DINNER ANNIVERSARY & TIPS FROM PICKNIK

Friday, August 28, 2015 0 comments
Ehh... Dah 10 tahun kami kahwin??  Cepat sangat masa berlalu, sampai sekarang pun kami still tergelak sebab memang kami kawan je sepanjang 8 tahun kenal... Bila end up nya kami kahwin... memang rasa kelakar habis... :p.  Dah jodoh kan.. siapa bisa menduga?

Sempena Anniversary, kami keluar dinner aje.  Kebetulan Ila still demam, jadi tak mau tempat-tempat yang sesak or pegi vacation ke apa.  Lagipun by 6.00pm tu saya dah masukkan Voren, biasanya after 6 hours barulah suhunya start naik.  So kami ada until 12.00am sebelum next dosage.. Memang cukup sangatlah sekadar untuk keluar dinner kan...

Kali ni kami decide ke Picknik!  Masih banyak menu yang belum kami rasa & masih banyak teknik masakan yang belum saya faham.  Kat sini boleh makan sambil belajar masak, best!

Tiapkali datang... Inilah tempat lepak saya... Memang tak lekat kat meja.  Saya akan perhati setiap menu yang dimasak.  Time ni Nik Micheal takde... Cook yang kat depan ni tak berapa faham sikit kalau ditanya... jadi saya lebih banyak memerhati & tanya apa yang saya tak sure aje.  Lagipun nampak diorang berkejar nak siapkan order, tak maulah kacau sangat kan.  
Lama jugak saya memerhati diorang masak sementara menunggu menu sampai.  Masa ni saya baru terfikir nak perhati staff belah belakang sana pulak memasak.  Rupanya Staff ni lagi bersungguh mengajar.. I Like!  Masa tengah bertenggek kat situ, tiba-tiba nampak ada sorang Mamat ni laju je meluncur masuk dengan skateboard.   Ehh.. Chef dah sampai!  Tapi saya buat dunno je la... nampak dia pun sibuk duk ambik gambar bawah kaunterla.. gambar dapur etc.. So biarlah dia settlekan urusannya tu, segan jugak nak tegur...

Dalam pada saya sibuk memerhati & bertanya itu ini kat staff tu, tiba-tiba Chef Nik sampuk... "Habislaahh... lepas ni boleh bukak kedai la tu.. " Sambil dok gelak-gelak.  Bila dia start menyapa je.. Haaaa... saya pun layan ajelah.  Tadi ingat tak nak tegur, bimbang lah dia tengah busy ke...

Sambil berborak, nampak Chef Nik dok sibuk prepare untuk memasak.  Bila saya tanya dia nak masak apa, dia cakap.. "Nanti.. nanti... I'll guide you all the way through ok... ".. " I ajar u satu-satu"... Hehehehe.. Ini yang saya suka sangat dengan Chef Nik ni, tak kedekut ilmu!  Dia tak suka kita belajar separuh jalan, kalau boleh dia nak kita duduk tercongok & tanya dia sampai kita faham...

Masa Chef Nik sampai, makanan dah pun terhidng, jadi saya pun kejap² pegi makan, kejap² tengok dia masak...

Sebelum kita story pasal apa Chef Nik masak. meh kita tengok apa dinner kami malam tu. Tapi menunya banyak yang sama macam dulu-dulu sebab pilihan dah limited!  Sedihnya banyak makanan dah takde dlm menu.  Chef nik cakap kos tinggi sangat, jadi susah dia nak letak harga, so dia kekalkan makanan yang memang biasa jadi pilihan customer dia aje (sebelum ni ruang main dish ada 3 pages, sekarang tinggal 1 aje... sob..sob..sob..).  

Baba dengan Mojito dia... (no liquor)... sini takde jual liquor ye.. sebab tu jadi pilihan kami.  Saya order mango juice... sorry to say im a bit frustrated sebab tak guna fresh mango... :(

Budak² ni kami orderkan Garlic bread dengan Mushroom soup... 

Nak tau sedap ke tak?  Haaa... tengok gaya diorang makan tu... hehehe...

