Selepas kecewa dengan keadaan plateau yang menjangau 10 hari... Akhirnya minggu ni back to track. Kali ni memang saya rlax sikit walau penurunan very slow. Saya dah jangka awal-awal lagi sebab malam2 minggu kami berdua layan coffee dan makan makanan ringan.. hehehe.. so sepanjang 2,3 hari tu memang berat statik atau ada kenaikan a few hundred grams. So bila diet balik, slow la sikit nak turun sbb ketosis tu dah hilang kan.. :P
Makin lama saya buat, saya makin faham konsep penurunan dalam Atkins ni. Tapimalam ni tak boleh hurai panjang lebar sebab esok kena masak untuk neighbour yang request lunch untuk anak-anak seawal jam 10. Kerja-kerja lain pun banyak menanti lagi.
Berat terkini Rabu 11/10 |
Kelmarin dulu, saya buat Cucur Udang Atkins sebab saya ada buat Cucur Udang dekat anak-anak. Mestilah terliur kan. Since saya tak suka tauhu, saya ubahsuai bahan-bahan bagi hilang rasa tauhu tu. Saya masukkan banyak udang, kunyit serbuk, tauge, bawang potong, cili potong...
Tadi last minutes takde sangat benda nak makan, saya buat Cucur bilis pula sebab amsih ada 4 ketul Tauhu dalam peti.
Kisar Tauhu, telur, bahan perasa (saya letak bilis, daun bawang, cili powder, serbuk kunyit dan garam). Then goreng garing-garing. |
Rasanya memang tak setanding cucur betul. Tapi bolehlah untuk kudapan dan hilangkan gian. Biasanya saya makan menu macam ni dengan salad aje. |
0 comments:
Post a Comment