OH SHUMAILA

Friday, September 26, 2014
Malam ni nekad nak try perabis kisah Shumaila... Panjang betul kisah baby saya kali ni.  Saya pun tak berapa happy nak cerita psl experience dengan Hospital Temerloh... Kiranya selepas kelahiran Shumaila, mental dan fizikal saya memang teruji yang amat.  Masa tu hanya keselamatan Shumaila yang saya fikirkan.. 

Macam yang saya maklumkan.. Shumaila dibenarkan keluar dari NICU HUKM pada hari Selasa.  Sebelah malamnya kami bertolak ke Jengka.  Harap² Kakak² boleh la sambut Raya lagi walaupun dah nak masuk raya ketiga.  

Keesokkannya.. nurse Jengka 14 datang melawat baby.  Dia bagi surat untuk cek kuning baby (Shumaila bebas dari kuning semasa keluar dari HUKM).  Jadi sebelah petangnya kami ke Poliklinik Jengka Pusat.  Sampai² aje ke sana, sebaik bacaan kuning keluar, terus kami ke bilik Doktor.  Nampak Doktor macam cemas dan sibuk membuat panggilan ke sana sini.  Doktor maklumkan bacaan kuning Shumaila terlalu tinggi, 380 sedangkan had untuk pertukaran darah ialah 340!  Ya Allah.. terkejut sungguh kami.  Kenapa tinggi sangat kuningnya?  Baru semalam cek still ok... 

Kami diarahkan untuk menaiki ambulans ke Hospital Temerloh yang jaraknya hampir 50km dari situ.  Bayangkanlah bagaimana cemasnya saya bila dapat tau keadaan kuning bany yang naik mendadak.  Jadi ambulans adalah jalan terbaik.  Mujurla kami naik ambulans sebab sepanjang jalan memang agak sibuk dengan kenderaan yang keluar beraya.  Di Hospital Temerloh pun bukan main penuh sesak... Kalau kami datang sendiri pasti mengambil masa. 

Sepanjang dalam ambulans, baby asyik tidur aje, langsung tak nak bangun walau puas saya kejutkan untuk menyusu.  Memang tak dapat tahan air mata sebab terlalu bimbangkan dia.  Suami pula saya minta balik ke rumah ambil pakaian & uruskan hal anak² yang lain.  Kesian Misha, dia still lagi tak faham tentang adik baru.  Sejak kami bawa baby balik, Misha merajuk tak nak pandang saya.  Saya panggil pun dia akan toleh ke lain.  Tambah² lagi dia di kampung sekarang.  Misha ni memang tak suka kan strangers.. hatta dengan datuk nenek sekalipun.  

Merasa naik ambulans dengan baby... Punyalah takut tiapkali siren dibunyikan...
Sampai aje di hospital, terus ke NICU.  Baby terus diletakkan di bawah empat lampu. Doktor menerangkan keadaan baby yang amat tinggi kuningnya serta apa kesannya jika dibiarkan.  Saya diminta menandatangani surat pertukaran darah jika keadaan memerlukan.  Mujurlah Doktor ingin mengawasi baby di bawah 4 lampu dulu selama 4 jam dan jika bacaan kuningnya menurun, tranfusion tidak perlu dilakukan.

Keadaan di NICU Temerloh memang jauh bezanya dari HUKM.  Memang ramai sungguh bayi di sini hinggakan katil bayi hanya dilsusun di tepi dinding sahaja.  Tangisan bayi juga tak berenti² dan keadaan memang nampak havoc.  Frankly saya amat gusar bila melihatkan doktor yang menguruskan wad hanyalah Doktor Pelatih.  Malahan tiada pakar yang membuat 'round' secara kerap seperti di KL.  

Sekali lagi Shumaila dipuasakan in case pertukaran darah perlu dibuat malam ini.  Bacaan darah akan diambil jam 11.00 malam nanti untuk menentukan sama ada baby akan terus dirawat di bawah lampu atau pertukaran darah dilakukan.  Dengan hati yang berat, saya terpaksa meninggalkan Shumaila... di Hospital Temerloh, baby ditinggalkan di NICU.  Bilik Ibu disediakan namun jumlahnya terhad.  

