ROTI PITA WHOLEWHEAT

Wednesday, November 29, 2017 0 comments


Malam ni dinner dengan Roti Pita aje.  Pita bread ni rasanya plain aje dan tidak gebu sebagaimana roti pita komersial.  Ini tekstur yang saya suka.  Kalau yg kita beli tu rasanya dah gebu dan ada manis-manis gitu.  Saya suka kekalkan originality sesuatu masakan tu.

So jangan hairan jika roti pita tidak menggunakan susu mahupun gula.  Pita bread ni boleh dikatogerikan healty sebab tak bergula, tidak menggunakan butter (guna olive oil) dan ada campuran wholewheat.  Fillingnya boleh dipelbagaikan... Amat mudah kan..

Yang Mama & Baba memang meriah.  Paling penting sayur kena letak banyak-banyak.  Fillingnya tu - DAging blackpepper, scramble eggs, tomato, salad dan sedikit mayo.

Yang anak-anak, memang plain aje... Ieqa nak scramble eggs aje.  Yang lain-lain gabung tapi scramble eggs tu tertutup dgn daging.  Tiha yang tukang letak filling.  Mama tengah asyik membakar roti pita.. hehehe.. 
Sumber asal resepi dari sini .  Memang lama proses pembuatannya, tapi saya ringkaskan sebab nak makan cepat.. hehehe... Saya translate dan ubahsuai sikit kaedah pembuatannya tu.. Kalau nak lagi detail, boleh klik ke link atas tadi tu ye.

Bahan Bahan (gunakan sukatan metrik ye)

*2 sk yis
*½ sk gula (boleh abaikan)
*35 grams tepung whole-wheat flour (1/4 cup)
*310 grams unbleached all-purposed flour (tepung gandum atau tepung roti) (2 1/2 cups)
1sk garam
2 sb olive oil
*1 cup air suam

Gabungkan bahan bertanda * kecuali tepung gandum letak 1/4 bahagian aje.  Biarkan ianya spoof dalam tempoh lebih kurang 15minit (berbuih-buih). Saya spoof kan dalam BM.


Bila yis tadi dah mula aktif, masukkan garam, 2 cups tepung dan 2sb olive oil.  Biarkan BM menguli seketika, cukup sekadar semua bahan bergabung elok.  Kalau nak ulian tangan pun boleh tapi a bit messy sbb doh ni memang sticky dan lembut.  Boleh gaul dgn senduk supaya lebih mudah.

Saya uli tak sampai 10 minit, off BM dan naikkan doh selama sejam. (Resepi asal naikkan doh selama 12 jam dalam peti ais). 

Selepas sejam, saya taburkan tepung, dan keluarkan doh.  Taburkan tepung dan agihkan doh kepada 8 bahagian.  Rounding lawa-lawa dan rehatkan 30minit.


Agihkan dan rounding.  Handle doh dengan bantuan tepung tau
Selepas doh direhatkan, bolehlah leperkan ia.  Saya rehatkan doh tadi dalam bekas bertutup sambil siapkan daging blackpepper.  Sementara leperkan doh, boleh panaskan oven 250c.  Saya guna setting grill api atas bawah aje tadi.  Kalau microwave convection oven saya memang setting grill tu suhunya 250c.
Tak perlu leperkan semua.. sambil tunggu doh masak, sambil lperkan.  Masa masak roti, jengok2 ke oven, doh menggelembung dah boleh alihkan.  
Make sure kesemua bahagian menggelembung sebelum alihkan ia.  Saya alihkan dengan sudip

Haaa.. dah masak.. Tak lama sangat prosesnya.  Tapi kena masak sebiji demi sebiji.. hehehe.. Kalau oven besar boleh cuba letak 2 biji ke.  Seeloknya test dulu 1 ye
Roti pita jangan dimasak lama, nanti dalamnya kering.  Bila keluarkan dari oven, saya tutup dengan kain (dengan alumunium foil pun boleh).  Dan sambung membakar lagi.. 

Sedikit tips - roti ni menggelembung sbb suhu yg panas.  Jd jgn masukkan byk biji sekaligus.  Semasa dibakar, saya set suhu 250c dan masa 60mins, bila pita dah mengelembung saya terbalikkan skjp dan keluarkan tanpa off kan oven.  Saya tutup pintu oven, dan ambil doh terus masukkan sbb kita tak mahu suhu turun. 

  • Selamat mencuba!

ANAK BULUS

Friday, November 24, 2017 0 comments
Total 8 anak bulus baru.. lahir dari 2 ibu. ibunya pulak 2 beradik (anak si Manja), kiranya 8 ekor ni sepupu sepapat la kan... 

Since kedua ibu ni almost sama rupa paras, anak-anak pun hampir sama rupa paras.  Part paling kelakar... Mak dengan anak, semua sama confused.  Memang tak pelik la tengok anak Comel, minum susu Comot.  Anak Comot terselit dalam anak-anak Comel.  Dah, maknya sendiri pun tak sedar.. inikan budak-budak tu kan. 

