Alhamdulillah... kelahiran anak keempat pada 1 Syawal lepas. Kelahiran yang ditunggu oleh para Kakak kecuali Misha yang nampaknya still blurr tentang kewujudan Adik barunya ni. Buat kali keempat juga kami menerima kelahiran baby girl dalam keluarga.. Memang we all tak pernah fikirkan sangat tentang jantina, janji baby sihat & selamat...
|
My dear Shumaila (Beautiful Face) |
Sebenarnya hanya Tuhan yang tahu perasaan saya sejak dapat tau pregnant lagi... :).. Sepanjang pregnancy, saya betul² bimbang akan situasi semasa kelahiran nanti... Apakah kes Kakak²nya berulang lagi? Setiapkali checkup juga saya menyuarakan hasrat untuk memilih pembedahan & meminta pandangan Pakar Dr Aqmar Suraya.... Tiapkali itu juga Dr menyerahkan segalanya kepada saya & dia sendiri menggalakkan saya mencuba bersalin normal memandangkan saya telah berjaya melalui 2 kelahiran secara normal. Sepanjang tempoh menunggu hari, saya masih dilemma sama ada untuk mencuba bersalin normal atau sebaliknya. Akhirnya saya pasrah & serahkan semuanya kepadaNya.. Yang saya pinta hanyalah keselamatan bayi yang dikandung...
Nanti saya ceritakan pengalaman saya bersalinkan bayi keempat yang juga membuatkan Mama & Baba 'phobia' buat sekian kalinya. Semoga Shumaila menjadi anak yang berguna pada keluarga, bangsa & agama & sentiasa di bawah lindunganNya... :)
4 comments:
Wah.. dah bersalin rupanya Kina. Jelesnya dapat girl lagi.. comelnya dia... baby Shumaila ya.. unik nama.. semoga berpantang baik2 ya. Nati nak baca kisah kelahiran baby ya...tahniah Kina..
Thx Aisy... Dapat baby raya... awal dari jangkaan... kalau ada kesempatan sy cuba share pengalaman ni... Moga jadi panduan kepada para ibu lain juga.. ;)
Salam. Nk tnya, dr aqmar suraya ok x dia?
Salam.. Ok je dia. Cuma jenis follow by book sikitle. Tapi bagusnya jenis yg teliti la tu
Post a Comment