AYAM PHAT PHET DAN AYAM STIM DENGAN CENDAWAN

Thursday, October 26, 2017
Ayam Phat Phet first trial.  Ada beberapa kekurangan tapi nak simpan resepi ni supaya tak hilang.  Sumber dari kawan yang berdarah siam.  
 Bahan-bahan

Cili Api Siam
Serai
Bawang Putih
Lada hitam (jika suka)
Belacan
* kisar halus

Tumis bahan dikisar halus sampai wangi, masukkan ayam.  Ayam hampir masak, perasakan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.  Dah masak sekata, masukkan sayur dan daun limau purut.  Siap!

* sayur yang sesuai ialah - rebung, kacang panjang, terung bulat siam dan terung pipit sahaja.  kebetulan saya takde kesemua bahan tu, saya tak letak sayur.  Ayam phat phet saya kali ni terlajak blackpepper sikit, sepatutnya masakan ni warnanya kekuningan ye.
Gambar yang dalam kuali ni tak sama langsung dengan warna asal masakan ni.. hehehe.  Faktor pencahyaan yang jadi punca ni tau

Macam saya maklumkan, setiap hari ada jiran yang datang membeli makanan tengahari dari saya.  Dia dah pesan kat saya yang anaknya tak tahan pedas.  Jadi saya sediakan juga Ayam Stim dengan cendawan ni.  Resepi asalnya dari rakan FB juga cuma saya ubahsuai sikit jadikan ianya sebagai sup cendawan dan ayam. 

Bahan-bahan

Bawang putih diketuk
Beberapa hirisan halia
Air
Sos tiram
Ayam
*rebuskan semuanya

Dah masak boleh masukkan sayur dan perahan limau.  Saya tambah lada sulah sedikit dan dah siap masak tu saya letakkan garlic oil yang saya sediakan dalam 2 sudu.

Mudahkan resepi ni?  Nak masak ikan macam ni pun boleh juga.  Anak jiran bukan main suka makan sup ni.  Saya memang buat sup ni special untuk dia bimbang dia tak boleh makan Ayam Phat Phet tu.  Syukur sangat dia suka..


0 comments:

Post a Comment