ROASTED CHICKEN

Monday, February 17, 2014
Lama jugakla memendam rasa nak buat roasted chicken.  Saya jarang jugak buat sebab anak² tak berapa enjoy menu macam ni.  Jadi kena bersedia atau buat backup plan untuk diorang.  Mulanya nak buat Rosemary Chicken, lepas belek punya belek, Rosemary plak takde... aiseh... so buat ayam panggang biasa ajelah....
Kentang yang dah direbus hampir masak saya akan bakar untuk lebih sedap.  Saya renjiskan olive oil, blackpepper, thyme & juga garam sebagai perasa. 

Ayam tu pula saya renjiskan dengan garam, olive oil dan blackpepper aje.  Ni bahagian bawahnya then bila dah transfer dalam baking pan nanti, saya renjis bahagian atasnya plak. Oh ye, saya sumbat sebiji lemon yg dikelar² dalam perut ayam ni...

Dah transfer dalam casserole kentang tadi.  Then saya renjis bahagian atasnya plak..

Last minute saya ubah fikiran, nak bakar asing² plak sebab bekas pembakar tadi kecik sangat, bimbang kentang tak masak elok.  Bahagian atas ayam ni saya sapu butter

Tengah bakar separuh jalan, baru teringat.... lupa nak letak garlic & onion!  Inilah penyedap kuahnya nanti... Kemudian saya terbalikkan ayam & bakar semula sampai masak

Kentangnya pun dah masak.. sedap!  My favourite but anak² lagi prefer whipped potato, semua tak nak makan kentang ni.. :(

Untuk gravynya pula... saya tambah air & bancuhan tepung gandum, kiub ayam & thyme.  Saya guna bekas pembakar ayam tadi untuk dapatkan rasa ayam lelehan dari ayam yang dah dibakar.  Untuk masak, saya just masuk dalam microwave aje.  Bekas Pyrex ni tak tahan dengan api dapur, jadi tak berani saya nak masak atas api.
Alhamdulillah... Siap dinner kami.  Cuma kurang berseri sebab takde carrot/ brocoli dll.  Hampir habis kami 3 beranak makan seekor ayam ni.  Ieqa & Misha je diet... Offer pizza, roti cheese dll makanan backup pun tetap tak nak makan.  Adusshh.. pening Mama!


2 comments:

{ Sue Bee } at: February 24, 2014 at 3:34 PM said...

tak penah SB try panggang seekor ayam cam ni..belum ada kekuatan kot?..

{ Kina } at: February 24, 2014 at 7:08 PM said...

hehehe.. saya pun baru first time sbb anak² tak berapa makan, nanti banyak leftover. Ni pun ayam saiz kecik je, less than 1kg.. :)

Post a Comment