Kami baru je balik dari berjalan².. kononnya aktiviti memancing ramai². Ni nak melepaskan hajat anak² yang kempunan nak memancing pada lawatan ke Kuala Kangsar hari tu. Lagipun saya & suami plan this vacation tak nak menginap di mana-mana, just pergi ke rumah adik & bersantai aje. Lagipun saya dah semakin sarat, jadi tak best nak explore mana-mana, aktiviti jadi limited & budget pon nak kena jaga... Maklumle, nak berkampung di maternity ward pula nanti kan...
Sebelum bercuti saya sempat buat Tuna Roll.. Ingatkan nak buat juga Bee Hive Bread yang sedap tu. Bekukan & bake masa adik datang menginap di rumah nanti. Tapi, bila Tuna Roll siap, kemalasan melanda... heheheh... Lagipon barang² pun belum packing, baju pon nak kena sort balik. Ada yang terpaksa dibasuh & guna dryer terus... memang lintang pukang le kalau buat keje last minute ni. Saya tak share resepinya sbb saya tak berapa minat akan dohnya tu (saya kurang suka roti yang menggunakan bread softener & bread improver). Jadi kalau nak buat, boleh gunakan mana² basic doh yang kita berkenan & gunakan method berikut untuk menjadikan roti tu as Tuna Roll ok.. :)
Dah masak! Tunggu 10 minit, terus boleh dimakan! |
Tuna Roll yang ready nak dibakar... |
Proses membuatnya...
Doh saya kali ni tak dibakar terus. Saya nak breakfast dengan tuna roll panas² esok. Jadi saya wrap dalam wrapping cling & simpan dalam peti ais. Wajib disimpan di dalam peti tau, elak doh ni dari overise & kembali turun (yeast mati).
Doh yang disimpan semalaman di peti & sedia dibakar. Saya bakar terus tanpa preheat oven pada suhu 180c selama 25 minit |
Entry tentang aktiviti kami sepanjang di Kuala Kangsar akan di update kemudian. Lepas Jumaat ni kami bertolak ke Jengka pula untuk hadiri majlis perkahwinan rakan. Jadi lambat lagi le saya boleh update blog ni ye.. :)
0 comments:
Post a Comment