Menjelang tengah malam, saya menelefon hospital untuk mendapatkan bacaan darah... Alhamdulillah.. terdapat penurunan walaupun agak sedikit.  Pertukaran darah tidak dilakukan dan rawatan bawah lampu diteruskan dan Shumaila tidak lagi dipuasakan.  Jadi saya mula memerah susu setiap 2-3 jam sekali untuk dibekalkan kepada hospital.

Setiap hari saya berulang alik ke Hospital Temerloh sebanyak 2 kali.  Sekali menjelang tengahari & sekali menjelang tengah malam.  Saya hanya ada masa sekitar 2-3 jam sahaja untuk tidur setiap hari memandangkan perjalanan yang mengambil masa, bangun memerah susu, menelefon ke hospital untuk mendapatkan keputusan darah dan sebagainya.  Penatnya hanya Allah yang tahu... 

Saya juga semakin musykil tentang keadaan bayi yang masih tinggi kuningnya selepas 4 hari di wad! Saya juga mulai ragu tentang pemberian susu kepada bayi kerana Shumaila kelaparan tiapkali saya datang melawat sedangkan dia sepatutnya baru sahaja menyusu sejam sebelumnya.  Berat Shumaila turun mendadak dari 3.4kg (dari HUKM) kepada 3.18kg dalam masa 2 hari!  

Malahan susu yang saya tinggalkan masih berbaki di dalam peti walhal susu yang dihantar tidak cukup untuk keperluan dia.  Sepatutnya nurse yang memberi minum perlu mencampurkan dengan formula sebagai tambahan.  Saya makin tak sedap hati bila melihat keadaan bayi yang tidak terjaga.. sentiasa ada lelehan muntah di pipi dan lapik, diapers tidak ditukar hingga najis kering, baby yang kelaparan... Frankly saya menangis tiapkali pulang dari melawat Shumaila.  Kasihan baby saya yang tak dijaga sebaiknya tidak seperti di HUKM.  

Jadi saya nekad, pada Ahadnya saya datang dengan kelengkapan untuk tinggal di wad.  Jika tak dapat bilik, biarlah saya tidur di kaki lima pun!  Saya akan jaga sendiri Shumaila!  Saya pernah menjaga Laieqa semasa mendapat Jaundis di HKL, sedikit sebanyak saya tahu bagaimana untuk menurunkan kuning bayi.  Saya yakin jika saya yang menjaganya kuningnya pasti akan turun.

Kuasa Allah.. Terdapat katil kosong pada hari terbabit.  Maka dapatlah saya menjaga Shumaila di wad.  Ya Allah.. syukur kepada Mu.. Hampir seminggu saya tidak lena tidur memikirkan anak.  Makanan juga tak tertelan rasanya.  Bayangkan.. last sekali lawatan saya, Shumaila haya berak 1x sepanjang hari!  Bagaimana Jaundis tu nak turun jika baby dehidrate & kurang minum?

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang saya tak ingin ungkap kembali.  Sayu hati saya tiapkali mengenangkan keadaan baby Shumaila di wad.  Sampai sekarang perasaan sedih tu masih berbekas bila mengenangkan keadaan kami pada masa ni.  

Sebaik sahaja mendapat katil, baby dipindahkan di sebelah saya.  Saya dapat katil paling hujung, jadi memang lebih privasi.  Mudah juga saya nak menyusu di kala pelawat datang.  

Mama dapat jaga Shumaila sendiri.. Leganya rasa... Mama susukan setiap dua jam & terbalikkan kedudukannya setiapkali menyusu.  Masa ni Shumaila dah duduk bawah 2 lampu.
 Antara yang saya geram, penutup mata Shumaila tidak ditutup dengan kemas.  Tiapkali saya datang melawat pasti saya betulkan tampalannya.  Saya juga perasan Shumaila menggigil setiapkali saya letak di bawah lampu.  Saya maklumkan kepada nurse.. namun nurse maklumkan lampu tu dah cukup panas untuk dia.

Tapi saya tetap pelik, jika dia panas, kenapa dia menggigil setiapkali saya letak di bawah lampu?  Kasihan saya tengok baby tido sambil menggigil² & tidak nyenyak.  Esoknya saya suarakan kepada Doktor yang membuat pusingan (first time saya jumpa MO di sini).  Sebaik saya bagitahu, terus dia minta saya ambil plastik untuk menutup katil baby supaya dia tak kesejukan.  Dia pun terkejut bila tengok keadaan bayi yang menggigil²... Oh Shumaila... patutlah menggigil dan resah semasa tidur.. kesejukan rupanya anak Mama.  Kesiannya baby Mama ni... dah berhari² kesejukan, tapi tetap well behave.

