ROTI BENGGALI

Monday, September 29, 2014
Dah lama saya nak share resepi roti benggali yang saya sediakan khas untuk cafe saya, KINA CAFE.  Tapi asyik teragak² aje... bimbang juga kalau orang lain buat tak menjadi, haru saya...  Resepi ni saya rekacipta sendiri selepas bermasalah nak dapat stok roti benggali untuk Kina Cafe.  Mulanya saya cuba resepi dari internet, tapi entah kenapa dohnya tidak stabil, kejap elok , kejap penyek, kejap terlebih naik..

Saya bukanlah seorang yang terror meroti,  buat roti pon hanya untuk sajian keluarga... Tapi saya terpaksa mengolah resepi benggali sendiri dan bereksperimen dengan doh setiap hari. So far hasilnya adalah consistent (untuk saya).  Jadi kalau siapa² yang mencuba resepi ni, bagitau la menjadi ke tidak ye.

Resepi ni menghasilkan roti benggali bersaiz besar (loyang 10").. kalau nak loaf yang bersaiz kecik boleh buat separuh resepi atau 3/4 dari resepi ni.  Benggali ni rasanya plain aje kerana dimakan dengan butter & kaya.  Kalau suka roti yg lebih manis boleh tambah kandungan gulanya tu...

BAHAN-BAHAN

400ml            air
2 sudu kecil    garam
6 sudu besar   gula
730gm            tepung roti
1 sudu besar   yis (self instant)
3 sudu besar   shortening (atau 36+- grams)

Cara penyediaan

1.  Jika menggunakan BM, satukan semua bahan menurut turutan kecuali shortening.  Tunggu sehingga BM siap mengadun & mula menguli, masukkan shortening & biarkan dalam BM sehingga doh naik sepenuhnya.
      Jika menggunakan tangan, gaulkan semua bahan kering, masukkan air sikit demi sedikit sampai bergaul semuanya & tambah shortening.  Uli sehingga doh menjadi elastik dan kenyal (lagi lama lagi elok).  Naikkan selama satu jam

2.  Selepas doh naik, uli lagi sekali untuk keluarkan angin dan dibentukkan.  Saya minyakkan doh (titiskan 1 sudu besar minyak atau lebih di atas doh dan golek²kan doh).  Ini cara shortcut saya yang malas nak minyakkan loyang.

3. Masukkan dalam loyang, tekan² doh sehingga rata di dasar loyang

4.  Naikkan kali kedua selama 30 minit SAHAJA!  Kalau terlebih masa, kemungkinan doh akan renyuk ketika dibakar)

5.  Masukkan dalam oven & bakar pada suhu 160c selama 65minit untuk dapatkan kulit yang keras (saya sengaja keraskan agar mudah dipotong).  Jika mahu crust/kulit yang lembut boleh kurangkan masa membakar.  Saya terpaksa 'mengeraskan' roti benggali ini kerana roti yang terlalu lembut akan menyukarkan proses memotong.  Tapi untuk dimakan sendiri, bolehlah buat lembut sikit.  Nak tau doh dah masak, senang aje... baunya pasti menyelubunyi rumah & warna di bahagian atas roti mula keperangan.

Saya terpaksa mengurangkan suhu kepada 160c (masa ideal utk roti ialah 180c) kerana ruang oven yg terhad menyebabkan roti saya rentung di bhgn atas sblm dalamnya masak.  Jika oven yang diguna lebih besar, saya cadangkan suhu pembakaran pada 180c dengan masa membakar 45minit sahaja. Jika anda membuat roti pada saiz yg kecil boleh kurgkan lagi masa membakar tu ye..

Masa membakar saya alihkan/terbalikkan roti selepas 40 minit supaya kedua² belah roti masak rata.  Takdelah sebelah putih, sebelah warna coklat kan...

Teknik TIDAK MEMANASKAN oven dan suhu yang rendah adalah 'secret weapon' saya supaya roti naik meninggi kerana yis mati dengan perlahan berbanding jika dibakar dengan suhu yang tinggi mengejut.

Keluarkan dari oven sebaik sahaja roti masak, untuk mengelakkan roti menjadi kering/turun.



Doh yang sudah dinaikkan kali pertama.. Saya uli & golek²kan sehingga memanjang, titiskan minyak dan golek semula sehingga minyak rata... (saya uli atas papan pemotong (yang tercedera teruk akibat beberapa kemalangan ngeri... :P) kerana lebih praktikal & tidak melekat)...

Masukkan doh tadi dalam loyang & tekan² dengan dengan penumbuk (knuckle) menjadi rata di dasar loyang (doh saya ni hanya 1/4 bahagian loyang sahaja).. Naikkan 30 minit sahaja sebelum dibakar tanpa memanaskan oven.
Selepas dinaikkan.. doh akan mencapai 3/4 loyang dan ketika dibakar, doh akan naik secara perlahan sehingga keluar dari loyang.. (hingga roti saya selalu hangus di bahagian atas atau melekat di lampu oven).. seperti ini
Keluarkan dari loyang selepas 10 minit (jangan biar terlalu lama nanti roti lembik kerana berpeluh).. saya biarkan diatas jaring untuk mengeringkan bahagian luar supaya tidak terpenyek semasa dipotong.  Tapi untuk makan di rumah, lagi lembut lagi best kan...

P/s : Sorry to my sis & Sue Bee sebab terpaksa menunggu lama untuk resepi ni... ;)




2 comments:

{ Rizzuan Shah } at: October 29, 2017 at 7:52 PM said...

baru buat. nampak mcm jadi je kt dlm oven tu. tq bg resepi. 🤗

{ Kina } at: October 30, 2017 at 1:34 AM said...

Sama2.. Harap2 menjadi dgn jayanya. Ini resepi lama, byk changes yg saya buat dlm resepi2 baru. Teknik juga banyak perbezaan. Boleh refer resepi2 roti saya yg terkini ye.

Post a Comment