LION DANCE

Friday, January 30, 2015
Pagi Sabtu lepas sebelum ke majlis perkahwinan sepupu Suami di FRIM, kami ke Tawakal bawa baby Ila jumpa Pakar Kanak-Kanak.  Tak sanggup tengok baby Ila batuk non stop waktu pagi.  Meriah betul hospital Tawakal sebelah pagi Sabtu ye.. siap ada live band & ada pula staff kelilingi hospital offer free drinks, lollipop dll kepada pengunjung hari tu.  Dah macam tapak pesta jadinya.. hehehe..  Lepas jumpa Dr & disahkan takde apa-apa... barulah lega kami.. bimbanglah ada infection ke apa kan sebab dah lama sangat masalah tu tak selesai.  Padahal Ila ni memang saya ambik suntikan Pneumococcal sejak umur 2 bulan lagi.. 

Settle urusan hospital, hari masih awal.  Jadi kami bawa anak-anak ke Tasik Titiwangsa sekadarbersiar-siar & mencari Masjid, solat Zohor dan tukar baju kanak-kanak ribena sekali.  Tengah dok pusing, ternampak kereta kuda berhias cantik nun di depan.  Ingatkan nak kejar kereta kuda tunjuk kat anak-anak... Sekali... Semua orang terjerit.. Lion Dance!!  Haaa.. apa lagi.. semua anak terlompat-lompat & ajak tengok Lion Dance.  Dah bertahun juga Ieqa request tengok Lion Dance... dia cukup suka tengok Lion Dance dekat Youtube tu.. Tapi Mama & Baba malasnya nak keluar weekend semata-mata nak bawa dia tengok Lion Dance... heheheh... 

Maka... menyemaklah kami ke Hari Terbuka Proton ni.  Rasanya open to public sebab staf-staf Proton dok bagi isyarat suruh masuk parking.  Sampai aje, dapat goodie bag & balloon...
Budak yang sibuk sangat nak tengok Lion Dance tengah lari duduk jauh-jauh.. (Pulakk!!!)..




Inilah puncanya... Ada seekor Lion yang terlebih ramah mesra.. Asal ada budak-budak kat tepi tu, gerenti dia datang sakat & gigit-gigit... Apa lagi... habis melalak la budak-budak tu kena sakat.. hehehe.. End up dia, semua budak-budak kecik lari jauh-jauh.  Tiha tu dah besar, memang lah tak takut dah. 
Apapun terhibur dengan keletah performer yang muda-muda lagi.  Saya agak teenager below 15 years old kot.  Mungkin pelapis.. Seronok tengok teenager terbabit dengan aktiviti macam ni.  Takde lah masa terbuang dengan aktiviti kurang sihat ke...  At least ada juga generasi pelapis yang bakal mewarisi adat resam kaum masing-masing kan..

Habis je show Lion Dance, dah pun nak masuk Zohor.  Jadi teruslah ke Masjid & ke majlis perkahwinan....


0 comments:

Post a Comment