Baby yang tidur nyenyak di bawah plastik... Dah tak sejuk lagi ye... Mama tengok Shumaila tak menggigil lagi dah.. baru lega hati Mama.. Kesian selama ni baby tak selesa..

Tengok tu... elok je Mama tidurkan kat atas, dia akan mengesot ke bawah plastik penutup... hehehe.. Nampak sangat dia selesa kalau duduk bawah plastik.  
 Shumaila terpaksa ditahan selama seminggu (7hari) kerana hospital bagi antibiotik kerana ujian darah dan kencingnya mengesan kuman.  Namun ujian tu tak dapat disahkan kerana resultnya tidak begitu conclusive (mungkin tercemar).  Jadi terpaksa retest dengan mengambil sample urine direct from her bladder...

Dr mengambil sampel urin dari punci kencing untuk pemeriksaan... Ujian awal disyaki terjadi pencemaran.. 
 Tak sampai 2 hari saya jaga Shumaila di wad (menyusukan setiap 2 jam)... dia juga berak setiapkali disusukan (12x sehari).. terus kuningnya turun.  Sebaik lampu dipadamkan, terus saya pakaikan baby dengan baju yang tebal & tidur dengan saya pada waktu siang.  Malam je saya letak atas katil baby.  Seronok sangat dah boleh pegang dia lama².  Masa bawah lampu, saya hanya pegang dia ketika menyusu aje, saya tak nak biarkan dia tanpa lampu lama² supaya kuningnya cepat turun.
Dah takde lampu... tapi still kena stay di hospital untuk habiskan antibiotik...

Muka sedih lepas Dr pelatih gagal setup line antibiotik selepas 45 minit mencuba.. seminggu lebih tangan Shumaila kebiruan... 
 Sepanjang saya jaga Shumaila 2x line untuk masukkan antibiotik tercabut.  Kali pertama nurse yang perasan semasa nak beri antibiotik sebelah petang (jam 6.00).  Antibiotiknya diberi 2x sehari iaitu jam 6.00 petang & 6.00 pagi.  Sehingga hampir jam 12.00 malam, masih tiada siapa yang datang setup line!  Rupanya ada 2 ibu lagi yang mengalami masalah yang sama.  Jika antibiotik ta diberi malam ni, means we all kena extend masa di wad.  Aduhh... geramnya saya.. memang makin hilang sabar dibuatnya.  Puas saya pusing sekitar NICU, akhirnya saya ternampak Dr Banu (salah seorang Dr yang biasa saya berurusan because she's one of the nicest Dr here).  Dr Banu cakap nanti dia minta tlg Dr lain buatkan sebab dia pun dah habis shift, dia just stay sebab nak siapkan kerja.

Jam 12.00 lebih barulah line dipasang.  Ibu² lain tak henti² ucap terima kasih kat saya & terkejut sebab saya berjaya tarik perhatian Dr dengan cepat.  Saya sendiri simpati tengok Ibu² yang lain yang dah lama di wad menunggu bayi masing² (kebanyakkannya premature).

Keesokkannya kes yang sama berulang, line tercabut di sebelah petang, jam 10.30pm barulah Dr pelatih datang setup line.  Sepanjang Shumaila diambil, boleh dengar suaranya menangis.  Lama sungguh Dr tu bawa Shumaila... Tersiksanya dengar suara anak menangis kesakitan... Tambah² bila saya tau Shumaila ni takkan menangis tanpa sebab. Hampir 45 minit kemudian, Dr datang balik dengan tangan Shumaila yang dah bertampal dan berkali² meminta maaf sebab gagal setup line.  Sekali lagi Dr Banu yang jadi penyelamat... sekejap aje dia ambil baby, dah siap.  Shumaila langsung tak menangis sepanjang Dr banu ambil.. masa Dr Banu hantar dia semula, Shumaila siap tertido lagi... Inilah Dr yang saya paling kagum di sini.  Semoga Dr Banu terus berkhidmat dengan baik dan mendapat ganjaran setimpal di atas khidmat cemerlang... Saya yakin Dr Banu akan menjadi Dr yang dihormati nanti.