As usual ini pilihan Tiha (since soft shell crab dah takde dalam menu...)... 
 Chef Nik pernah ajar saya cara nak buat gravy untuk Salmon tu... Caranya - didihkan lemon, perasakan garam gula, tambah butter & tutup api.  Jangan masak lama-lama butter tu, nanti minyak & airnya separated, tak cantik jadinya...

Potato penyek kat bawah Salmon tu pulak senang aje nak buatnya (ikut cakap Chef la)... walaupun ianya hanyalah kentang terpenyek, tapi rasanya manis sangat.. memang ngam lah dengan sos lemon tu.  Chef cakap, potato ni ada jenisnya, untuk yang manis macam ni, namanya chat... Memang sedap & manis macam ditambah gula tau.  Kentang tu hanya direbus sampai empuk, penyek (pecahkan) kemudian taburkan salt & pepper.  Siap!  Memang senanglah bunyinya kan... Salmon tu pula digrill atas pan dengan butter until cantik warnanya & dibakar sekejap dalam oven..
Haaa.. nampak tak gaya orang tak sabar nak makan???

Mine with Angus Steak... Ila dah pun kenyang mkn mushroom soup, garlic bread & mash potato... hehhe.. Time ni dia still ada selera nak makan..
Saya perhatikan semua jenis steak/fish, digril & kemudiannya dibakar di dalam oven.  Tujuan digrill atas api, just untuk dapatkan grill mark & ikan pula nampak nicely seared... Dari gril, transfer dalam bekas stainless steel, tuangkan olive oil (agak banyak tau) then bake sekejap dalam oven.  Timing bergantung pada doneness of the steak & weight of the steak.  So kalau nak experiment, bolehlah try bake for 5 minutes ke dulu okeh.  Kalau nak tau, lagi kurang masak steak tu, lagi lembutlah hasilnya.  Kualiti daging pun penting, jadi jangan pelik kenapa kadang-kadang steak kita tak menjadi.  Saya pun tak terror sangat bab buat steak ni, apa yg saya share ni just pemerhatian saya sahaja & saya catat kat blog supaya saya boleh refer balik nanti-nanti.. hehehe..

Mushroom tu pula ada cara untuk sautee.  Kat Picknik, diorang guna fresh mushroom... Mushroom tu dimasak dengan butter hingga kering airnya kemudian tambah garlic, garam & pepper.  Garlic tak dimasukkan awal untuk elak ianya hangus sebab mushroom tu ambik masa yang agak lama untuk kering.  Sayur lain yang dihidang pula dicelur sekejap (termasuk tomato cherry kat salmon/barramundi) kemudian digaul dengan butter yang dimasak dengan garlic.  Kiranya toskan sayur & gaul atas darat ajelah... Simple jugak kan?
My darling dengan Barramundi... (kat blog je berani paling darling..darling.. kalo kat depan².. aaww.... tak sangguppp...).. 
Masa tengah makan, saya dok ulang alik tengok Chef Nik memasak.  Rupanya Chef duta Tupperware.  So dia tengah testing barang-barang tu & prepare resepi yang sesuai untuk launching nanti.  Banyak kali dia warning jangan ambik gambar Tupperware tu sebab belum launch lagi kan... Baik Chef!!

Chef tengah busy preparing & teaching!  Thank You Chef!  You're the best lah!!

