PUASA DAH DEKAT...

Friday, June 27, 2014 0 comments
Tup..tup.. dah nak masuk bulan puasa.. Bulan kami berhibernate sepanjang masa.  Kalau berjalan jauh pun, sekadar balik Jengka.  No shopping, no bazaar, no jalan²... kita dok umah diam² ye.. Berbuka lah dengan apa yang ada je di rumah.  Cuma tahun ni Mama tersangat susah hati... Mampukah Mama puasa, handle 3 kids & sediakan makanan berbuka & bersahur?  First of all dengan keadaan saya yg sarat san tidak berselera makan... berbuka pun belum tentu saya ada mood nak makan, inikan pula time sahur... Ya Allah.. harap² diberi kekuatan kali ni. 

Rabu lepas, balik dari PPUKM terjah Chan Abdullah.. order Char Kue Teow, mampu makan suku bahagian aje.  Rasanya ok aje.. tp seleraku yang.....

Punyalah lama teringin makan lontong (2x pernah terjah Lontong King, Langat, tapi frust sbb tutup)... Last² decide buat sendiri... Bila dah masak, mampu makan 2 pcs je ketupat mini... 

Jadi bila terkenangkan Puasa yang bakal tiba... Bab menu palinglah saya susah hati.  Memang tiapkali Ramadhan saya akan sediakan 1 juadah berat (nasi, mee dll) dan sejenis kuih.  Takde makanan memenuhi meja semua tu, saya masak cukup untuk isi perut sekeluarga, takde pembaziran.  Apatah lagi membeli juadah dari Bazar (kalau beli pun murtabak & air tebu aje).  Sahur pon kena prepare menu lain pula (apa sahaja janji bukan nasi)... Tapi kali ni, macam mana nak plan menu kalau selera pun takde?

Para blogger/surirumah sekelian.. janganlah malu² untuk share menu berbuka anda ye.. Saya nak copy paste masuk dalam menu saya pulak boleh??



COUSINS

Wednesday, June 25, 2014 0 comments
Habis dah pon kisah percutian kami kali ni yang memboringkan tu... hehehe.. Macam saya mention sblm ni, bukanle percutian sgt pon, just syarat nak bwk budak² ni keluar dari kepompong & relaks di tempat orang.  Kalau betul² nak pegi vacation, banyak lagi tempat yang kami belum explore ni... :) .

Adik stay rumah kami malam tu & bershopping sakan esoknya.  Dia nak beli screen nyamuk di Viva Home & shopping baju raya.  Jadi saya minta dia tinggalkan anak²nya kat rumah je.  Mula² nak teman dia jalan², tapi bila fikir balik, mcm nak rest kat rumah je sbb kami takde apa yang nak dibeli pon... Cumanya kami plan lepas adik abis shopping, kami nak ke IKEA... (saya nak register Ieqa jadi member Smales.. dah lama dia bising sbb tak dapat buku macam kakaknya)... 

Dua orang budak yang suka sangat dengan baby... hari² dok jerit panggil baby dlm perut Mama.  Kat sebelah tu tempat tido diorang semalam... Sofa digabung jadi King Size bed.  Sofa saya ni murah aje, tapi saya suka sbb boleh dilipat sepenuhnya jadi bed & boleh diangkat kerana dibawahnya adalah storage.  Dalam tu saya letak semua stok bantal, comforter & selimut... 
Lepas Asar adik call yang dia dah nak habis shopping.  Kami pon bersiap sedia untuk keluar dari rumah.  Dalam kereta baru perasan... Ehh... mana nak sumbat 5 orang budak dalam kereta ni?  heheheh... Last² my hubby keluarkan 2 carseats untuk dapatkan space & Misha kena dok dengan Mama.  Sepanjang jalan... Mama & Baba tertekan... Bisingnya ya Rabbi!! Masing² menjerit² & menyanyi dengan sekuat hati.  Nak marah pon takde gunanya... buat sakit tekak aje.  Cuma di dalam hati berdoa supaya jalan tak jem sebab nak cepat² sampai... Mama & Baba dah tak tahan sangat ni!!!..
Misha with Brother that she never had.  Suka betul dia dengan Wafiq... Kalau nampak gambar pon, dia jerit² bgtau ada Abang Wafiq... Ieqa pulak tengah merajuk dengan Wafiq (diorang ni sebaya)... Sepanjang hari Wafiq mengganas.. semua gadis² ayu (Tiha, Iz & Ieqa tak nak kawan dengan dia)...
Bila sampai IKEA, memang seronok budak² ni tengok bukan main banyak tempat untuk kanak²... Agaknya sempena cuti sekolah, jadi memang heaven habisla untuk budak² ni... Cumanya Mama & Baba rasa tak best sebab hampir separuh showroom ditutup sebab under renovation... Nampaknya IKEA sedang buat perubahan besar²an ni...