Kalau nak tau, elok je Mama pakaikan baju & tidokan Shumaila atas katil Mama... kemain ceria lagi dia.  Happy sungguh Mama tengok baby seceria ni.  Rasa nak peluk & kiss, tak nak lepas² dah... She keep smiling even in her sleep!  Oh my dear baby... I Love U so much... Sihatlah dear.. Jangan sakit lagi.. Mama tak sampai hati tengok baby time sakit... :( .  I'm really weak ok.. You're my heart & soul... 


4 hari saya di wad Temerloh... Walaupun penat & kelaparan, tapi hati tenang kerana baby ada di sebelah.  Semasa berulang alik dari Jengka, setiap hari saya menangis memikirkan keadaan anak.  Memang kelahiran ini amat mencabar terutamanya dari segi mental saya.  Bila jiwa sedih... badan pun lemah, selera hilang.. Macam zombie je rasanya... :)

 Tapi keadaan sebaliknya bila di wad.  Selera dah mula kembali.. makanan pula takde!!!  24jam kelaparan!  Makanan yang disediakan tak cukup untuk ibu gorilla macam saya ni.. hahahah... Sungguh... kalau menyusu, kita kan cepat lapar, terutamanya dalam pantang.  Yang lagi sadisnya, saya di sini sebatang kara.. Suami dah pun balik KL dengan anak²... saya tak sampai hati jugak nak mintak tolong Mak Ayah di Jengka.  Jadi saya makan ajelah apa yang disediakan oleh pihak hospital.  Portionnya memang lah tak ngam dengan perut.. Tapi syukurlah dengan rezeki yang ada.  Apa yang dihidang, semua saya telan (kecuali ikan bersaiz besar, saya makan kuahnya aje dengan nasi)

Ni antara makanan yang dihidang.. (menu dinner yang dihidang jam 5.00).  Bayangkanle dinner jam 5, nasinya dahle secawan kecik tu.. then saya kena bertahan sampai sarapan esoknya jam 8.00.  Lapar oiitt... Saya langsung takde stok Milo dsbgnya... 
 Sehari sebelum balik barulah saya tau ada kawan Adik yang bekerja di sini.  Kawan Adik dengan baik hatinya belikan saya Milo, biskut dll barang keperluan.  (Thanks Chuna!  Jasamu pasti dikenang).  Asal lapar je saya bancuh 2 bungkus Milo sekaligus!.. Hahaha.. lepas geram la katakan...

Apapun.. Syukurlah.. Khamis tu Shumaila dah boleh keluar lepas ambik antibiotiknya yang last jam 6 petang.   Tengahari tu cepat² saya call husband untuk datang jemput.  Ohh.. tak sabarnya daku nak balikkkk... 4 hari kat wad, 4 hari mandi koboii je.  Dahle aircond dalam wad ni sejuk yang amat, pakai stokin, selimut etc.. semua tak jalan.. sampai kebas² kaki.  Patutle para Ibu lain siap selubung dengan Toto.. hehehe...

Muka ceria tunggu Baba datang...

Budak tembam yang dah sihat... Susut banyak kat sini ye.. nanti minum susu Mama banyak², kita kumpul balik lelemak tu semua yea..

Tangan Shumaila penuh kesan tusukan gara² gagal setup line.. 

Kebiruan dan bengkak... (tapi saya takde la marah sangat sebab tak sengaja, just kesian kat baby)
Just nak bagitau, walaupun pengalaman di Hospital Temerloh agak 'perit' bagi saya, namun saya tetap berterima kasih kepada pihak hospital kerana Shumaila dah pun sihat.  Beberapa kali saya request untuk pindahkan Shumaila ke KL tapi atas nasihat pakar anak² (Dr Zarin), saya tukar fikiran dan stay di sini.  Saya juga kerap menghantar message (PM) melalui FB jika ada kemusykilan kat Dr Zarin since dia memang dah jadi Dr untuk anak² saya dari Tiha lagi.  Apa juga nasihat dia saya ikut aje.

Saya tak kata para staf hospital cuai atau tak buat kerja.  Tapi bagi saya kurangnya pemantauan serta  bilangan pesakit yang teramat ramai mungkin membuatkan staf terlepas pandang atau tidak boleh menjaga bayi dengan baik.  Contohnya bayi tidak disendawakan selepas minum (hampir semua baby ada kesan muntah/jeluak), baby yang tidak di bawah lampu tidak dibungkus dengan elok & kesejukan (that's y meraka menangis),  baby kelaparan (saya sendiri melihat cara mereka memberi susu, siap share cawan susu tu lagi.. no sukat² okay)....

