IKAN BAKAR PORTUGIS

Friday, May 23, 2014
Tengah stress menunggu Benggali ku yg mungkin jahanam gara² kealpaan sendiri.  Adoiii.... lebih sejam menunggu.. habis semua blog sudah diterjah, then layan Candy Crush plak (dahlah sangkut kat level 578 yg susah gila tu..)... Bila BM berbunyik, laju je bukak penutup... sekali.... ROTI TAK NAIK!  Sikit pon tak!  Lepas pikir punya pikir, baru teringat... lupa letak yis!!  Hahahaha.. Patutla dohku mendap semacam aje... Jadi saya tabur yis dalam doh tu & On kat balik BM.  Entahla berjaya ke tak yis tuh survive dalam doh yang siap diuli dan diperam sejam tu... heheheh...

Teruk betul la pelupa saya sekarang ni.  Tadi masa nak buat roti, siap kena tanya husband plak sukatannya.  Ye la.. sejak mabuk teruk, tugas mengadun roti saya dah serah kat dia.  Lagipun nanti time bersalin sapa pulak nak meroti. Mula² kekok jugak dia, skrg ni laju dah.  Rotinya pun dah stabil, takde la kejap naik kejap tak... hehehehe... Just sometimes bila roti tu siap lewat malam, saya la yang ambik alih sbb dia takleh berjaga lewat sangat.  Pepagi buta dah ke cafe/pasar... Kang migrain plak jadinya... 

Eh.. nak share pasal resepi ikan bakar portugis yang sedap ni.  Resepinya dari blog Kak Azie lagi... 

Ikan Bakar Portugis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas


Cara cara:
Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.
Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak.
Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.

Ni first time buat... Saya tak tutup pun ikan ni.. 

Dah siap!  Ehh.. sambalnya semua dah terjun ke bawah... 
Apapun memang sedap ikan bakar ni.. dah banyak kali saya buat.  Ada lagi baki rencahnya dalam freezer.... Bila² nak buat saya defroze kan aje.... Thanks to Kak Azie for the recipe!

P/s : Baru je lepas keluarkan Benggali dari BM... Fuhh! Menjadik jugak method campak yis dalam doh tu & uli semula... hehhe... Cuma saya perasan doh ni macam melekit sikit.. Harap² cukup stabil supaya tak colapse masa dibakar nanti.  Tapi... kena stay up for another 1 1/2 hours lagi la nampaknya.... :(


4 comments:

{ Aisy Nasiha } at: May 23, 2014 at 9:56 PM said...

Sedap ikan cencaru bakar ni. Saya suka kalau sekali sekala buat.. suami jenis kurang makan ikan jadi sebulan sekali pun payah nak masak ikan kat rumah kami ni.

{ Kina } at: May 24, 2014 at 8:50 PM said...

Saya dulu makan ikan pelaling aje.. ikan lain semua tak makan. Lepas kawen baru la makan a few jenis lagi... Samala kita!

{ Shamsiah Abdul Rahman } at: May 26, 2014 at 6:39 PM said...

Ikan jaket susah sgt nak jumpa sekarang ni.
So kena la guna ikan lain kalau nak buat ikan bakar..

P/s;
Dulu kat asrama.. tak pandang pun ikan jaket ni.
Dah dok merantau.. ishhh.. padan muka sendiri.

{ Kina } at: May 26, 2014 at 6:57 PM said...

Kat sini mmg kira ikan murahle Kak Sham... Saya pun baru pandai makan.. Dulu memang saya susah nak makan ikan... Skrg ni pun boleh layan a few aje... Sensitif sangat dengan bau ikan... :(

Post a Comment