Aksi budak² bermain di IKEA... (Gambar dari hp my husband, as usual... adela a few keping aje... adehh... kalo saya takde kat sekitar tu or kemalasan nak ambik gambar, inile akibatnya...)



Baby Elf... 
Sementara nak tunggu Adik le diorang main & kemudian saya pergi order makanan di Cafe.  Oh.. luckily kids eat free!!! Jadi saya order 5 Kids Meals & time bayar, panggil budak² ni datang... Haa.. sorang² dtg di kaunter... kecuali Wafiq!  Jenuh la dok panggil.. last² sampai jugak dia.  Rupanya tengah kelam kabut nak pakai selipar, terlanggar itu ini... hehehe...

Budak² tengah menjamu selera... Kalau perasan saya beli 5 caramel pudding (my favourite ni)... Tapi kat Ikea ni takleh bungkus, jadi make sure order apa yang nak dimakan aje, jangan bazirkan.  Kalau nak bungkus pun saya akan ambik Sandwich then saya roll dengan wrapping film penutup sandwich tu.  

My hubby try Salmon & mine steak (the steak teramatlah tak sedap!)... Menu lain semua yang dah biasa kami makan - Meatballs, chicken wings, pasta, caramel pudding, nuggets (Iz & Wafiq request), Chicken Ham (saya bungkus) & juices for the kids. 
Tengah menjamu selera, Adik pun sampai... Diapun order makanan & dinner sama².  Lepas makan, kami ke Smales untuk register Ieqa & Izz.  Mujurle dapat terus passport smales on the same day.. Masa Tiha dulu kena dtg semula untuk ambik gambar & passport.  Suka bukan main Ieqa & Izz (Wafiq tak boleh lagi sebab belum sampai birth date nya on September ni).  Dapat sticker lagi (boleh kumpul untuk redeem barangan Smales).  Kalau nak tau lebih lanjut tentang Smales, boleh masuk web IKEA ye... malas nak story panjang².. :P

By the time urusan pendaftaran siap, IKEA dah nak tutup pun.. UUwwaaa!!... Sambil berjalan keluar, Adik grab mana yang sempat aje.  Saya simpan balik kad IKEA dengan value RM100 yang Maybank bagi tu... bukan apa, kalau main grab aje, nanti banyakle menda mengarut saya terbeli.  Biasa kalo shopping kat sini saya dah ada shopping list dari web, jadi budget tak lari, tak terbeli benda bukan² & boleh dah siap ukur kat rumah... Saya capai jugak satu brg utk dapat free parking (3 jam pertama).. Belikan knife sharpener untuk Mak di kampung... 

Lepas shopping... aktiviti wajib anak² saya... makan ice cream... Mama plak beli karipap.. hehehe... Pastu barule boleh bergerak balik.... Adik terus ke Pahang, kami pula ke rumah....




PERCUTIAN LAGI IV

Tuesday, June 24, 2014 0 comments
Hari ni seharian takleh nak view blogger... Tiapkali view, keluar satu je blog yg paling latest buat update.  Jadi langsung takleh menjengah blog kawan².... Saya ni bila free mmg akan masuk blog² yg saya follow.  Kalau ada resepi best, saya simpan dalam bookmarks.  Harap² le problem ni tak berlarutan...

