MELAKA - SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCE

Wednesday, February 11, 2015
Kembali menyambung kisah percutian pendek ke Melaka.  Kali ni saya just share tempat penginapan kami di Bandar Hilir.  Pada awalnya saya ingat nak stay di luar kawasan bandar, tapi kebetulan pula challet yang kami pilih tu full.. (fuuhh.. nasib baik).   Lepas membelek di sana-sini.. kami berbelah bagi di antara Hotel Equtorial, Hatten atau Swiss Garden ni.  Bila banding pula keadaan bilik, kami ketepikan Equotorial kerana ruang biliknya agak kecil & kami ketepikan Hatten sebab swimming pool untuk budak teramatlah dianak tirikan.  Maka, kami pun booked bilik di Swiss Garden direct dari hotel, tak melalui Agoda pun sebab kadarnya sama aje.

Marilah kita tengok apa yang ditawarkan oleh hotel ni..
Elok aje sampai... Mak Aii.. Ramainya orang!  Inilah ruang receiptionist nya yang teramat simple..
Bilik kami belum ready rupanya.. Masa ni dah pukul 2 lebih.. Mujurlah bila disemak balik, ada 1 bilik yang baru siap.  Mungkin sebab hotel ni benarkan check out sampai pukul 3.00, bilik jaranglah available awal dari tu.
Rasa macam terlalu simple sangatla plak kan.. Tak syok kalau nak melepak kat lobby
Dapat je kunci bilik (Tingkat 18).. Laju je saya naik.. Suami & Anak-anak masih di parking lot.  Sementara tunggu diorang naik, sempatlah saya snap gambar...


Itu le lebih kurang rupa biliknya... Agak besar jugaklah. Pemandangan luar bilik pula...



Kawasan yang berbumbung merah ni ialah Kampung Morten.. Cantik sangat kalau di sebelah malam...

Lepas letak barang dalam bilik, saja je kami bawak anak-anak ke kawasan swimming pool hotel ni.  Inilah antara sebab utama Baba & Mama pilih hotel ni pun.. hehehe... Nak kasi surprise sikit kat diorang.
Turun aje kat Tingkat 9.. angin kuat menerpa... Uiisshh.. kuatnya.. rasa macam nak melayang pun ada. 
Mak Su pun boleh terbang kalau kuat macam ni anginnya..

Kat atas swimming pool tu ialah gym



Ni kawasan adult (infinity swimming pool).. Lagilah kuat anginnya...bbbrr..bbbrrr.. sejukkk..
Kami tak bagi diorang main air lagi coz nak keluar lunch & pusing-pusing dulu sebelum hantar Mak Su balik ke kampus.

Ni gambar sebelah malam pula... View sebelah malam sangatlah cantik dengan lampu-lampunya, nampak bot lalu lalang serta tiupan angin yang sejuk ala-ala aircond.  Agaknya hawa tengkujuh masih belum berakhir kot, tu yang sejuk..



Inilah Kampung Morten tu... Kalau naik bot menyelusuri Sungai Melaka bolehlah saksikan keindahan Bandar Melaka dengan lebih jelas..

Hall menuju ke bilik

Ruang menunggu lif
Ini gambar sekitar lobby...


Ok.. kita tengok pula gambar sarapan di sini.  Saya segan nak snap banyak gambar kalau ada ramai orang ni.. Ambik gambar pun curi-curi.. hehehe.. That's why jarang ada gambar makanan hotel dalam blog ni.. hehehe..
Kawasan dessert/appetizer- ada donut, muffin serta pelbagai roti

Excited nak ambil cheese.. Chesse ni dimakan dengan berries (strawbery, blueberry & cranberry)..
Saja Mama letak gambar Tiha yang dengan gelojohnya melahap roti.. hehhe.. Walau apa menunya, roti jugak pilihan dia.  Mama pilih Nasik Lemak (sambalnya tak kaw).. Mee gorengnya pun nampak very dry & undercooked, Suami pula ambik omelette, salad & toast...

