je tau, bab servis menyervis ni pun saya very sensitive. Selagi tak puas hati, saya akan try semua tempat yang saya nampak... heheheh...
Meh saya listkan apa yg specialnya kat sini:
1. First time saya buat appointment, saya datang 4.55 utk appointment jam 5.00, tepat jam 5.00 memang terus dipanggil! Pendek kata kami dah berkali² datang, tak pernah lagi kami menunggu lama dari masa yang ditetapkan. (Since dah jatuh hati, saya paksa suami & anak² buat treatment kat sini jugak... hehehehe...)
2. Pernah sekali kami terdatang awal coz kami dari tempat lain. Lepas beberapa minit kami duduk, staf klinik datang, dia cakap sorry kena tunggu lama sikit sbb Dr tengah attend patient. Then hulurkan satu tray pelbagai jenis minuman instant, suruh pilih nak yang mana, diorang buatkan... (first time saya pergi dentist dilayan sebegini tau).
3. Ruang menunggunya sangat luas, langsung tak merimaskan & diorg memang siap pasang lagu. Yang paling best, ada section kanak², provided colors, puzzles,Sudoku, coloring sheet etc. Anak² suka sangat lah... diorang boleh menconteng & main kat sini. Corner ni pon terasing dari ruang menunggu yang satu lagi.
4. Yang paling unbelievable... kalau korang tampal gigi kat sini, saya boleh gerenti korang takkan jumpa atau nampak kesan tampalan tu!!! Saya tampal 2 gigi di sini & suami pun sama, sampai sekarang kami GAGAL mengesan kat mana tampalan tu. Hasil kerja yang superb!! Saya siap suruh adik cari jugak kalau nampak tampalan, dia pun kagum sbb langsung takde kesan, macam gigi asal. Bukan setakat gigi depan, gigi geraham pun tampalannya amat teliti!
|
Tengah kusyuk menunggang kuda |
|
Tiha memang ayik mewarna aje kerjanya... |
|
Budak ni plak, dah makin selesa.. buat macam rumah sendiri!! |
Ok dari segi ratenya pula, untuk tampalan gigi ialah RM100.00 untuk satu lubang, caj² yg lain saya rasa sama/ lebih kurang aje dengan klinik gigi lain. Jadi memang kami tak pandang dah kelinik lain (saya pernah ke klinik pakarm cajnya mahal & servis tak sebagus mana, berjam² menunggu hasil tampalan pun biasa² aje..)...
Lokasi klinik ni ialah di Taman Melawati. Kalau u alls tau kat mana Acehardware Taman Melawati, klinik ni di seberang sana, di tingkat dua. Sebaris dengan Ayamas & Domino's Pizza.
Satu lagi lupa nak highlight, Klinik Gigi Fauziah ni memang specialised in cosmetic, tu yg tampalannya cun. Memang speciality diorang merapatkan gigi yg jarang, cantikkan susunan gigi dll....
Klinik Gigi Fauziah ni ada cawangan lain jugak, boleh lawat di sini untuk maklumat lebih http://www.drfauziah.com/