Pejam celik, pejam celik.. usia pun makin meningkat. Rasa baru je lagi kami makan-makan sempena Birthday saya tahun lepas. Kalau tak silap di Wangsa Grill.. Kali ni my best fried aka boipren bawak makan-makan lagi.
Katanya ramai yang puji beef kat sini.. Ada pelbagai pilihan, jadi kalau teringin nak makan beef yang pelbagai jenis & pastinya pelbagai harga (gulp..) memang di sinilah tempatnya.. Contohnya Wangyu beef yang terkenal tu dijual pada harga RM140/100gram (recommended size is 280grams). Itu contoh aje.. ada juga Aussie beef yang jauh lebih murah RM18/100gram
Saya share sedikit gambar-gambar kami kat sini. Selain dari suasana yang gelap, saya memang segan sikit nak snap gambar kalau kat tempat ada orang ni.
Aneka jenis daging yang boleh dipilih.. |
Daging-daging kat sini boleh juga dibeli mentah.. Lebih jimat coz masak di rumah.. |
Rootbeer nya memang classic sungguh.. sedap. Dalam pinggan tu roll beef (RM18+)untuk anak-anak. Okla jugak rasanya.. Dalam tu ada sayur & cheese yang digulung dengan daging.. |
My husband ambil Angus jugak, tapi part lain... Entahle.. lupa dah.. Tak penting pun sebab dia pon tak enjoy dengan steaknya!! Hahahaha.. Tiha pula pilih hotdog (RM18+) |
P/s : Untuk meat lover yang betul-betul ada taste bud yang baik, maybe akan enjoy. Tempat macam ni untuk mereka yang betul-betul nak makan 'daging' cukup sekadar salt & pepper no flavouring etc... One more thing, outlet di Mont Kiara rupanya menyajikan liquor (kami hanya sedar setelah makanan sampai).. Waiter memaklumkan outlet di Kelana Jaya takde liquor...
2 comments:
antara yang puan tak tahu,kesedapan daging sedap bergantung kepada tekstur selepas masak.jadi masa order kena pilih medium atau medium raw.jangan pilih well done.mmg dapat daging liat dan mahal la
Saya tahu tp sy suka well done just my hubby biasa order medium. Saya cuma compare steak yg dimakan di picknik, wangsa grill and menate' aje.. Dan mmg itulah cara saya nikmati steak.. Well done and my husband medium.
Post a Comment