Agak-agak si suka benda manis ni makan apa?? Of course lah donut, muffin & yogurt!  Tapi Mama pun bijak juga.. sebelum dia sentuh makanan tu, wajib makan nasi lemak sikit.. hehehe.. Kat belakang tu kelihatan tempat untuk order half boiled eggs ke, scramble eggs, omelette, roti canai etc.. Dorang akan masak depan kita (Memang kebiasaan hotel la buat macam ni kan)..

Lepas nasi lemak, Mama sambung layan salad pula..

Section salad / cereal / yogurt etc... Section makanan tempatan/berat takde plak saya snap..
Memang teramat banyak pilihan yang ada... So berbaloilah (tapi dari segi rasa... gitu-gitu aje).

Lepas breakfast, seperti yang dijanjikan & amat ditunggu anak-anak... Jom main airr!!!  Sepanjang petang semalam jenuh nak jawab soalan diorang pasal bila boleh main air kat hotel!  Haiisshhh!!
Air pancut semua ni dah terpasang.. Air ni tak dipasang sepanjang masa, ada dinyatakan masanya kat swimming pool ni...

Jacuzi

Apsal ni???

Adiknya yang riang
Kalau perasan, takde pun gambar budak-budak ni main air kan??  Haaa... kalau nak tau, elok aje Baba heret dua-beradik ni masuk air.. dua-dua MELALAK!!! Apedaaa.. semalam kemain beria sangat nak main air.  Ini gara-gara air sejuukkk yang amat ditambah dengan tiupan angin yang amat kencang.  Saya yang kat tepi tu tak larat nak ngelak tempias. 
Dua-dua tak nak main air!  Menggigil-gigil sambil berselimut towel lagi tu.  Tiha dengan Baba aje masih bertahan dalam tu.  Swimming pool pun dah mula lengang... Semua budak menggigil non stop!.. hehehehe.. Patutla dari semalam tak meriah pun swimming pool ni.  Serious memang kencang betul anginnya...

Si Adik yang teramat girang... seronok coz asyik terkena percikan air.. heheheh
Okaylah.. banyak kan gambar-gambar sekitar hotel ni... Inilah serba sedikit review tentang Swiss Garden ni.. Overall.. saya amat puashati, cuma bab air swimming pool yang sejuk tu maybe pihak hotel kena buat sesuatu (buat glass wall ke utk blok angin kencang, kolam ni boleh dikawal suhu airnya ke... sekadar cadangan aje..).

Satu pesanan dari saya, jika stay di sini, pastikan keluar bersiar-siar di sebelah malam dengan berjalan kaki dari hotel ni.  Nanti korang tau macam mana bestnya berjalan di tebing sungai Melaka dengan hiasan lampu... Nanti saya share sikit gambar suasana waktu malam depan hotel ni yang memang betul-betul tepi tebing sungai.
Time check out, sementara menunggu hubby di lobby.. dapat complimentary drink... Wajib ambik gambar ni, coz inile first time saya dapat complimentary drink dari hotel tau!

4 comments:

{ Unknown } at: May 2, 2015 at 1:31 AM said...

Seronoknya baca blog akak. Kalo sy nak bg akak free voucher 3D2N akak minat? Sy Azam drpd swiss garden residences KL. PM sy ok 0148174706

{ Noor Afifah } at: September 7, 2015 at 12:32 AM said...

Salam kina. Sy ifa. Selamat berkenalan. Jumpa blog kina masa cari hotel review ttf hotel swiss garden melaka ni.

Nk tnya kina bilik yg kina stay tu apa ye. Deluxe ke?

{ Kina } at: September 7, 2015 at 6:29 PM said...

Salam.. Selamat berkenalan ifa! Saya pun.kurang pasti sebab dah lama kan.. Tapi rasanya deluxe aje. Masa tu mmg budget sikit.. Hehe..

{ Kina } at: September 7, 2015 at 6:36 PM said...

Thx azam. Sorry sy x berminat nak join ceramah/taklimat hotel ni... Anyway thx fir the offer...

Post a Comment