RED VELVET buat Guru & classmate Tiha... |
Red Velvet Cake memang dah sinonim dengan para blogger masakan. Bagi saya yang tak mahir & agak malas membuat kek, memang dok tertangguh nak membuatnya. Selepas bertahun menyimpan hasrat.. berjaya jugak saya gagahi mengadun kek ni. Tiha asyik remind kan saya yang Guru Bahasa Inggerisnya akan berpindah. Dia ckp, classmate nya plan nak adakan parti. Saya agak skeptikal bila memikirkan parti yang dirancang oleh budak² darjah 2 ni akan jadi kenyataan ke? Tapi takpela... saya buatkan aje kek, in case takde party pon takpe... diorang makan je la ramai² kat sekolah. As for the Teacher, memang betul dia nak pindah. So elok juga saya hadiahkan kek ni sedikit sebagai tanda penghargaan.
Kek Red Velvet ni banyak sangat resepinya dalam list saya... tapi selepas membelek, saya nak try yang Kak Azie punya. Selepas dibuat & hasilnya memuaskan, mungkin saya akan maintain je lah dengan resepi ni. Malas le plak nak try satu² resepi tu.. hehehe...
Saya copypaste balik resepinya kat sini ye. Dari resepi ni saya berjaya hasilkan 13 biji cupcakes (2.5oz), 4 biji cupcakes (4oz) & sebiji (nipis) bersaiz 8 inci. 13 biji cupcakes tu saya simpan di rumah, 4 biji untuk Guru & 8 inch Cake tu untuk classmate (Saya potong 2 & masukkan dalam bekas clear mcm dlm gambar tu). So memang banyak jugaklah dapat... puashati... :)
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda
Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).
Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

Resepi Cream Cheese nya pula...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak
Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.
Dah ready nak dibakar... Comot sikit, mcm tukang buatnya... heheheh |
Dah tak nampak comotnya tu lepas dah siap... :P |
Saya perasan semasa membakar, suhu yng tinggi menyebabkan kek crack. Jadi masa pembakaran yg seterusnya saya turunkan suhu dari 180c ke 160c, kek tidak merekah macam volcano lagi dah... (oven saya takleh set ke 170)...
Apapon kek ni memang digemari oleh semua anak²... Naik bosan dah Mama dengar Laieqa request Mama buatkan kek ni lagi... Boleh kematu telinga Mama ni tau!....
2 comments:
Masuk list fav K.Sham ni..
Tp mkn sikit jer.. x tahan manis..
Sama la kita K. Sham... Tapi biasanya kalau buat mknn manis sy mmg kurgkan gulanya...
Post a Comment