KAWAN LAMA

Friday, January 2, 2015
Sejak minggu lepas kami memang sibuk.  Setiap hari berkejar sana-sini dengan anak².  Kesian juga diorang terpaksa menunggu Baba & Mama menyelesaikan pelbagai urusan.  Mujurle anak² memang jenis tak perangai kalau dibawa ke mana².  Kadang² kami tak sempat sarapan & hanya lunch pada jam 5.00!  Walaupun anak² tak merungut, kami just grab roti atau biskut untuk diorang lapik perut sementara Baba & Mama menguruskan itu ini.

Jadi bila dah free sikit, barulah kami ada masa nak jumpa kawan Baba yang dah tiba di Malaysia sejak 26/12 lagi.  As usual, tempat pertemuan kami pastinya di Pavilion kerana mereka menyewa servis apartment di tepi Pavilion ni aje.  Kami memang jarang ke sini, datang ni pun semata-mata untuk jumpa Stephen & family.  Kalau sesiapa yang biasa ke sini, pasti tau keadaan Pavilion yang amat meriah dengan pengunjung serta terkenal dengan dekorasi yang grand tu.

Misha memang terpinga² habis coz last time kami ke sini dia masih baby lagi..


Kami pusing² sekejap...

Snowmen, Santa Claus dll ni semua bergerak² & berjoget² tau...

Haa.. sukalah tu dapat panggilan dari kawannya... Maklumlah.. setahun sekali je boleh jumpa kan..

Baby Ila & Miss Cassidy!!  Cuteee betul Miss C ni.. Mereka ni sebaya.  Paling mengejutkan Miss C tidaklah bulat macam yang kami sangka sebab dalam gambar, pipinya chubby sungguh.  Auntie Inez pula tengah sibuk bagi present untuk Kanak² Notti.. Patutla korang excited sangat kan?  Auntie Inez ni memang pemurah, tiapkali datag, pasti ada je buah tangan untuk semua orang.  Moga makin murah rezeki.. Thank You so much dear!!! 
 Masa kami sampai.. semua orang tengah tercari² makanan untuk dinner.  Jadi memang tak sempat berbual panjang coz saya jenuh juga berpusing mencari makanan untuk anak² & diri sendiri.  Paling susah nak decide makanan untuk Ieqa & Misha tu.  Sambil² makan & melayan anak², sempatlah saya berbual dengan Inez yang memang friendly tu.  Tapi tak lama lepas tu Inez terpaksa beransur dulu coz Miss C & Tyrone perlu balik & tidur.  Tyrone & Miss C ni memang tidur awal, jam 7.30 -8.00 memang selamatlah... tak macam anak² saya ni.. selagi tak disuruh, memang tak reti tidur.

Selepas Inez balik, tinggallah Stephen melayan kami anak-beranak.  Stephen bawak kami melepak di tingkat 4 (di luar PAvilion)... Mak Aiii.. meriah sungguh!!  Stephen jugak tunjukkan kami entrance underground tunnel ke KLCC!  Whatt?? Ada UNDERGROUND TUNNEL DARI PAVILION KE KLCC??? Ikut cakap Stephen just 10 minutes je jalan kaki, hujan pun tak pe sebab underground kan. Nampaknya foreigner/tourist yang lebih tau selok belok Pavilion ni.. hehehe...

Mula² nak join husband lepak & minum² dengan Stephen.. Tapi saya still rasa full.. anak² pun tak nak minum, jadi saya bawak budak² ni jalan² & biarkan 2 sahabat tu berchit chat puas².  Lagipun budak² ni nampaknya tak puas lagi jalan² sekitar PAvilion ni.  Bila Mama ajak pusing²... semua laju je berlari.. Ila pula dah tertidur masa ni.

Tempat wajib lawat... Fountain..

 Fountain ni le entrance ke Pavilion.. biasanya area ni memang dihias cantik...