Masa ni baru tersedar.. Oh Ayahnya Datuk Chef  Nik Ezar pun ada!  Haa... ni pun bukan calang-calang Chef tau.  Berpuluh tahun jadi Chef di oversea.  Chef Nik pun boleh memasak sebab rajin tolong Ayah dia lah.  Masa ni Datuk Chef tengah prepare dinner, saya tak pandai eja nama makanannya tu.  Yang pastinya menu Perancis... Ayahnya pun peramah sangat.. 
 Bila dah siap... Tadaaa... Dengan baik hatinya Datuk bagi kami rasa!!
Tester... Kuahnya creamy (ala-ala brown sauce) & dalam ni ada mushroom, beef, gherkin dll... Sedap!  Bila nampak berebut-rebut kami merasa, Datuk offer lagi.  Saya just cakap no, thank you.. just nak rasa je.. (kesian la kalau menu dinner dia pun kami tukang perabis)... hehehe... 
 Lepas makan saya sambung lagi tengok Chef Nik memasak.  Dannn....
Chef Nik offer kami test & komen dessert yang dia prepare tu... Apa lagi... Laju je Mama bawak ke meja.  Anak-anak melompat macam naik hantu bila nampak Choc Mousse ni!  Hahahaha.. Setiap suapan, Ieqa & Misha jerit... "Arrghh.. sedapnya! Sedapnya!!" sambil lompat-lompat.  Kecoh satu kedai.  Aduhhh.. malu betul Mama.  Ila pon terbeliak-beliak mata bila disuap... sedap sangatlah tu... heheheh.  So.. saya rasa Chef Nik tak perlu lah tanya komen kami lagi.. tengok gelagat budak-budak tu pon dah boleh agak berapa bintang kami nak bagi... :P 
 Haa... saya dah ada resepinya.  InsyaAllah saya try buat, kalau menjadi saya share kat blog ye.  Kalau ikut Chef, easy peasy aje... Iyolah Chef... Kalau ditanya pasal masakan, semuanya easy (for you) kan...
Budak-budak ni paling happy.  Sepanjang 2 jam kami berkampung kat sini, diorang memang lupa Mak Ayah.  Ada kat meja bila nak makan je, lepas tu, pusing sekitar Picknik.  Ni gara-gara staff kat sini yang suka sangat melayan.  Mesra betul budak² ni dengan Staff tu, kagum sangat saya sebab sepanjang hampir 2 jam ada je dia cari topik ajak budak² ni berbual², Ieqa & Misha pun didukungnya sebab sibuk nak tengok Chef masak.  Dah tu.. dapat bunga pulak sorang sekuntum... 

Ni gambar budak-budak dengan Chef.  Jangan tak tau, "Abang Angkat kesayangan" diorang (Cashier) yang beria²ajak bergambar dengan Chef.  Ieqa pun boleh tersenyum, maksudnya memang dia selesa sangat dgn orang tu.  Ieqa ni jenis 'panik' dengan orang luar, hatta saudara mara yang rapat.  
Alhamdulillah.. pengalaman dinner yang mengujakan.  Saya doakan Picknik akan terus maju & karier Chef Nik pun makin berkembang.  Dah maju jaya nanti, jangan sombong pula ye.  Saya suka dengan caranya yang very humble & sincere.. U own my respect Chef!






OPEN HOUSE DI LAMAN PENGANTIN

Wednesday, August 26, 2015 0 comments
Lama tak update.. so ceritanya sentiasa lah ketinggalan zaman sikit.  Jumaat malam, saya terperasan badan Ila panas.  Bila cek, dah pun cecah 38.3c, so laju je saya ambil voren 12.5mg sumbat kan ke punggung.  Ingatkan sekali tu ajelah... rupanya berlarutan demamnya until last night.  Setiap 6 jam mmg kena masukkan ubat, memang tinggi sangat suhunya.  Pagi tadi saya perasan ada macam ruam sekitar muka dan leher.  Mulanya saya sangkakan dia kena demam campak.  Tapi bila saya perhatikan balik, Roseola rupanya. Bila anak demam, baby pulak tu.. hal lain tolak tepi dulu lah.  Malam ni dia dah boleh tidur nyenyak, barulah Mama mengadap pc semula.  

Kalau nak tau detail tentang Roseola, boleh try serach ye.  Roseola ni selalu disalahtafsir sebagai campak. Sekali imbas memang nampak macam ruam campak  Tapi sebenarnya tak sama.  Ruam Roseola tak menentu & tidak ketara seperti Campak.  Kalau campak memang merah & tumbuh satu badan.  Roseola pula lebih kepada sesuatu kawasan.  Macam Ila kena di bahagian muka, leher & sedikit di dada.  Roseola ni tak miang.  Tapi baby meragam juga, mungkin agaknya perut rasa tak selesa (biasanya diorang akan sakit perut).  Ila ni start cirit sejak Ahad lepas... Seleranya pun hilang bila dia mula cirit.  Kuruslah baby Mama ni.. :(...  

