SUPER EASY PAVLOVA

Thursday, January 1, 2015
Nak buat pavlova macam ni dalam tempoh beberapa minit je tak??  Tak perlu memukul, tak perlu sebarang teknik... Tak sampai 5 minit pun siap!  
Meh saya sharekan caranya (saya terlihat video pembuatan pavlova ni Facebook).  Kebetulan anak² dah lama minta pavlova, jadi time ke Jusco (Aeon) saya cari strawberry... tapi harganya... boleh naik tersedak daku melihatnya.. RM20+ sekotak... Uhukk..uhuk.. Last² saya grab Kiwi yg berharga RM8+ sekotak aje.  Krimnya pula dah ada dalam freezer, baki krim pavlova bulan puasa yang lepas.. heheheeh.. So.. 2 benda penting dah ada (buah yg masam, serta whipping cream)..

Untuk meringue nya.. tak perlu lah pukul putih telur semua tu.. Just..
Gaulkan 300 GRAM GULA AISING & 1 BIJI PUTIH TELUR.. that's it.. gaul rata je cukup... Ramas aje dengan tangan tu.. melekitlah sikit.. Biasalah tu kan..

Lapikkan pinggan dengan tisu dapur macam ni.  Gentel gabungan gula aising tadi sebesar guli & susun atas pinggan tu.  Haa.. ni pinggan bersaiz besar tau.. Rasanya dalam 10-11 inci...

Selepas 1 1/2 minit...(gunakan microwave tau, bukan oven) Tadaaaaaa... Gula+putih telur tu dah mengembang & crispy yang amat...

Picitkan cream & susun buah.. SIAP!! 
Amacam?  Best tak?  Dengan hanya 1-2 minit, meringue ni siap.  Sungguh pantas dan mudah.  Anak² saya memang suka sangat... Cuma Mama & Baba makan sikit² aje coz rasanya manisss... Semanis pavlova jugak..


SELAMAT MENCUBA!!!


P/s :  Masa untuk memasak putih telur tu sekitar 1-2 minit sahaja... Boleh try set dulu 1 minit, dah siap tekan² untuk pastikan meringue dah mengeras ke tak, if belum keras.. tambah sedikit masanya.  Microwave saya ambil masa seminit lebih aje...

   Kalau malas nak pukul whipping cream (saya cadangkan non diary kerana dah tersedia manis & tidak mudah cair), boleh beli whipped cream yang jenis picit² dalam can tu.



0 comments:

Post a Comment