Sebelum bagi Resepi kita iklan dulu... :P. Oh ye jangan pelik kalau nampak post saya macam tak kena jalan cerita sebab saya schedule kan post. Saya boleh blogging every Thursday aje. So saya buat a few entry terus senang.
Ni nak tayang beg yang kami brdua siapkan malam semalam. Alaa.. yang kami sakan menyulam hari tu... Alhamdulillah.. walaupun masih banyak yang kureng.. tapi im glad.. Akhirnya siap jugak!! Rasa satu lagi beban dah hilang... Fuhhh
Beg untuk anak-anak saudara. Harap-harap diorang happy |
Isnin lepas, neighbour bawah message saya. Request saya masakkan untuk anak-anaknya untuk hari Rabu dan Khamis. Dia nak kena outstaion, jadi dia mintak saya sediakan makanan 5 pax dan hantar ke rumah dia jam 10 pagi. Saya ok aje, happy sebab ada juga yang sudi mintak saya masakkan.. :P
JAm 9.30 selesai deliver - Nasi putih + Ayam blackpepper with kentang + Sayur Campur (cauliflower, bak choy, mushroom dan carrot). Saya suggest menu ni sebab anak-anak suka makan Ayam Blackpepper ni. |
Since ramai sangat yang suka masakan Ayam Blackpepper ni, saya share sikit cara penyediaannya. Mudah aje.. Tapi rasa memang daboom.. Saya copy rasa Ayam Blackpepper dekat AEON AU2. Baba yang challenge saya buat masak sebiji macam tu. Alhadulillah.. saya berjaya replicate,so far semua tetamu yang dijamu dengan masakan ni memang bagi pujian. Tadi neighbour pon wassap cakap anak-anak sdia suka sangat. Ayat paling win "Masakan You memang terbaik", terus cakap tak sabar nak terjah Kina Kitchen. Syukursangat kalau pelanggan puashati. Saya memang cukup was-was bila nak memasak untuk orang. Kang mula la masakan saya jadi mengarut... hehehe.. nervous ooo...
Ini resepi ringkas dari saya
Bahan-bahan
Ayam 1kg (saya biasa potong halus dada ayam)
Sos Tiram
(gaul sos tiram kat ayam tadi. Letak aje agak-agak ayam tersalut)
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 4 ulas
Lada hitam 1 tbspoon
-kisar sebati
Kicap manis
3 biji kentang yang dipotong baji dan digoreng empuk
Cara -cara
Tumis bahan kisar dan halia hingga harum. Masukkan ayam yang dah digaul sos tiram tadi, dah hampir masak renjiskan kicap manis/masin sehingga dapat rasa yang kita nak. Tak perlu garam, gula atau pak Aji ye. Macam ni aje dah cukup umpphh.. Kalau nak berkuah, tambah air sikit sebab kuah ni memang likat sbb ada bahan kisar. Kentang tu gaul kemudian pun takpe.
Tips saya
# Kalau nak mudah.. korang letak terus sayur dalam ni. Masak blackpepper ni ngam dicampur brokoli dan carrot atau green peas. Nak letak semua pon boleh. Biasa saya hidang 1 menu ni aje.. settle! Sayur tu letak time ayam dah nak masak la ye. Jangan lunyai pulak, tak sedap.
Ps: Masa masak ni saya calit-calit sikit dengan jari je utk rasa. Tak nak batal diet.. huhuhu..
0 comments:
Post a Comment