Plan asal saya nak story tentang tempat makan favourite kami & share sedikit tips masakan dari Chef .  Tapi gambarnya tak keluar pulak kat sini.  Prob betul saya dengan gambar-gambar dari Google+ ni.. tak semua gambar ada di blogger.  Kadang-kadang terpaksalah saya update dengan apa gambar yang ada je.  So sementara saya nak atasi masalah gambar yang tak reti nak keluar kat blogger ni, saya story ajelah pasal kisah 2 minggu lepas pun... heheheh.. 

Open house ni sebenarnya untuk Persatuan Silat Cekak Hanafi (kalau ikut pada kad jemputan).  Tapi kami dapat jemputan atas dasar jiran tetangga.  Ini kali pertama saya jejak kaki ke Laman Pengantin Taman Melawati ni.  Dah lama saya nak tengok suasana dalamannya... Biasa jenguk dari jauh aje... Wahh.. memang luas & selesa sangat untuk apa-apa majlis yang besar.  Jom kita tengok gambar...

Mak aaii.. setimbun nasi Mama!... Biasalah breastfeed mom kan, kena la makan banyak.. hehehehe... Anak-anak pulak, laju je mintak Lemang...hantu pulut kan... Ila yang alergik santan tu, Mama ambilkan Soto.  Boleh tahan suka dia dengan soto, tambahan pulak ada ada bergedil.  Kentang memang favourite Ila.  Happy sikit Mama bila dia dah mula ada interest nak makan.  

Tempat makanan... Saya rasa makanan yang disediakan teramat banyak!  Dari Nasi tomato dengan lauk pauk (ayam masak merah, Daging. Dalca dll), Lontong, Soto, Nasi Impit Kuah Kacang, Sate, Rendang, Lemang, Mee Kari, Cream Caramel (anak-anak asyik ulang makan yang ni), Kuih-kuih raya, buah-buahan (rambutan, tembikai dll), Sengkuang calit (ada 3 jenis kuah), jeli, gula-gula... dll... Memang banyak kan? Masakannya not bad.. semuanya Ok.  


Dapat duit raya lagi tu... Yang berbaju hijau itulah jiran kami...





Okay.. perut dah kenyang... jom kita balik.  Alhamdulillah... syukur atas rezeki Mu.  Memang enjoy sangat kami makan,  sampai tak tau nak pilih.   Moga makin murah rezeki ye... :)



ROTI JOHN TITIWANGSA

Wednesday, August 19, 2015 0 comments
Hari ni bawak anak-anak bershopping.  Kami memang suka shopping time weekday, aman sikit... Cuma masa memang suntuk sebab nak kena ambik Tiha yang bersekolah sessi petang.  Saya terpaksa spend masa lama sikit dekat MRDIY sebab tengah plan susun atur & mencari idea untuk simpan barang jahitan, arrange bilik anak-anak (slowly tengah upgrade bilik tetamu jadi bilik anak-anak) dan juga nak buat tempat study yang proper sikit untuk Tiha.  Tapi bukan senang nak jumpa apa yang kita nak tu... Bila dah berkenan, saiz pula tak kena la, material tak ok la... Tak pe la.. sementara ni guna pakai je la apa yang ada dulu & kena survey lagi sana-sini.

Tempat menjahit pula dah kira agak urgent.  Mana tak nya... Shumaila dah terror panjat katil & dah boleh reach stok jahitan Mama!  Bahaya ni sebab banyak barang yang tajam & halus.  Pening nya Mama nak sorok or simpan mana.  Saya ni dahla tak suka barang yang tak boleh dicapai bila diperlukan.  Kalau boleh semua tersusun depan mata.  Cthnya nak menjahit, semua barang mesti reachable.  Kalau nak memasak, barang masak & alat masak pun reachable... Tak mau kena alih barang or panjat sana sini (jawabnya rela daku tak guna benda tu... hehehehe...)  Boleh tengok entry DIY saya yang dulu untuk tengok cara saya arrange barang...

Punyalah lama Mama membelek, akibatnya lambat betul kami fetch Tiha.  So kami terus aje singgah Masjid dekat rumah untuk solat & berdinner di luar aje.  Kali ni kami nak try makan Roti John Titiwangsa di area Keramat.