Paling saya ralat kerana tiada tempat untuk Ibu menemani anak.  Katil untuk Ibu amat terhad.  Jadi Ibu² perlu berharap 100% kepada staf untuk memberi minum dan menguruskan anak mereka.  Saya rasa jika hospital dapat menyediakan lebih banyak katil untuk para Ibu, sekurang²nya mereka boleh mengurangkan beban kerja staf kerana para Ibu boleh memantau sendiri anak masing².

Dari segi layanan staf dan Dr semua ok.  Takde la cakap kasar or tarik muka ke apa walaupun masing² bz dengan jumlah patient yang ramai.

Oh... berakhir sudah kisah kelahiran keempat ini... Yahuuuu...hehehe..



P/s : Result urine & darah menunjukkan tiada infection.. benda yang sama jadi dekat 4 bayi yang lain... test sebelum ni tercemar.. Mmmm.. ..




6 comments:

{ InaYusoff } at: September 26, 2014 at 7:42 AM said...

memang perit rasenye kalau anak jaundis..
lepas tu kene masok antibiotik...
lepas tu kita pulak dalam pantang..
mental rabak!..


anak saye pon kuning tinggi..
tapi tak smpi peringkat doctor nak buat tukar darah..

mase warded seminggu kat hospital..
tuhan je la yang tahu macam mane kita rse..

mmg mengalir je air mata ni nengok anak bawah lampu..

eh..patotla anak saye gigil2 masa dok bawah lampu tu..
rupenye walaupun lampu tu panas...
still akan rase sejuk?..
kesian anak kita..

{ Kina } at: September 26, 2014 at 12:01 PM said...

Oh.. Awak pun pernah alami situasi ni ye? Anak saya yg kedua pun pernah jaundis & dithn dkt hkl. Walau kuning tinggi, sehari aje turun kuningnya... Shumaila ni dahla kuning tinggi then darah beku kesan vacuum dah mula pecah, tu susah bdn dia nak proses.

Anak Ina kena thn di hospital mana ye? Kalau hospital temerloh mmg sejuk sbb aircond sepenuhnya. Para ibu yg dlm pantang tu semua mengadu sejuk kalau mlm.. Tu yg baby kesejukan walau bawah lampu. Masa 4 lampu mungkin dia tak sejuk sgt le. Tp kalau di hkl, wad tu dah panas mcm mini oven... Hehe..

Apapon syukur kan baby dah ok. Apa yg kita lalui tu jadi pengalaman yg amat berharga & panduan pada para ibu yg lain juga... :)

{ Aisy Nasiha } at: September 29, 2014 at 5:49 AM said...

Teruk juga kuning shumaila ni ya.. masa nazif dulu kuning sikit tapi lambat turun habis.. tak kena ke hosp atau duduk bawah lampu pun tapi setiap jari pergi klinik utk check darah dan akhirnya hari ke 16 baru disahkan dh ok Nazif..doktor kata sebab saya darah jenis 0+ dan diberi oxytoxin banyak masa nk bersalin tu yg lama nazif kena kuning..

Banyak ilmu dan pengalaman menarik dalam perkongsian kina kali ni. Apa pun lega baby dh ok ya..

{ Kina } at: September 29, 2014 at 10:55 AM said...

Okla Nazif tak perlu masuk hospital. Kuat budaknya tu... 16hari memang lama, jenuhla nak ulang alik ke kkia kan..
Shumaila ni mmg dah dijangka akan kuning kerana vacuum. Cuma saya tak sangka setinggi itu naiknya. Tiha dulu vacuum juga, tp bernasib baik sbb langsung tak kuning. Ieqa yang vacuum (tp tak benjol mcm Tiha or Ila) pun warded sehari utk kuning. Misha pula kena pantau kuning (ambil darah) selama 3hari aje..

{ MG schmidt } at: September 29, 2014 at 5:36 PM said...

biru biru tgn baby ..
nk mrh pon xleh . tp kesian kn?
tkpe ..nnti bby cpt2 sihat boleh klua hspital cepat2! :)
comel shumaila :)

{ Kina } at: October 1, 2014 at 6:53 PM said...

Itu le.. Lama juga kesan biru tu nak hilang.. Takpe la, janji baby dah sihat skrg.. :)

Post a Comment