KUALA GANDAH, LANCHANG, PAHANG

Wednesday, May 7, 2014
 Lepas saya buat entry ni, ada plak silent reader komplen susun atur lintang pukang, susah nak faham... (Suami ku la tuuu...).  Jadi dengan penuh kemalasan saya edit la ekk.  Saya pun dah tau kenapa sususan gambar jadi macam tu... Rupa²nya saya kena click yg mana saya nak masukkan dulu, bukan main pilih aje then boleh arrange... Adoilaa.. makin buta IT diri ini... (tandanya otak makin malas bekerja ni..)..

Monday baru² ni kami ke Kuala Gandah.. kebetulan sekolah Tiha bagi Cuti Peristiwa sempena sukan.. Yieehaaaa... Sudah sekian lama kami menanti Tiha cuti pada weekday sebab nak ke Kuala Gandah.  Kalau gi weekend, ramai orang katanya... Jadi awal² lagi dah kami surrender kalau bab pergi tempat ramai orang... 

Untuk ke sini senang aje.. Dr highway pantai timur (LPT) keluar melalui Lanchang.  Sebaik keluar dr tol akan nampak signboard Kuala Gandah.  Jaraknyaknya sekitar 10km aje dr tol Lanchang tadi. 

Ni kat registration... Nak masuk sini kene register & tampal sticker kat baju... Free aje.. tak kena bayar pon...


Kalau nak ikuti aktiviti di sini, pastikan tiba di sana sebelum jam 2.00 petang ye.  Sebab jam 2 petang barulah aktiviti mandikan gajah & show bermula.  Kalau datang awal ada video show jam 1.00 tgh & bolehlah bermain dengan gajah² & feed gajah tu.  Makanan ada dijual depan kandang gajah... (kacang tanah & tebu)... Harga kacang & tebu ialah RM3.  But bear in mind.. kita nak feed elephant, bukan burung tau... Jadi memang kesian le tengok muka masing² mintak makanan tu...


Sayangnya saya tak snap banyak gambar sbb phone nak habis bateri... banyak aktiviti menarik saya tak capture.. :(.  Kami sampai sebelum jam 1, jadi kami bawak anak² tengok gajah & bermain dengan gajah² ni dulu.  Kang takde la panik kalau tiba² nak suruh diorang mandikan gajah² tu kan...


Ni gajah favourite Tiha... Asyik² nak bagi makan yg ni je... Yang kat bahagian depan ni ada 5 ekor gajah.  Memang baik je dorang ni... Bila nampak orang mula la datang buat muka kesian mintak makanan...

Ni pulak gajah favourite Laieqa, baby lagi... terkial² nak ambik makanan.  Belalainya tak cukup kuat lagi.  Kalau gajah lain, belit makanan dengan belalai, tapi yg baby ni sedut macam vacuum... hehhe... Mula² dia tak nak makan kulit kacang, dipijaknya sampai pecah then baru makan.  Lama² baru la dia makan sekaligus dengan kulit... Cian kan.. kecik² dah kena berdikari sendiri... 
Kalau tak salah saya, dua ekor gajah kat atas ni aje yang layak dimandikan public sebab memang keduanya teramatlah behave.  Yang lain² bukan main notti... Masa kami datang ada seekor yang bernama Jebat kena marah dengan trainer sebab dok tarik getah paip time kandang dibersihkan.. hehehe.. kelakar je kan...

Ikut kata Mira, gajah² jantan ni memang nakal macam boys jugak, gurau sepak², sondol²... Jadi diorang ni memang tak layak la dimandikan orang lain kecuali trainer...

Gajah yang sebelah kiri ni teramat notti.. suka nyakat gajah² kat sebelah... Yang ni gajah jantan.. consider remaja lagi.. tu yg notti sikit...

Bila dah start bagi makan, yang lain pun sibukla buat² muka sedih sambil hulur belalai... Adoii... memang tak cukupla nak bagi diorang ni semua makan!!


Jam 2, kami ke tempat registration tadi semula & tonton video dan kemudian tunggu guide kami, Mira untuk aktiviti mandikan gajah.  Masa ni kami tukar baju siap².. ready untuk basah...