Sekarang ni tengah kecoh isu seorang Mak yang sanggup biarkan anak OKU nya kelaparan.  Walau apa pun alasannya... susah untuk diterima dek akal.  MElihatkan keadaan si anak, bukan setakat sehari dua tak bagi makan, mesti dah lama anaknya dibiarkan kelaparan macam tu... Tak dapat bayangkan betapa azabnya penderitaan si anak.  Jikalau faktor kesempitan hidup yang menjadi isu, kalau dilihat, Maknya bulat semacam aje.. tak nampak mcm org tak cukup makan pon.  Rasanya mana² Ibu rela mengikat perut demi anak... Then biarkan anak dengan baju koyak & bergelumang dengan najis, persekitaran kotor, tu apahal pulak? Tergamaknya kamu wahai Ibu...  

Okaylah.. jom sambung story pasal percutian aritu... Takleh mention banyak² ttg budak OKU tu, kang makin emo/naik syeh jadinya.  Lepas makan durian, kami terus ke Tasik Taiping.  Kali ni kalau boleh nak bawak budak² bersiar² di Tasik, naik bot/sampan ke, naik basikal ke (kami nampak ada basikal yang boleh dikayuh oleh 4 orang sekaligus.. macam best je kan)... Jadi dengan penuh semangatnya kami pun cari port untuk parking...

Cantikkan??  Pokok² kat sini teramatlah indah... rimbun... Sejuk mata memandang...
 


Semua tak sabar nak tour persekitaran Taman Tasik Taiping yang bersih & cantik sangat ni...


Adik² & fams sibuk bergambar untuk kenangan... 
Malangnya sekali lagi hasrat kami terbantut!  Sekejap je kami boleh menikmati keindahan Taman Tasik ni, langit semakin gelap... By the time kami ke kereta, hujan mulai turun... Memang rosakle plan buat sekian kalinya.  Jadi kami decide untuk ke Masjid dulu & kalau hujan reda, bolehlah kami ke sini semula.  Mungkin dah takde rezeki kot, hujan makin lebat & kami pun dah kelaparan. Jadi cancel plan, kami cari tempat makan then bertolak balik ke KL ajelah.  Lagipun journey kami memang memakan masa sebab kali ni kami nak cuba ikut laluan lain pula (lebih jauh dari sebelumnya).  Lebih baik bertolak awal supaya kami tidak sesat di tengah malam buta nanti... Kawasan yang kami bakal lalu ni agak terpencil... Tak tau apa yang bakal kami tempuhi dalam perjalanan nanti... 

Adik bawa kami makan di sebuah gerai betul² di tepi Plaza Tol Changkat Jering.  Kalau menghala ke Tol, kedai ni di sebelah kanan jalan.  Kebanyakkannya nak try Mee Udang, maklumle dah sampai area Taiping.

Mee Udang... Portionnya sikit.. Daku tak kenyang... :).  Rasanya pon Ok² aje... 

Nasi Goreng Udang.. dalam menu nasinya bewarna putih, sekali sampai merah Ang²... 
 Apapun.. oklah untuk mengalas perut.  Toksah nak cerewet sangat...

Dah makan, kami pusing² cari makanan ringan pula (kuih-muih dll) coz saya yakin perjalanan kami akan panjang & sukar untuk jumpa tempat makan lagi dah.  Tapi saya tak nak story panjang pun pasal jalan kami ni.  Saya sangkakan kami akan melalui kawasan pantai/laut yang membiru, namun meleset sungguh.  Walaupun di dalam peta, kami sebenarnya di penghujung tanah... Namun hanya pokok bakau yang kelihatan.  Perjalanan pun agak boring kerana terpaksa mengekori lori... maklumlah kami menuju ke Pelabuhan Lumut, jadi banyaklah lori² ke sana juga kan.

Melalui jalan Pntai Remis, Lumut, Manjong, Teluk Intan ni memang agak terpencil & membosankan.  Kemudian kami menghala ke Kuala Selangor sebagai jalan pilihan ke KL.  Mula² ingatkan nak makan seafood di Jeram ke.. tapi dah lapar sangat, kami singgah aje di Sate Hut ni.  Sate Hut ni betul² tepi jalan (sebelah kiri dari Teluk Intan) sebelum memasuki bandar Kuala Selalngor.  Amat besar & selesa kawasannya.  Yang paling kami suka, tandasnya banyak & ada surau sekali.  Jadi mudahlah kami bergilir solat & settlekan urusan anak² di bilik air yang ada.

