ROTI COKLAT

Wednesday, October 25, 2017
Alhamdulillah.. kebelakangan mood meroti dan testing resepi saya datang membuak-buak. Agaknya lepas jiran-jiran yang tempah dan bagi feedback yang amat tak disangka.  Till today, setiap hari jiran saya datang beli makanan tengahari.  Saya pun dah makin kerap share masakan di FB.  Kalau dulu segan dengan kawan-kawan, bimang dikata menunjuk.

Tapi lately ni pandangan saya berubah apabila tengok respond kawan-kawan bila saya letak masakan harian saya.  Kurang-kurang saya boleh mencetus idea untuk orang lain memasak kan? Saya open aje kalau ada sapa-sapa nak minta resepi atau tips masakan. Malah agak ramai yang follow saya sebab nak kan imu masakan atau jahitan.  Jadi tak elok juga menghampakan mereka kan.  Harap-harap takde kawan-kawan yang rasa saya post makanan tu sebab nak menunjuk pandai ke apa lah ye.  Kalau kat blog saya tak segan sangat sebab saya tak kenal pun siapa reader saya.. :P

Awal-awal diet saya bercadang untuk stop meroti, buat kek atau makanan yang mengganggu diet saya. Bimbang asyik cheat je nanti.  Tapi makin lama menunggu, makin banyak ilham datang.  Bimbang nanti mood dan ilham tu hilang begitu saja.  Jadi saya dah mula meroti, mendonut dan mencuba pelbagai resepi tanpa kantoi diet.  Pegangan saya.. Alaa.. takpe.. nanti dah habis diet boleh buat lagi.. kannn...

Kali ni saya nak share roti coklat yang saya buat baru-baru ni.  Menggebu dengan jayanya cuma saya yakin boleh hasilkan roti yang lagi cun dari ni sebab ada kesilapan teknikal sikit masa buat tu.




Gebu ala-ala kek tekstur dalamnya tu
Saya tak boleh bagi sukatan yang tepat sebab masa buat ni tiba-tiba penimbang saya tak boleh nak on.  Jadi saya anggar tepung pakai cawan aje.  Kalau u all nak buat, adjust la sukatan tepung tu sampai jadi doh yang licin dan lembut ye..


DOH ROTI

250ml-270ml susu segar (sejuk)
7 sb gula
1 sk garam
3 sb serbuk coklat (rumbu)
3 1/2 cup tepung (1 cup tepung gandum, the rest tepung roti)
3/4 sb yis
3 sb butter (sejuk)

Saya masukkan semua bahan mengikut susunan ke dalam BM.  Kesemua bahan yang saya guna dalam keadaan sejuk.  Saya uli sebanyak 3 kali (setting 14minit 1 ulian).. nampak doh dah berminyak dan boleh ditarik nipis, siaplah tu. Masa ulian ni saya nampak doh masih lembik, jadi saya tambah lagi sikit tepung.

* ulian tangan seeloknya guna susu suam dan masukkan yis dalam tu.  biarkan yis naik.  Gaul semua bahan yang lain dan tuang yis tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin. Kena uli sampai tak melekat di tangan ye..

Rehatkan doh sekejap kemudian saya leperkan dan gulung.  Saya leperkan semula dan gulung lagi sekali.  Masukkan dalam BM semula dan naikkan sekurang-kurangnya sejam.  Kalau doh besar macam ni, boleh naikkan lama lagi untuk roti yang lebih gebu.  Faktor cuaca pon membantu jugak pengembangan yis tu.

Dah naik elok, saya tekan button bake dan biar sampai siap.  Roti ni sedap sangat.  Makan kosong pon sedap.  Saya suka sapu butter dan grill atas oven.  Nak letak susu pun boleh, nak makan kosong pun dah ada manisnya.  Kalau nak tambah colat cip, boleh tambah masa kita leperkan doh tu ye.

Selamat mencuba!!

P/s : Nak bakar atas oven pon boleh.  Cuba set suhu 170c dan bakar selama 50minit (anggaran) sbb saya tak pernah try bakar dalam oven lagi.







0 comments:

Post a Comment