Tu kadang-kadang bila ibu ni turun merayap, ibu yang satu lagi jadi Ibu Susuan... Memang kelakar bila menengoknya...

Ni anak dan Ibu yang ori

Ini Chiko namanya.  Comel Chiko ni, muka macam anak anjing pon ye jugak

Limau ( yang paling kiri) menempel dekat anak-anak Comel.  Limau ni muda 2 minggu tapi anak-anak Comot mmg bulat-bulat dan berbulu tebal sikit.  Jadi nampak sama aje saiznya 


Anak-anak comot

Anak-anak comel







Comelkan Limau... (Anak comel dah namanya Oyen, jd Baba suruh panggil anak Comot ni limau pulak..hhheh)..

Tengok gaya si Kiki tido



Kalau nak tau, masing-masing tertukar anak masa ni.. hahaha... 



Mama nak lipat baju pun tak senang... 
Budak-buak ni dah makin nakal.  Kejnya nak menggigit semua benda.  Kaki kitaorang lah selalu jadi mangsa.  Pning menengok aksi masing-masing.  Nak tengok tv pun tak aman sebab diorang pun pakat kerumun depan tv & kusyuk menonton jugak! Takat nak tonton tu ok lagi, ni siaptangkap semua benda yg muncul kat tv, tak ke jenuh kita nak marah.

Buat masa sekarang, tak pandai mintak merayau kat bawah lagi... Dah pandai keluar masuk rumah nanti, bimbang mintak merayap aje kejenya... Pheww


TUTORIAL ROTI GOLOK

Wednesday, November 22, 2017 0 comments
 Tangan gatal nak meroti, maka inilah bakal jadi buah tangan Tiha untuk parti kelas dia.  Saya ni dari dulu tak pandai nak bentukkan Roti Golok.  Tapi setelah sekian lama, mulalah gatal nak mencuba.  Jenuh try, tak juga berjaya.  Then saya teringat pernah tengok tutorial buat roti simpul-simpul ni.  Saya cuba buat, ehh.. senang la plak.  Masa tengok gambarcara buat tu rasa tak faham pun.. hehehe...


r

Dah hampir separuh doh saya simpul, tiba-tiba teringatkan Tiha.  Apa kata suruh dia cuba tocang doh tu pulak... Tengok hasil tocangan dia...

Cantik kan??

Ni antara hasil tocangan Tiha.  Bila saya letak kat FB ramai sangat mintak saya buatkan tutorial

 Dah naikkan doh, masa nak preheat oven.. Alamak.. langsung tak boleh.  Susahnya hati kalau doh tak boleh nak bakar.  Tapi saya cuba jugaklah setkan suhu oven dan masa.  Saya tunggu 5 minit, masukkan doh.  Oven saya preheat ambik masa dlm 5 minit aje... Mujurlah elok aje masak roti2 ni.  Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat. 


Dah siap masak semua.. Esok pagi baru mekap.  Roti golok ni simple aje, sapu butter dan tekap atas gula caster.  Kalau nak kurangkan manis boleh letak susu tepung juga.  Kalau you all nak letak topping lain pun boleh juga.  Ikutlah citarasa kita kan... 
Tutorial tu saya upload kat youtube jugak sbb saya takleh nak download video ke blog.  Harap-harap tutorial mudah ni dapat membantu semua.. :)

ni tutorial dari Tiha

Yang ni pulak tutorial dari Mama

Untuk doh, boleh guna mana-mana resepi asas. 

HONEY WHOLEWHEAT BREAD

0 comments
Roti ni dah banyak kali saya buat. Sumber asal boleh refer kat sini  .  Tapi resepi asal tu macam complicated nak follow kan.  Tiapkali nak buat, saya pun pening.. heheheh...

You all jangan takut tau kalau nak buat roti guna wholewheat ni.  Boleh aje nak guna mana-mana resepi.  Korang just campurkan aje tepung tu.  Tak kisahlah ratio dia macam mana.  Tepung wholewheat kurang ke, sama banyak ke atau lebih banyak.  Contohnya kalau resepi pakai 500gm tepung, boleh aje nak letak 250gm wholewheat, 250gm high protein ke.  Macam doh pizza saya suka guna ratio 1 : 1.  Untuk loaf ni, saya lebihan wholewheat macam resepi asal.  Tekstur dia? Best sangat!  Kalah white bread tau... dia tak chewy dan tak jugak kering... just nice.

Doh guna banyak wholewheat ni lebih mudah koyak (reput), dia tak elastik macam doh roti biasa tu.  Nanti dah buat korang akan faham apa maksud saya.  Roti juga sedikit berat dengan kehadiran whowheat ni, jadi kekembangan tu taklah sehebat 100% high protein. Dari segi tekstur tetap gebu..