Sate Hut yang meriah...

Kolam Ikan di Sate Hut

Muka² kelaparan & keletihan...

Terkejut saya tengok portion Mee Bandungnya yang banyak.  Almost 3x saiz Mee Udang kami tadi! Satenya pun besar (naib baikla tak order saiz besar punya.. kalau tak mau pengsan nak makan)... Harganya reasonable.. bolehlah jadi tempat persinggahan kalau lalu lagi.. Rasa makanannya oklah.. takde la sedap gila, tapi kedudukannya & facilities yang ada membuatkan kami selesa di sini. 

ABC.. Besar sgt!  Ni adik yang order (di kala malam & hujan... ???)... Rasanya sedap dah, malangnya bila disauk takde isi... hehehe...

Lastly sate aje yang habis,  makanan lain mmg tak larat kami nak makan... Kami tak sangka portionnya sangat besar....  
Lepas makan, kami terus bergerak balik ke KL.  Kalau boleh nak sampai secepat mungkin sebab rasa penat sangat dah!  Biasanya kalau kami travel, sampai jam 3/4 pagi pon still ok.  Tapi this time rasa penat sangat.  Maybe perjalanan yang panjang & memboringkan tadi menjadi puncanya kot.  Kami tiba di KL hampir jam 11.00 malam.  Adik bermalam di rumah saya coz esok dia nak bershopping sakan pula... Seronok tak terkata bila dapat jejak rumah sendiri.  Nak rest!!!!!....


PERCUTIAN LAGI III

Monday, June 23, 2014 0 comments
Sambung balik cite Kuala Kangsar... Kali ni share gambar² tempat persinggahan kami sebelum balik ke KL.  Sebelum merayap, kami ikut Adik untuk breakfast dulu.  On the way ke tempat breakfast, tiba² saya teringat tentang rumah usang yang suami ceritakan pada saya sebelumnya.  Hubby cakap rumah tu tersangat usang & buruk tapi nampak menarik.  Since lepas makan kami akan terus ke Taiping, jadi cepat² call Adik suruh U-turn & bawa kami ke rumah usang terbabit.  Maka sessi possing memossing pun bermula... Bagi saya rumah ni tersangatlah cantik... usang.. tapi unik... Maaf sangat sebab saya tak dapat ingati tentang rumah ni walaupun saya ada membaca maklumat mengenainya... Yang pastinya ianya adalah tinggalan Kesultanan Perak generasi terdahulu... 


Rumah ni amat berdekatan dengan Masjid Ubudiah.  Suami ternampak rumah ni semasa bersolat di Masjid.. 

Me & my sis... 
Kat area Kuala Kangsar ke Taiping banyak pokok² besar & cantik macam ni... 
Serta yg togel macam ni jugak... :P
 Dah berpossing & melawat persekitaran... kami pun kembali meneruskan perjalanan ke tempat sarapan.  Last time saya dah pernah ke sini.  Time tu banyak makanan dah habis.  Banyak menu di sini, bolehlah pilih nak makan apa yang ada... Kalau dah banyak snagat pilihan, susah juga nak decide ye... ;)

Roti Goyang... Suami saya makan sampai 4 keping!  Memang hantu roti betul lah...

Saya order nasi impit aje.. takde selera & sakit lidah (Lidah saya mmg dah lama ada problem, dah pernah buat biopsi pon).. 

Tiha dengan Mi Kicap nya... 

Adik pon dok belasah roti juga... Tengah buruk lantak sbb menyusu baby under 6 mths.. paham² je la... boleh makan macam hantu raya.. (sayapun time breastfeed memang kuat makan... hehehe)...
 Lepas breakfast.. kami singgah ke TNB tumpang toilet... heheheh... Bahaya sikit kalau travel dengan kanak² yang ramai ni.  Baik cari toilet sebaik aje diorang makan supaya takde la kelam kabut nak mencari toilet time last minute...

Pastu Adik bawa kami menyinggah sana-sini lagi... Banyak tempat kami masuk, tapi saya snap gambar di Air Terjun Batu Hampar ni aje sebab Mak Dugong kemalasan & kepanasan...