Nampak tak tiga budak yang tengah terdongak² kekaguman kat depan tu.. Saya biarkan diorang jalan ke mana yang diorang nak, saya follow dari belakang... Tugas Tiha - PEGANG TANGAN MISHA!  Ieqa tu takpe, memang dari kecik penakut, dia pasti akan berkepit dengan Tiha.  Tapi si Misha.... tak taule macam mana nak cakap... asal terlepas aje, macam lipas kudung dia berlari.  Walaupun dia akan datang semula, tapi saya tetap bimbang kalau kami tak sempat kejar or hilang di celah² orang...

Nampak tu... asyik mencuba untuk melarikan diri.. hehehe...


 Bila sampai kat area Ferris Wheel ni.. Tiga² beradik melopong je tengok budak² lain naik atas tu.  Saya tau diorang teringin nak naik, tapi tak berani nak mintak.  Hari ni tiba-tiba Mama rasa baik hati sikit nak belanja naik Ferris Wheel.  LAgipun upah sebab diorang behave je ikut Mama & Baba ke sana-sini kebelakangan ni.
Tengah beratur... Muka masing² memang happy habis...

Si Misha tu tiba² jadi skema habis... hehehe.. Senyap je, takde la terloncat² or terkinja² macam selalu.. pelik juga.. Mama bimbang juga dia takut ke apa sebab naik dengan Kakak² aje..



Adik gemuk plak still tidur nyenyak...

Sepanjang dalam ni Misha statik & langsung tak bergerak.. hahaha.. Kakak² sibuk juga melambai².. dia dok diam je kat dalam tu..

Ila dah bangun!!!  Dalam mamai² ni.. terbeliak² matanya bila nampak Kakak² melambai dari atas Ferris Wheel... Aaikkk.. macam teringin nak join je??
 Lepas main ferris wheel & dah puas berjalan.. kami pun cari Baba.  Mulanya nak lepak dulu join Baba & Stephen.. tapi sampai je laju je Baba ajak balik. Baba ingat kami dah nak balik kot.  Tapi masa ni nampak muka Misha dah agak letih... Mana taknya, dari tengahari lagi diaorang meneman kami ke KK cucuk Ila.  Mana la tak penat kan...

Sampai rumah, Mama snap sikit barang² pemberian Stephen & Inez..

Ini hadiah khas untuk Baba.. Kopi taik musang (kopi ni dikutip dari najis musang).. hehehe... Dah lama Baba mengidam antara kopi termahal di dunia ni.. Mama plak tak pastilah nak try ke tak.. kita tengok aroma nya selepas dibancuh nanti... (Jakim dah sahkan halal ok)..

Toy untuk Ila.  Pandai betul Inez belikan toy, Ila memang ralit main dengan toy ni.  Dipeluk²nya tak mau lepas

Saya ternampak macaron ni dijual RM4 ...

Macaron tanpa filling yang saya beli, saja untuk rasa².. (frankly.. kami semua tak suka.. hehehe)...
 Esoknya pagi² buta lagi anak² mintak permission nak buat bracelets Frozen pemberian Auntie Inez.  Budak² ni memang alah dengan Frozen.. memang tak boleh menahan diri la..

Bila di buka... ehh.. banyak betul accecories dalam ni... Ambil masa nak buat ni.. Baby Ila pun macam dah ngantuk, jadi Mama mintak postpone dulu.. Kang kalau buat separuh jalan terhenti² tak best pulak.  Paling bimbang banyak yang hilang nanti.  Tambah² kalau Misha yang tolong buatkan! 
Itulah kisahnya aktiviti kami Selasa lepas. Ikutkan kami nak jumpa lagi Stephen & family sebelum diorang balik Sunday ni.. Tapi setakat ni masa memang mencemburui kami.  Masih banyak urusan belum selesai ni.  Harap² adalah rezeki kami untuk berjumpa diorang lagi tahun depan.  Tahun ni memang rasa guilty sebab kami tak berkesempatan spend lebih masa dengan diorang. Moga bertemu lagi!!!


0 comments:

Post a Comment