Roti John Titiwangsa... boleh cari dalam Waze yer untuk dapatkan lokasinya.. :)

Since takde kerusi baby, kita bagi Ila rasmikan meja kedai ni... hehehe.. Memang tak larat nak pegang budak yg tak reti duduk diam ni... 
 Meh kita tengok menu kat sini....
Ni roti bakar special namanya.  Roti bakar disapu butter & kaya, telur separuh masak & fries.  Not bad... 

Ini pula Roti John Special (daging).  Kami ambil yang besar... Ada 8 potongan... kami juga order Roti John Special (Tuna) kecil... Fries tu disertakan sekali.  Saya suka friesnya tu macam di Nandos, tak terlalu oily...
Memang meriah kedai ni... Masa kami sampai meja dah penuh, mujurlah ada yang dah siap makan.  Kami sampai masih awal, jam 8.  Masa tengah makan, makin ramai yang datang.  Ada jugak Chinese & Mat Saleh yang tengah beratur.. Kira agak glamour lah juga tempat ni rupanya... 

Dari segi rasa, bagi saya ok lah.  Telurnya memang banyak, cuma rempah ratusnya tak terasa macam Roti John Unan.  Apapun saya rasa berbaloi dan boleh lah kami bertandang lagi!  Shumaila pon kata ok sebab dia berjaya habiskan 3 batang fries... :P








TAKDE MODAL

Friday, August 14, 2015 0 comments
Blog ni dah mula kehabisan modal... Kat bawah ni aje gambar last yang ada dalam google+ saya.. hehehe... Lama betul saya tak tangkap gambar.  Padahal almost everyweek kami keluar ke sana sini settlekan itu ini & mencari itu ini.  Tapi mood nak ambik gambar tu tak berapa nak ada.  Lagipun asyik-asyik tempat yang sama, makanan yang sama, menu yg sama.. bla..bla... 

Bila tengok balik gambar-gambar, ada satu lagi gambar baju yang saya tak share kat sini.  Kain ni saya beli online, cotton.  Memang lembut & cantik sangat tapi harganya agak mahal, RM16/meter.  Masa pilih tu memag nak cari yang terang & fancy.. utk budak-budaklah katakan.. tapi bila dah sampai... rasa macam terlebih fancy lah pulak... hehehe... Since masa beli tu taktau nak anggar berapa banyak, jadi Baju Tiha & Ieqa guna design lain, Misha & Ila pula design lain.  Untuk Ieqa saya buatkan lengan pendek, untuk Tiha lengan panjang & tak berlengan untuk Ila & Misha.  Gambarnya ada yang Misha aje sebab masa ni tengah excited sebab baju first yang siap, tu yang suruh dia test & ambik gambar... hehehe... 

Baju raya ke2.. Ni baju first kami menggunakan pola sendiri... Bukan main banyak sangkutnya.  Kesimpulannya.. masih BELUM LULUS buat pola sendiri... hahahaha... 
 Sebenarnya sejak lepas raya, saya tak berkesempatan pun menjahit apa-apa.  Memang takde masa sebab banyak berkejar sana-sini.  Memasak pun ala kadar aje, in fact lagi banyak makan kat luar sebab nak cepat.  Biasanya kalau nak buat apa-apa urusan, saya tunggu suami balik by 3 or 4, jadi once dia sampai, terus kami berkejar ke tempat tujuan sebab kebanyakan pejabat tutup awal (mostly gov agencies) & nak kena ambik Tiha balik dari sekolah pula.  Kadang-kadang jadi berhari-hari sebab banyak hal nak kena settle, jadi sehari boleh pergi ke satu tempat aje.

