Hari ni seharian takleh nak view blogger... Tiapkali view, keluar satu je blog yg paling latest buat update. Jadi langsung takleh menjengah blog kawan².... Saya ni bila free mmg akan masuk blog² yg saya follow. Kalau ada resepi best, saya simpan dalam bookmarks. Harap² le problem ni tak berlarutan...
Sekarang ni tengah kecoh isu seorang Mak yang sanggup biarkan anak OKU nya kelaparan. Walau apa pun alasannya... susah untuk diterima dek akal. MElihatkan keadaan si anak, bukan setakat sehari dua tak bagi makan, mesti dah lama anaknya dibiarkan kelaparan macam tu... Tak dapat bayangkan betapa azabnya penderitaan si anak. Jikalau faktor kesempitan hidup yang menjadi isu, kalau dilihat, Maknya bulat semacam aje.. tak nampak mcm org tak cukup makan pon. Rasanya mana² Ibu rela mengikat perut demi anak... Then biarkan anak dengan baju koyak & bergelumang dengan najis, persekitaran kotor, tu apahal pulak? Tergamaknya kamu wahai Ibu...
Okaylah.. jom sambung story pasal percutian aritu... Takleh mention banyak² ttg budak OKU tu, kang makin emo/naik syeh jadinya. Lepas makan durian, kami terus ke Tasik Taiping. Kali ni kalau boleh nak bawak budak² bersiar² di Tasik, naik bot/sampan ke, naik basikal ke (kami nampak ada basikal yang boleh dikayuh oleh 4 orang sekaligus.. macam best je kan)... Jadi dengan penuh semangatnya kami pun cari port untuk parking...
|
Cantikkan?? Pokok² kat sini teramatlah indah... rimbun... Sejuk mata memandang... |
|
Semua tak sabar nak tour persekitaran Taman Tasik Taiping yang bersih & cantik sangat ni... |
|
Adik² & fams sibuk bergambar untuk kenangan... |
Malangnya sekali lagi hasrat kami terbantut! Sekejap je kami boleh menikmati keindahan Taman Tasik ni, langit semakin gelap... By the time kami ke kereta, hujan mulai turun... Memang rosakle plan buat sekian kalinya. Jadi kami decide untuk ke Masjid dulu & kalau hujan reda, bolehlah kami ke sini semula. Mungkin dah takde rezeki kot, hujan makin lebat & kami pun dah kelaparan. Jadi cancel plan, kami cari tempat makan then bertolak balik ke KL ajelah. Lagipun journey kami memang memakan masa sebab kali ni kami nak cuba ikut laluan lain pula (lebih jauh dari sebelumnya). Lebih baik bertolak awal supaya kami tidak sesat di tengah malam buta nanti... Kawasan yang kami bakal lalu ni agak terpencil... Tak tau apa yang bakal kami tempuhi dalam perjalanan nanti...
Adik bawa kami makan di sebuah gerai betul² di tepi Plaza Tol Changkat Jering. Kalau menghala ke Tol, kedai ni di sebelah kanan jalan. Kebanyakkannya nak try Mee Udang, maklumle dah sampai area Taiping.
|
Mee Udang... Portionnya sikit.. Daku tak kenyang... :). Rasanya pon Ok² aje... |
|
Nasi Goreng Udang.. dalam menu nasinya bewarna putih, sekali sampai merah Ang²... |
Apapun.. oklah untuk mengalas perut. Toksah nak cerewet sangat...
Dah makan, kami pusing² cari makanan ringan pula (kuih-muih dll) coz saya yakin perjalanan kami akan panjang & sukar untuk jumpa tempat makan lagi dah. Tapi saya tak nak story panjang pun pasal jalan kami ni. Saya sangkakan kami akan melalui kawasan pantai/laut yang membiru, namun meleset sungguh. Walaupun di dalam peta, kami sebenarnya di penghujung tanah... Namun hanya pokok bakau yang kelihatan. Perjalanan pun agak boring kerana terpaksa mengekori lori... maklumlah kami menuju ke Pelabuhan Lumut, jadi banyaklah lori² ke sana juga kan.
Melalui jalan Pntai Remis, Lumut, Manjong, Teluk Intan ni memang agak terpencil & membosankan. Kemudian kami menghala ke Kuala Selangor sebagai jalan pilihan ke KL. Mula² ingatkan nak makan seafood di Jeram ke.. tapi dah lapar sangat, kami singgah aje di Sate Hut ni. Sate Hut ni betul² tepi jalan (sebelah kiri dari Teluk Intan) sebelum memasuki bandar Kuala Selalngor. Amat besar & selesa kawasannya. Yang paling kami suka, tandasnya banyak & ada surau sekali. Jadi mudahlah kami bergilir solat & settlekan urusan anak² di bilik air yang ada.
|
Sate Hut yang meriah... |
|
Kolam Ikan di Sate Hut |
|
Muka² kelaparan & keletihan... |
|
Terkejut saya tengok portion Mee Bandungnya yang banyak. Almost 3x saiz Mee Udang kami tadi! Satenya pun besar (naib baikla tak order saiz besar punya.. kalau tak mau pengsan nak makan)... Harganya reasonable.. bolehlah jadi tempat persinggahan kalau lalu lagi.. Rasa makanannya oklah.. takde la sedap gila, tapi kedudukannya & facilities yang ada membuatkan kami selesa di sini. |
|
ABC.. Besar sgt! Ni adik yang order (di kala malam & hujan... ???)... Rasanya sedap dah, malangnya bila disauk takde isi... hehehe... |
|
Lastly sate aje yang habis, makanan lain mmg tak larat kami nak makan... Kami tak sangka portionnya sangat besar.... |
Lepas makan, kami terus bergerak balik ke KL. Kalau boleh nak sampai secepat mungkin sebab rasa penat sangat dah! Biasanya kalau kami travel, sampai jam 3/4 pagi pon still ok. Tapi this time rasa penat sangat. Maybe perjalanan yang panjang & memboringkan tadi menjadi puncanya kot. Kami tiba di KL hampir jam 11.00 malam. Adik bermalam di rumah saya coz esok dia nak bershopping sakan pula... Seronok tak terkata bila dapat jejak rumah sendiri. Nak rest!!!!!....
0 comments:
Post a Comment