Batunya yang terhampar... Teringat keadaan pendakian di Gunung Kinabalu... Dari Laban Rata beginilah keadaannya... batu batan!  Teringin saya nak panjat ke atas sana, tapi tak mampu beb!.. Sedar diri sikit ye wahai Mak Dugong.. zaman itu sudah berlalu... hehehe..

Very temping nak panjat ni... sebenarnya takde la tinggi sgt tapi bimbang tergelincir, maklumle balancing tengah out...



 Pada mulanya saya agak excited & berhasrat untuk datang kembali dengan anak².. tapi bila mata ini ternampak sampah² di gigi air (saya tak snap gambar)... terus tak berminat... Bahaya beb!  Tak pasal² kena kencing tikus nanti...

Dah bergambar semua.. kami teruskan lagi perjalanan... entah mana kampung, mana cerukla Pak Ndak bawak, celah² rumah orang pon kami redah... Padahal Taiping tu bukanle jauh pon... Tapi sampai ke tengahari, kami tak tiba² lagi ke sana.. betul punya explore ni!

Semua orang keletihan toksah cakaple.. anak² semua dah tido.  Time melalui Bukit Gantang (jalan lama ke Taiping), kami menyinggah di gerai durian.  Ni gara² Adik di Kuantan yang asyik ajak makan durian.  Frankly saya tak teringin sgt... tapi saja la join diorang kejap.
Tengah q untuk basuh tanga...

Durian kampung.. mungkin nasib tak berapa baik, duriannya kurang fresh & rasanya pun tak best sangat.  Saya rasa seulas aje.. Ieqa je makan a few ulas walaupun sebelum tu dia kata tak nak makan.  
Lepas makan durian, kami bergerak semula... tempat ni nanti saya share kemudian sebab banyak gambar cantik... Kita sambung esok² pula ye.. bubbye..


PERCUTIAN LAGI II

Friday, June 20, 2014 0 comments
Punya la lama nak tunggu sambungan kisah percutian hari tu ye.  Memang mood menulis makin merundum.  Then ada plak tukang racun, dok ajak saya menghadap Suits, habis tu layan The Mentalist plak.. Lepas layan cite, mata mula la ngantuk.  Padahal bila baring, kemain susah nak lena.  Paham²la di fasa² akhir ni, sakit pinggang la, sakit tulang rusukla.. mengah la.. banyakla isunya time nak tido ni.  Last² dok terpusing sana sini cari position yang betul² kena utk malam tu.  Kalau malam Jumaat saya banyak kelapangan sikit, sebab my other half kena tido awal.. hehhe... Esok kol 3.00 pagi dia dah keluar ke pasar. Tu yg mlm Jumaat entry panjang sikit.. ;P

Ehh... dah meraban pasal lain plak... Sambung kisah Kuala Kangsar semula.. Kalau ingat, last time Adik pernah bawak kami ke jeti ni (berdekatan dengan istana & masjid)... Kebetulan masa tu kami takde peralatan memancing & mengejar masa... Jadi kami cadang datang semula ke sini untuk bawak bebudak memancing sambil relaks di Kuala Kangsar ni.  

Tapi... kalau dah memancing dengan budak²... memang payahla nak dapat hasilnya kan.  Inikan pula bila anak² saya bergabung pula dengan sepupu².. haaa... huru hara jeti tu.  Oh ye, saya tak ikut pun diorang masa ni.  Sibuk buat persediaan BBQ untuk malam tu.  Jadi gambar & cerita memancing semua dari mulut my husband.  Lagipon saya agak keletihan hari tu sebab sepanjang malam takleh tido.. kepanasan. Pasang extra kipas pun tak jalan!  Stress!!!  Jadi siang tu saya melepak kat bilik adik yang ber aircond... Keluar bilik aje, berpeluh sakan.. amatlah merimaskan...

Ni gambar bebudak ni memancing... Tak banyak pon gambarnya...  

Pak Ndak (anak jati Kuala Kangsar) yang sibuk melayan bebudak...


Pak Lang dah belayar jauh... 

Apala anak Mama ni buat ekk??


Gaya mesti mau ada!