elmarin kami terpaksa ke Maxis Centre KLCC sebab nak ambil Simcard phone pulak.  Tiba-tiba lah simcard nak buat hal lah kan... Kalau ke KLCC, kesian lah pulak nak pergi without Tiha & bimbang juga tak sempat nak fetch dia nanti.  Jadi kami tunggu Tiha balik sekolah & terus bergegas ke sana.  Dalam kereta, masing-masing mengadu lapar.  Tiha ni memang balik dari sekolah aje, akan mencari makanan. So elok sampai je, saya belikan Popcorn untuk kunyah-kunyah sementara nak dinner.  Actually dah lama nak try Popcorn ni... ramai yang kata sedap & ramai jugak yang beraturnya!  Harganya... Mahal sungguh!! Tapi saya tengok, masing-masing selamber aje memborong.  Saya ni sambil dok beratur, sambil dok hitung-hitung nak beli berapa banyak, sambil seluk-seluk poket... hahahaha... Mahal wehh... Bayangkan kalau yang Nut (diorang punya specialty) harga pack paling kecik RM25!   Kalau popcorn biasa pulak, saya ambik yang Large (mix antara cheese & caramel) for RM25 jugak.  Harga kat pasar malam baru RM2 (saiz medium kat sini)... heheheh...

Popcorn Garret yang terlajak mahal tapi orang beli semacam.. Satu pek L & satu pek S ni total loss saya ialah RM50.00 .. 

Rasanya pula macam mana?  Sedap wehh.. tapi takleh makan banyak sangat boleh diabetes!   Manis.. sampai naik pening-pening lalat sebab we all ni tak kuat manis.  Mama dah warning budak-budak ni, sekali ni je tau Mama beli.  Pasni jangan nak request dah, ni Mama saja gatal nak rasa.  Manalah tau Mama terajin na buat popcorn, jadi Mama tau lah kalau Popcorn yang sedap, camni rasanya... Kalau uolls suka makan popcorn & tak kisah pasal harga... Garret ni kira must try lah kalau ke KLCC ni.  Budak-budak ni pun bukan main suka dapat makan Popcorn mahal!

SAMBIL MENYELAM....

Tuesday, August 11, 2015 0 comments
Kira-kira 2 minggu yang lepas, kami jadi driver untuk Adik sekeluarga ke Bentong.  Lepas servis kereta di Bentong & Adik pun dapat kereta barunya.. (ehemm..ehemm..) barulah boleh merayap sikit... Since dah lama Ah Chan Toyota nak ajak kami makan durian, kali ni kami ke gerai durian Uncle nya.  Time kami sampai, bukan main ramai orang tengah makan & memilih durian.  Kami makan tak banyak, gara-gara tersalah pilih.  Bukannya apa, starting dah 'termakan' Musang King, tekak terus tak nak terima durian lain lagi dah.  Nak order Musang King lagi, poket pula mcm tak berapa nak tebal.. hehehe... Kami hanya bayar harga Musang King, Durian lain Chan belanja.  Thx ye Chan.  Jumpa lagi next season ye... :P
Musang King... Lemak berkrim...

D24 (RM9/kg)... Ok jugak rasanya tapi tekak still terasa-rasa kesedapan Musang King tadi... Kami ambil juga durian kampung beberapa biji... hhmm.. lagilah plain jadinya.. padahal sebelum-sebelum ni sedang tu dah kira sedaplah... 
 Dah menjamu durian, kami ke Kedai bersebelahan.  Chan cakap kat situ best lemangnya.  Nama Kedai ni Lemang Tok ki.  Suasananya memang selesa... Siap ada surau dan tandas.  Maklumlah laluan utama KL-Kelantan kan... Boleh pilih pelbagai saiz lemang.  Saya pilih yang sedang, RM10 sebatang & juga ambil rendang ayam & daging RM6 sepiring.  Bila masuk mulut... Mmmm.. memang sedap lemangnya.  Lembut, lemak, secukup rasa.  Terbayang-bayang sampai sekarang.  Pasti ku cari lagi ni.. hehehe... Rendangnya pun okaylah... Tapi lemangnya tu memang sedap sangat.  Next time bolehlah bungkus untuk ayah or Mak Mertua sekali.  Dua-dua pun hantu lemang!
Memang cukup lemak masinnya lemang ni.  Memang ummpphhh lah!.. 

 Dah puas menjamu selera, kami bertolak balik ke KL semula.  Berkejar balik ke rumah sebab nak memasak juadah untuk Mak Saudara yang nak datang bertandang ke rumah.  Nasib baiklah Adik ada sekali, jadi memang mudah lah kerja saya sebab ada Assistant yang terror memasak jugak.