Sebelum mandikan gajah, ada aktiviti lain dulu... Antaranya mandikan gajah dewasa (trainer aje yang terlibat)... memang scary la kalau kena mandikan diorang ni sebab diorang suka terbalikkan badan tiba² untuk dive dalam air.  Tapi memang jelas gajah² ni amat suka main air... hehehe...
Ni upacara mandikan gajah dewasa... Kemain riang diorang dapat main air

Haa... nampak tu.. siap guling² lagi... 
Dah siap mandi, gajah² ni semua dibawa untuk buat show... Bila tengok gajah² ni, rasa tak percaya je diorang ni boleh attack manusia kan.  Nampak gentle sangat...
Show dari gajah dewasa, simple show aje, tapi menyeronokkan untuk kanak²... Ada hampir sepuluh ekor gajah semuanya. Lepas show, kita boleh feed gajah² ni pula dengan makanan yg dah disediakan... 
Lepas tengok show gajah, boleh bagi makan diorang dengan makanan yang dah disediakan seperti betik & tebu...

Ni pula selepas animal show.. gambar di snap oleh guide kami Mira...

Baby gajah... kecik lagi... cute sangat!



Dah siap bagi makan gajah, barulah ke tepi sungai untuk mandikan gajah pula.  Bimbang je budak² ni takut nak masuk dalam air dengan gajah.  Masa mandikan gajah ni, kami the only local yang ada.. yang lain semua tourist luar negara.  Memang tak ramai pun jadi tak perlulah menunggu lama...
Muka² tak sabar nak mandikan gajah...
Mama tak join pon mandikan gajah sebab takde baju basahan.  Ada selai jubah tu je... So perati dari atas je la.. gambar mandikan gajah ni staf situ ambikkan...
Ni gambar Mama snap dari jauh... Ieqa & Baba tengah gigih memberus gajah... Kalau perasan.. seekor gajah dijaga oleh 3-4 orang trainer... 

Takut pulak si Misha ni nak sentuh gajah... Mujurle dia tak nangis, just tak nak sentuh je... 
Apapon rasa lega sebab tiga² beradik nampak enjoy main dengan gajah ni sebab untuk mandikan gajah, kena bayar RM10 untuk dewasa & RM5 untuk kanak².  Then kena bayar pula guide RM30 (max 10 pax).  So kalau nak jimat, cukupkan kuota 10 orang tu... hehehe...

Dah siap mandikan gajah, kena la tukar baju & mandi.. Tempat persalinan semuanya ada kat sini.  Masa ni memang dah kelaparan... Malangnya makanan di cafe semuanya dah habis.  Jadi nak tak nak kami kena cari makanan di luar.

Kami dimaklumkan tentang sebuah gerai menjual lemang panas dari Mira & cafe owner tu.  Jadi terusla kami ke sini sebab anak² memang hantu pulut.  Sayangnya Misha dah tertidur masa kami singgah makan.  Si Misha tertidur dari Kuala Gandah sampailah kami tiba di KL.  Memang betul² mengantuk ni!
Gerai lemang ni on the way nak ke highway.  Gerainya sebelum sekolah Kampung Bolok, sebelah kanan jalan (kalau dari Kuala Gandah)... Seberang gerai ni ada signboard Kg Bolok... 

Aksi 2 budak jakun tengok gerai yg dibina dari buluh sepenuhnya ni... hehehe.. (as usual, Ieqa paling over, lepas Mama tegur baru dia sedar mulutnya terngaga sejak kami jejak kaki ke sini.. hehhe)..

Makanan dah sampai pon tak abis lagi tanya soklan kat Baba...
Selain dari lemang + rendang, ada juga lempeng pisang, keropok lekor & ayam dimasak dalam buluh.  Habis 2 batang kami anak beranak kerjakan.  Saya je kena ctrl diri sikit.. maklumla.. pulut... kang tinggi pulak reading gula ku.


Apapon Kuala Gandah ni memang menarik untuk dilawati & sesuai untuk latih anak² menyanyangi binatang.  Video show kat sini ada tunjukkan macam mana susahnya proses pemindahan gajah² ni.  Untuk saya yang memang alah dengan binatang, memang appreciate sangat apa yang pihak Perhilitan lakukan untuk protect gajah² ni... Sayangilah semua makhluk di bumi ni okay... manusia ke, binatang ke... tetap makhluk Allah & punyai hak untuk hidup di muka bumi ini!!



2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: May 7, 2014 at 6:52 AM said...

Menariknya tempt ni. Kina, saya baru kali pertama baca dan tahu pasal Kuala Gandah ni. Tertarik sungguh. Tak sangka ada.. nk kena pergi tengok juga ni

{ Kina } at: May 8, 2014 at 2:09 PM said...

Itula... memang best... senang aje nak reach. Nak datang nanti jangan lupa share dekat blog tau...

Post a Comment