Assalamualaikum... Salam Jumaat!
Biasanya saya tak bersiaran di pagi hari. Tapi ramai yang request resepi roti labu ni, jadi saya curi masa kejap update blog. Kesian pula buat orang ternanti-nanti.
Bagi yang tak biasa cara saya, terus-terang yang saya buat roti ikut keadaan dan mood. Ikut juga apa bahan yang ada di dapur. Jadi resepi tidak begitu tepat.. sebab saya memang campak ikut naluri dan juga keadaan doh. Jarang saya guna resepi yang sama tiap kali meroti. Kalau nak faham konsep tu, boleh refer pada post saya kat sini ye .
Bun labu saya ni hampir sama juga dengan bun kentang. Doh tu hanya ditambah labu aje... main2 sedikit dengan cecair dan tepung. Tiada yang istimewa. You all boleh gantikan labu dengan apa-apa bahan lain yang tak habis kat dapur tu. Keledek ke, kentang ke, keladi ke.. ehh kalau keledek purple mesti cute kan?? Kalau rasa nak letak buah-buahan pon boleh kot.. tapi kena pandai main dengan cecair dan perasa lah ye.
Again.. kalau tak jadi, jangan marah aaaa... :P
BAHAN-BAHAN
100ML - 140ML SUSU SEGAR SEJUK
1 BIJI TELUR SEJUK (SAYA AMBIK SUDU, CEDOK KUNING AJE)
6 SUDU BESAR GULA
1/2 SK GARAM
4 SUDU BESAR RUMBU LABU YANG DAH DIKUKUS/REBUS
1 SB BUTTER ATAU MARJERIN (SAYA GUNA TWINCOW SEJUK. POTONG AGAK2 SESUDU)
300GRAM TEPUNG (SAYA LETAK 100 TEPUNG GANDUM DAN 200GM TEPUNG ROTI)
2 SK YIS
MASUKKAN SEMUA BAHAN MENGIKUT TURUTAN KECUALI YIS. BILA DAH TERGAUL MENJADI DOH, MASUKKAN YIS. NI TEKNIK BARU DARI RAKAN FB.
* kebetulan saya memang selalu buat macam tu. saya on BM, then baru bukak freezer, cedok yis dan campak dalam BM. Tu yang jadi kes donut lupa yis... hehehehe..
(Nak buat ulian macam mana pun tak kisah yee, janji jangan temukan yis dan garam)
Semasa ulian semalam saya letak 100ml susu dulu, bila nampak doh sedikit kering, saya tambah 2,3 sudu besar susu. Yang ni bergantung pada cecair di dalam telur dan labu serta kadar serapan tepung. Kalau doh lembik pula, kita boleh nampak doh melekat2 tidak membulat, letak tepung sesudu demi sesudu ye.
Saya uli 2x (setting 14minit sekali ulian, bukan setting 30 minit tu). Bila siap, saya sentuh doh, jika masih sejuk saya start ulian lagi sekali. kiranya total 3x ulian atau 42 minit. Jika guna ais, boleh 4x ulian..
Rehat doh sekejap .. 5 to 10mins, timbang dan rounding cecantik. oh ye.. sy nampak doh melekit sedikit, saya renjis olive oil pada silicone mat dah letak doh. Biasanya saya tak gunakan minyak. Tapi mmg kalau roti letak bahan tambahan kadang-kadang melekit sedikit. Lagipun doh ni saya letak sesudu aje butter.
BAHAN KASTAD (sumber asal CMG)
3/4 CUP (180ML) SUSU SEGAR
2 SB TEPUNG KASTAD
2 SB GULA
KACAU RATA, MASAK ATAS API. DAH HAMPIR PEKAT MASUKKAN
SEDIKIT ESEN VANILLA
1 SB BUTTER
SEJUKKAN SEBELUM DIPAIP ATAS ROTI.
Total berat doh ialah 560gram. Saya timbang 22-23gram dan susun 5x5 dalam loyang 8x8. Dah susun lawa-lawa, spray air, tutp dan naikkan. Awalnya saya setkan timer sejam sebab dah malam.. |
Lepas 1/2jam nampak doh macam dah double, naik sekata. Saya preheat oven. So saya naikkan dalam 45minit aje. Masa tak tentu ye.. saya prefer tengok keadaan doh. |
Picit kastad sebelum masuk oven. spray lagi dan set suhu oven pada 180c dan bakar 25 minit. suhu dan masa pembakaran bergantung kepada oven masing-masing juga ye |
Dah masak.. Oven saya takleh set api atas bawah jadi saya tak boleh garingkan sangat roti, nanti dalamnya kering. |
Gambar jika dikeluar dr loyang. Anak-anak tarik roti dengan penyepit masa panas-panas lagi tadi. Ni aje yang sempat saya snap gambar |
0 comments:
Post a Comment