Malam tu kononnya nak dinner di Imbiss.. tapi semua dah kekenyangan sebab saya prepare Nasi Lemak dengan Bee Hive Bread untuk Cutah sekeluarga.  So.. cancel plan... Esok aje lah...

Esoknya lepas sarapan, kami pun bergerak ke Ampang.  Since perut masih full sebab baru lepas breakfast, kami menyinggah di Taman Tasik Ampang untuk berjalan-jalan bagi makanan mendap dulu.. hehehe... Mendap lah sangat.. Elok je sampai, terus singgah makan cendol dengan rojak pula!.. hahahaha.. Memang dasarrr...
Budak-budaklah paling seronok... bukan selalu Mama & Baba rajin ke tasik macam ni... :P





Nampak damai je suasana kan...
 Sebenanrnya masa kami di Tasik Ampang ni, cuaca tengah panas terik.  Tapi sebab kesiankan budak-budak, kami layankan ajelah kejap.  Diorang pulak bukannya kira panas ke apa.. bukan main seronok berlari sana-sini...


 Semua anak-anak emmang extra happy kali ni sebab sepupu-sepupu pun ada sekali.  Tiha dengan Izz ni memang rapat sangat.  Tiapkali jumpa, habis semua orang kena ignore.  Ieqa mulalah merajuk & tak puashati.  Si Misha pula... as usual.. buat hal sendiri... Ada dia kisah???

Lepas berjalan lebih kurang, kami pun ke Imbiss.  Tercapai juga impian Not nak makan kat sini ye.  Tapi kali ni saya tak berapa enjoy macam selalu.  Harga makanannya semua dah naik!  Ada yang naik sampai 100% pun!  Kalau tau harganya macam ni, baik kami makan di Picknik aje... :P. Lepas ni maybe dah tak ke sini sangatle.. kalau nak makan western kami terus ke Publika aje, since harganya dah nak hampir sama pun kan... hehehe... (alasan kukuh untuk ke Picknik selalu nih...)... 



Itu ajelah kisah kami di weekend itu.  Meneman Not sekeluarga ambil kereta baru & sambil merayap bersama....


UDANG GORENG MAMAK

0 comments
 Ehh.. ada lagi menu Ramadhan yang saya tertinggal rupanya.  Saya buat menu ni sebab teringatkan Udang Goreng di Mahbub yang sedap sangat sebab gunakan perapan Ayam Goreng Mamak.  Saya kalau kepingin makan Nasi Kandar, memanglah ayam goreng nya tu yang menjadi punca.  Tapi tak semua Ayam Goreng Mamak yang sedap, hanya a few tempat aje yang saya suka contohnya Mahbub, Deen Maju Penang dan Pelita.  

Kalau di Mahbub saya biasa makan udang kecil yang disalut tepung ni. Tiha pun sibuk nak mintak ratah.  Tiapkali dia mintak, Mama bagi seketul dua je dengan janji palsu.. "Nanti la Mama buat kat rumah.  Boleh makan sampai puas".  Rasanya dah berkali-kali Mama bagi alasan tu sebab kedekut nak share udang dengan dia (nak ambil banyak, kemain mahal lagi)... So di bulan Ramadhan lepas, akhirnya terbuka hati nak cari resepinya.  Alhamdulillah... menjadi dengan jayanya.  Cumanyaa... saya kurang pasti yang mana satu sumbernya sebab dah lama sangat kan.  Hopefully resepi yang saya share ni memang yang sama saya buat hari tu lah ye. 

Sumber resepi dari sini ye .. 
Bahan-Bahan:

Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg.  Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan.

Penyediaan bahan perapan.  Saya gunakan telur untuk cairkan perapan ni (boleh ganti dengan air).  Tapi saya nak tepung yang rangup, tu guna telur... 

Gaulkan udang/ayam atau apa-apa bahan yang disukai...

Dah siap!  Memang sedap.... Cuma sayang saya terlupa letak daun kari gara-gara terlebih xcited nak menggoreng... hehehe...
Bila nampak udang yang segar bugar ni, mulalah teringat plan kami yang tergendala.  Dari bulan puasa lagi nak ke Kuala Selangor, tapi memanjang je ada hal lain.  Weekend ni dgn weekend depan pun dah fully booked.  Terpaksalah beli seafoods di pasar borong aje... Lain benar rupa udangnya... huhu.....


