HOMEMADE BEEF BURGER

Monday, February 10, 2014
Lama dah tak story pasal aktiviti memasak kan... Memang sejak pregnant, saya terpaksa lupakan niat nak memasak sangat.  Kalau masak pun sesimple² makanan, yg tak memerlukan masa lama di dapur.  Tu pun saya tak makan, sbb tak selera la plak dengan air tangan sendiri... :P

Dinner malam ni saya buat beef patties gunakan baki daging korban dari freezer... hehehe.. lamanya daging ni bertapa dalam tu..  Saya pun excited nak try food processor yg memerap dalam kotak sejak dibeli Dec lepas.  

Patty saya buat ni simple aje,  takde la resepi semua tu. Main agak² aje

Saya kisar sebiji burger bun, kisar daging (hampir 500grams), pecahkan sebiji telur, garam, L&P Worcestershire sauce & black pepper.

Gaul rata, siap!!  Bolehlah kepal² ikut saiz yg kita nak & grill atas pan.  Saya buat tebal & lebar sbb daging tu akan mengecut bila dimasak.  

Untuk agak bila patut diterbalikkan patty tu senang aje,  perhatikan jika sudah separuh bahagian daging bertukar warna (masak), maka bolehlah alih untuk masak bahagian sebelah lagi.

Senang aje kan nak buat beef patty sendiri.  Spices apa kita nak letak dalam tu terpulang...Boleh cincang bawang, daun sup, daun bawang.. etc, ikut selera masing².  Yang pasti, rasanya lebih mengancam dari yg dijual di pasaran!
Ini aje dinner kami tadi.  Saya buat juga shrimp burger.  Resepinya saya share kemudian... 

2 comments:

{ Sue Bee } at: February 10, 2014 at 9:02 AM said...

patty jual kat supermarket selalu rasa agak masin. buat sendiri lagi elok sbb boleh agak2 garamnya bnyk mana nak letak,kan..

{ Kina } at: February 11, 2014 at 1:19 AM said...

Betul tu SB... Boleh letak apa yg kita suka pon... :)

Post a Comment