KUIH KASWI

Wednesday, June 18, 2014
Antara kuih kegemaran... mudah aje nak buatnya...(Nak buat, takut tak termakan pula). Tapi kalau beli, jarang yang kena dengan citarasa.    Bila dah teringin sangat, terbuat juga kuih kaswi ni.  Memang sedap resepi dari Kak Yatie ni.. lepas ni saya menten dengan resepi ni ajelah kot.  Cuma saya permudahkan lagi resepinya, saya tak kacau atas api pon, terus kukus je... Alhamdulillah menjadi....

Dah masak ni, saya kukuskan tanpa penutupnya untuk keringkan mana² wap air yang jatuh atas kuih... Maklumle, tak berapa nak rajin bungkus penutup kukusan ni... 

Sedia untuk dipotong untuk sarapan.  Alangkah riangnya saya sebab dapat tekstur yg saya nak & rasanya taklah terlalu manis.  Best!

Alamak!  Lepas gigih makan dengan anak² & sedekahkan dekat orang 1 polistrin, baru suku loyang je yang luak?  Haa... tamak sangat... Patutnya saya buat separuh adunan aje dulu... Tapi takpe, nanti saya sedekahkan pada Mak Mertua & staf di cafe pula... :) 
Okay, resepinya seperti kat bawah ni... Terima kasih sangat² pada penyumbang resepi...

Bahan-bahan :

1 cawan gula pasir*
1 cawan gula merah*
1 1/2 cwn air*
3 helai daun pandan*(*di masak..)
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cwn air
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-cara :

Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
=>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama


3 comments:

{ Aisy Nasiha } at: June 18, 2014 at 6:22 AM said...

Kuih kegemaran saya ni.. penah juga saya try buat sekali. Lembek jadinya. Haha.. lepas tu langsung tak nak cuba buat lagi. Kalau yang beli tu, padahal bukan selalu sedap sangat pun kan. Bila buat sdiri mcm kina ni, dapatla adjust sdiri rasanya.

{ Sue Bee } at: June 18, 2014 at 6:44 AM said...

lapar bila tengok kuih pagi pagi ni

{ Kina } at: July 12, 2014 at 1:33 AM said...

Aisy... Cuba lagi... try resepi ni pula.. saya pun pernah buat & tak menjadi... Memang lemah semangat juga... Tu try resepi lain pula... Mujur menjadi elok.. :)

SB jauh sangat.. Kalau tak boleh saya bagi sedikit.. :)

Post a Comment