MARI MEMBUAT KETUPAT PALAS!

Friday, August 7, 2015 4 comments
Fuuhhh!!!.. Berjaya juga saya terlepas dari genggaman Shumaila.  Dahlah siang dia conquer Mama, malam pun sama!  Memang tak jadi kerja dibuatnya.  Bila Baba ada, barulah banyak sikit ruang Mama nak siapkan pelbagai kerja or rest!  Bila Baba tido, pandai-pandaila Mama handle baby yang mengada tu.  Biasa endingnya, Mama pun terlelap sekalilah kann... Tu yang selalu je blog ni sunyi sepi sekarang... 

Meh kita layan hasil anyaman ketupat orang yang tak pandai.  Tah kenapa lepas raya hari tu rasa teringin nak buat ketupat & rendang.  Anak-anak pun macam tak puas je makan masa Raya baru-baru ni.  Memang Mama & Baba langsung takde pengalaman dengan ketupat.  Maka Youtube & blog la tempat rujukan... heheheh..
Mama tanak pulut.  Ada 2 cara.. satu dikacau dalam santan yang didih, atau dikukus.  Saya ikut yang mana mudah aje.. :P

Disebabkan tak sabar nak membalut... NI hasil kerja Saya & Tiha.  Errr.. macam tak berapa kena je... Alaa.. belasah je la... 
 Saya buat sikit je dulu & rebus sebab tak sabar nak tengok hasilnya.  Bila Baba balik.. dia cakap semua betina! Hehhee.. Baba dah terror anyam ketupat hasil dari pengajiannya melalui Youtube & blog semalam... Eleehh.. eksyen je lebih Baba ni...
Gambar model 'ketupat jantan'.. Errrkk... (ni gambar Baba possing untuk group Wassap family... hehehe..)

Hasil tangan Baba... 

Direbus.. .. Ni belum potong tangkai... Lepas tu rasa rimas pulak..

Saya potong pulak tangkainya tu... Almaklumlah.. Orang tak reti buat ketupat kan...
 Bila dah siap... berebut-rebutlah nak makan.  Frustnya sebab ketupat kami lembik gara-gara termasuk air rebusannya tu!... hahahah... Ohh nak bungkus ketupas kena ikat kuat yeerr??  Kami ingatkan kena longgar sikit supaya pulut tak mampat sangat... hehehehe.... Kelakarlah tengok longgar-longgar jadi bungkusan ketupat tu lepas siap masak.
Tiha bawak bekal ke sekolah.  Dahlah rendang kali ni agak hancur & kering... Tapi rasanya sedap tauu..  Walaupun ketupat ku lembik, kawan Tiha mintak ketupat lagi esoknya!!  Katanya sedap dari ketupat yang dia pernah makan.. Haaa.. ni baru ketupat lembik Mama masak.  Kalau betul-betul menjadik, mau berebut ye...
Walaupun hasilnya tak memberansangkan, tapi sangat puashati sebab 1kg pulut tu habis dimakan tanpa sisa.  Siap mintak lagi dan lagi!  So Mama rasa mission accomplished sebab anak-anak enjoy je makan.  Mama pulak makin bersemangat nak buat lagi nanti.  Seronok rupanya buat ketupat ni ye...

*  Bila sebut ketupat, teringat Arwah Tok sebelah Ayah yang terror buat ketupat.  Biasanya memang semua orang puji ketupatnya tu.  Saya tak tau cara nak buat sebab Tok tak bagi tolong (maklumlah cucu berderet & kecil-kecil pula.. bukannya boleh tolong apa pun, tolong bikin semak adalaa...).  Yang paling sadisnya, saya tak pernah makan pun ketupat tu!  Sekarang ni rasa nyesal pulak sebab tak rasa.  Masa kecik, saya memang tak suka ketupat pulut, tambah-tambah kalau dihidang dengan serunding!  Bila dah ada anak, semuanya kaki ketupat & lemang, barulah saya pun enjoy makan sama... hehehe... Rugi rasanya tak dapat belajar & simpan resepi ketupat Tok yang digemari ramai tu.