Meh kita sambung kisah baby Shumaila di NICU Hukm... Maklumlah telenovela.. memang susah nak habis... ;)
Macam yang saya story sblm ni, Shumaila dipuasakan sehinggalah proses blood transfusionnya selesai. Menurut Dr, jika saiz kepalanya tidak membesar, dia akan mula diberi minum menggunakan tiub. Alhamdulillah... menjelang petang Isnin, Shumaila sudah diberi minum melalui tiub. Makin tenang saya bila dapat tahu baby sudah boleh minum.
Saya keluar dari Wad Songket dah malam pun.. Thx to Prof Lim & para nurses yang sangat baik hati. Bilik saya memang meriah menjelang petang sebab Adik² & parents yang beraya di kampung turun ke HUKM. Happy anak² saya sebab dapat jumpa cousins diorang. Terharu saya sebab semua Adik² sanggup datang beraya di wad dengan kami sekeluarga.
Sebelah malamnya sebaik keluar wad, saya pulang ke rumah Mak Mertua pula. Memang sedih sebab tak dapat temankan baby, apatah lagi dengan keadaan saya yang tak mampu bergerak tanpa bantuan. NICU memaklumkan mungkin saya akan dihubungi esoknya sebaik sahaja baby makin OK dan boleh menyusu sendiri.
Menjelang tengahari Selasa, saya dapat panggilan dari NICU supaya datang menyusukan baby pada jam 11.00 malam. Happynya saya tak terkata... malahan saya bersyukur sangat sebab sudah boleh berjalan sendiri walaupun masih terdapat kesakitan di kawasan pelvic.
Haa... kat depan ruang baby pula terdapat langsir... Saya curi² ambil gambar dari balik langsir, tu yang susah nak nampak rupa penuh ruang ni. |
View penuh ruang untuk setiap baby... motherbed tu hanya disediakan jika terdapat ibu yang menemani & akan dilipat menjelang siang.. |
Setiap 2 jam, wajib bangun susukan baby... tapi saya request susu formula sebagai tambahan kerana susu badan masih belum cukup banyak. Risiko baby untuk kena jaundice teramat tinggi, jadi saya memang kena hati² supaya baby berak dan kencing dengan kerap.
Esoknya menjelang pagi nurse minta saya ke bilik ibu untuk beristirehat dan sebagainya. Di bilik ibu terdapat makanan (caj RM10 sehari atas permintaan), bilik air, katil dan sebagainya.
Bilik Ibu... Saya pilih katil paling hujung.. segan nak ambik gambar sebab ada ibu lain di sebelah katil saya... Ni curi² snap time dia tengah ralit bercakap di telefon... |
As expected, Shumaila dibenarkan keluar menjelang tengahari. Doktor just nak pastikan dia boleh menyusu je... Vitamin K yang perlu diambil selama 3 hari pun dah lengkap.. so.. meh kita balik ye baby...
P/s : Telenovela ni tak berakhir di sini... :(
0 comments:
Post a Comment