PERCUTIAN LAGI

Thursday, June 12, 2014
Nama je percutian... tapi kami sebenarnya melepak di rumah Adik di Kuala Kangsar.  Kononnya nak bwk kanak-kanak Ribena memancing... part tu nanti story kemudian.  Perjalanan kami kali ni lebih meriah sebab Adik yang di Kuantan sekeluarga ikut sekali.  Kalau ikutkan Abang & fams pun nak ikut, tapi last minute tak jadi.  Kalau tak, makin meriah!

Kami bertolak dari KL ke Kuala Kangsar melalui Jalan ke Genting Highlands & turun di Batang Kali.  Ohh.. ni jalan biasa untuk ahli keluarga saya kalau balik kampung.  Cumanya diorang dari Pahang... cuma kami saje je ikut jalan ni sebab boring je nak ikut highway biasa tu.  Jadi boleh jumpa Adik & konvoi sama-sama dari Genting Sempah.

Awal-awal lagi saya dah bagitau, nak bawak budak² main air di Kuala Woh.  Last time datang, syok gila... tu yg sanggup datang lagi sekali.  Tapi kali ni kami agak kecewa sebab port tempat kami mandi tu dah tak setenang & jernih macam dulu.  Agak deras airnya!  Agaknya last time kami datang tu musim kemarau, tu cetek & tenang aje airnya.  Jadi kami pun kena cari port lain.   
Kami mandi berdekatan tapak perkhemahan... 
 Masa dok memusing cari tempat mandi, kami baru tau ada perkampungan Orang Asli betul² di atas kawasan Kuala Woh ni.  Sedikit geli bila memikirkan kami mandi di 'toilet' diorang... heheheh... Tapi budak² ni semua dah excited habis, jadi kami pun layan lah jugak.  Saya je tak join mandi atas faktor susah nak salin baju nanti.. biasa saya ada taktik sendiri nak salin baju di tepi/dalam kereta aje.  Tapi bila perut dah besar sakan, memang takleh la buat aksi sebegitu.. :)
Tiha & Izz refused join orang lain... diorang cakap tak tahan panas!  Tanpa kami tau, rupa-rupanya air mata air di sini adalah AIR PANAS!  Air yg mengalir di atasnya sejuk.. tapi bila dikorek pasirnya atau terpijak certain batu, mau terkejut sebab panas sangat.  
 Tak semua kawasan di sini ada sumber air panas.  Tempat kami mandi ni & di seberang sana tu, antara kawasan air panas.  Batu di seberang sana siap BERASAP lagi!  Untuk ke seberang sana, memang mencabar sebab bukan main panas airnya.  Menurut pengunjung, nak rebus telur pun boleh!  Pelik kan?  Tapi memang di Pusat Penerangan Kuala Woh ada dinyatakan bahawa ada sumber air panas di sini.


Lepas puas mandi-mana, saya minta Baba bawak budak² ni naik titi gantung untuk ke seberang.  Saya takleh ikut, sebab barang-barang takde yang jaga.  Jadi layan Candy Crush je la sorang-sorang... :)


Bukan main muncung Ieqa sebab takut naik titi gantung... 

Haa... kalau dah penakut... 

Dah berjaya seberang, baru la tersengih...

Ingatkan Ieqa aje penakut, rupanya si Izz pon sama.. hehehe.. 


Kat sini banyak rama-rama, sama macam Kalumpang juga... 
 Lepas berjalan lebih kurang, diorang sambung mandi lagi.  Kasi can la budak² ni bergembira main air.  Bukan selalu boleh main air dengan cousin sendiri macam ni... Memang extra happy & havoc la jadinya...

Lepas Kuala Woh, kami ke Capati Corner.  Walaupun dah lunch tadi, tapi kami singgah lagi... Perut pun dah mula berkeroncong semula.  Bukan main banyak capati kami order... budak² tak makan sangat, Mak & Bapak² yang over...

Dah siap makan, kami nak teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar.  Patutnya Kuala Kangsar dari Chemoh ni takde la jauh sangat kan?  Tapi as usual, kami nak ikut jalan lain.  Nak menikmati keindahan alam & menikmati perjalanan yang lebih panjang... Tapi bantuan GPS memang amat diperlukan sebab kami tak berapa familiar dengan jalan ni.

Kali ni saya plan nak ambik gambar kawasan ni puas².. tapi tak sesuai pula bila berkonvoi macam ni.  Lagipun susah juga nak berhenti tepi jalan sebab ada sesetengah kawasan, tebingnya sempit aje.  Buat sekian kalinya saya kempunan nak share keindahan sepanjang perjalanan dari Kampar-Batu Gajah-Parit-Bota-Tanjung Belanja - Kuala Kangsar ni.

Banyak juga kawasan yang cuba saya snap dari dalam kereta, tapi kualiti gambarnya memang teruk sgt... :( .  Hanya ada 2 gambar aje yg saya rasa boleh ditepek di sini sebagai kenangan kami menjejaki kawasan ni.  Tapi kami pastinya akan melalui jalan ini lagi bila ada kesempatan!!!


Kami tiba di rumah Adik sebaik Azan berkumandang.. Dinner malam ni Adik dah masak.. takyah susah² makan luar.. Okla tu, kami pun dah kepenatan ni.  Walaupun KL-Kuala Kangsar taklah jauh sangat... tapi perjalanan kami bermula jam 7.30 pagi & tiba di sana jam 7.30 malam... Mana la tak penat kan?? Esok apa pula kisahnya ye?? 




0 comments:

Post a Comment