Ini je gambar dari hp my husband.  Takde plak dia snap gambar Izz & Wafiq sekali.  Apapon... diorang bertahan kat jeti ni 2 jam aje... Mana tak bosan, dahla kelaparan.. seekor ikan pon x lekat.  Mana taknya, kalau dok melompat, menjerit, menyanyi... Bukan setakat ikan, habis pemacing lain tukar port memancing!  Last² diorang balik dengan tangan kosong aje... hahahah... (Mama dah siap plan buat BBQ dengan hasil pancingan lagi..)... 

Lepas semua org sampai rumah, we all lunch & prepare bahan untuk BBQ sebelah malamnya.  Kami perap chicken wings, daging, sotong dan udang aje.  Kemudian kami keluar merayap pula.  Adik ajak cari pot makan... 

Entah bila Baba ambik gambar ni, Mama pun tak tau...


Masjid Ubudiah yang sangat cantik... persinggahan biasa kami untuk solat tiapkali ke Kuala Kangsar
Mula² adik bawa kami layan cendol di Taiping.  Jangan tak tau, adik saya yang Kuantan tu kaki makanan Mamak.. Memang asyik kena kutuk dengan husband & gelar mana² kedai Mamak as Kedai Papa... hehehe.. (Adik dah biasa dengan my husband dari tahun 1998 lagi.. dah terbiasa dengan panggilan hoi.. engkau, aku... jadi bila dah jadik Abang Ipar pon dia tak reti nak panggil leklok... hehehehe)... 
Agak sedap cendolnya... tapi keadaan kedainya yang kotor, saya kurg berkenan... Lagipon Cendol di Melawati ni pon dah Ok bagi saya...

Tengah menunggu cendol... Pasembur semua dah habis... 
Lepas isi perut... Ingat nak jalan² sekitar Taiping (especially Taman Tasiknya...) Sayangnya... hujan turun dengan lebatnya.  Tapi saya dah jangka bab² hujan ni.. maklumla Taiping antara kawasan terlembab di Malaysia kan... Asal petang aje, hujanle... So kalau nak jejalan ke Taiping, get ready la dengan possibility ni tau...
Snap sikit je gambar dari dalam kereta...

Cantik sungguh persekitaran Taman Tasik ni
Kemudian kami menunggu Adik singgah Solat Asar sebelum isi perut buat sekian kalinya... heheheh... Kali ni saya minta Adik tunjukkan kedai Kue Teow Doli yang famous di Taiping ni.  Dah banyak kali kami cari... tapi tak jumpa².  Rupa²nya Kedai Doli ni betul² depan Klinik Pergigian Taiping!  Ohh.. tak susahlah nak cari lepas ni ye...

Kedai Doli.. dari gerai dah berubah ke Restoran


Kue Teow Biasa RM 5.00 .  Kalau di Taiping, kue teow nya adalah jenis kering, berbeza di Penang..  My husband kurang suka kue teow kering macam ni... Frankly rasanya tak sesedap char kue teow Penang.. Tapi bagi saya yang suka kue teow ni, okay aje... Memang dah expect pon rasa & rupanya sebegini.. :)


Lepas makan.. kami bergerak ke Kuala Kangsar semula.  Hujan masih belum reda,  bimbang aje takleh nak BBQ malam ni... (Tudiaa... makan lagi !!!)... 

Mujurla lepas Maghrib.. hujan pun berhenti... maka acara BBQ kami pun bermula.  Masa BBQ ni saya takde ambik gambar pon sbb hp habis bateri.. suamiku juga tak ambik banyak gambar... Alahai... takleh nak share kat sini.. Pak Ndak siap bakar mercun lagi.. hehehe...   

Gambar upacara membakar arang aje pon yang ada...  :( 
Apapon.. budak² ni semua happy aje sepanjang hari ni walaupun frust sebab tak dapat ikan.  Kalau ikut kata Adik, tiapkali diorang memancing, pasti akan dapat ikan atau udang galah.  Dah takde rezeki kami... Mungkin lepas ni dah takde la upacara macam ni... Rumah Adik ni bakal dirobohkan tak lama lagi.  Rumah TNB ni dah lama pun, dari zaman British lagi.. jadi kawasan ni nak dibangunkan semula katanya.  Kawasan baru untuk staf TNB tak best macam area ni.. :( ..