Ini resepi yang saya dah olah.  Saya gunakan cawan metrik ye.. Saya tidak terikat dengan resepi, jadi biasanya sukatan saya lebih kepada agak-agak dan kenalpasti doh tu semasa diuli...

Bahan-bahan

270ml air
1 sk garam
1/4 cawan madu (boleh ganti dengan gula)
1 1/2 cawan tepung roti
2 cawan wholewheat
3/4 sb yis
1 sb butter (rumbu)

* roti ni consider healthy sebab tak menggunakan gula, susu dan juga tinggi serat.  Kalau nak kurangkan lagi lemak, boleh gantikan butter dengan live oil or coconut oil ye.  Tapi teksturnya akan sedikit kasar.  Saya biasa buat doh pizza pakai olive oil, resepi hampir sama cumanya doh pizza lebih lembik.

Saya tak gunakan air sejuk sebab nak buat ulian sekali sahaja.  Set BM pada setting dough, biarkan bm menguli dan naikkan doh.  Dah cukup 1 jam 30 minit tu, keluarkan doh... tumbuk2 keluarkan angin

Doh terlembut sbb saya gatal tambah air masa ulian.  Saya rasa 270ml tu dah ngam... Doh wholewheat nni mmg rasa agak keras awalnya., biarkan bm tu uli lama sikit baru cek semula keadaan doh ye..
 Tapi kalau terlembik sikit pun, takde masalah.. saya taburkan tepung aje masa membentuk tu.. Nak buat loaf aje, toksah bimbang sangat.. hehehe..
saya bahagikan doh (seeloknya timbang supaya sama saiz).  Leperkan doh dan gulung.  Buat dekat doh satu lagi step yang sama tu ye
 Masa step ni kalau nak masukkan terus dalam loyang pun boleh juga... Nak buat seketul doh pun boleh... Nak buat jadi 3, 4 ketul pun boleh...
Kemudian saya lenyek lagi sekali dan gulung.  Kali ni dapatlah gulungan yang pendek dan gemuk.  Ulang step ni untuk doh satu lagi ye... 
Susun dalam loyang...

Ni dah nak naik sekali ganda.. tunggu lagi sampai doh naik lagi sekali ganda ok... (kira-kira 3/4loyang) 
Saya bakar pada suhu 180c selama 40 minit.. Ikut oven masing-masing.. 


 Haa.. Ada lagi satu benda pelik dan ajaib saya nak bgtau.  Kalau bakar loaf, sy x preheat oven.  Sy set suhu dan masa n terus masukkan roti.  Nak tau kenapa? Adehh.. Panjang mau story, kalau bran.. Try le.  Tp kalau roti biasa sy preheat oven mcm biasa.  Kalau loaf aje sy bakar mcm ni.  Boleh google jugak untuk tau jawapannya.. 😝😝

Dah siap...

Cara saya nak potong roti loaf ni, saya suka iringkan dia.  Kalau potong dari atas, bimbang terpenyek atau kena tekan loaf tu.  Saya akan potong kesemua bahagian dan simpan dalam plastik/bekas.  Kalau nak simpan lama, saya masukkan dalam freezer.  Buat macam ni senang anak-anak nak berdikari... hehehehe.  Bangun pagi diorang boleh ambil sekeping dan toast.  Anak-anak saya ni makan dgn macam-macam benda - butter gula, butter susu, butter kaya, butter chocolate syrup, butter honey, nutella, butter kosong, mayo & chic floss, picit kastad dll.. Bab-bab penyediaan tu saya tak bimbang.  Dalam rumah ni ramai mini chef yg kreatif.. :)

Ok.. simple aje kan.. Jom buat!!

KENGSOM - ASAM PEDAS SIAM

Saturday, November 18, 2017 0 comments
Abaikan gambar yang kurang menarik ni.  Saya memang tak pandai nak possingkan makanan.  Bagi saya Kengsom ni boleh tahan rasanya.  Penyediaannya simple aje.  Resepi saya dapat dari kenalan FB yang berasal dari Thailand. Anak-anak bukan main suka, Laieqa siap menambah 3x.  Cuma Baba yang tak berapa enjoy.  Baba ni kurang suka kuah-kuah macam ni.  Singgang, asam pedas style utara, sup.. semua tu dia kurang minat.  Slowly tengah paksa dia makan meal yang sihat macam ni.  Siapla Baba.. hari-hari Mama hidang menu-menu bening macam ni.  Biar Baba slim terus.. hehehe..

Kengsom ni rasanya masam-masam pedas.  So you all kena pandai-pandai lah agih perasanya tu 
Ini resepinya.  Tiada sukatan tau.. Ikut naluri dan selera masing-masing

Bawang Putih
Serai
Kunyit
Belacan
Cili siam
*Kisar halus

Masak air sampai mendidih, masukkan rencah tadi.  Masukkan asam keping Ikan dan Sayur.  Perasakan dengan garam, nise dan perasa.  

Sayur yang sesuai untuk masakan ni ialah - terung siam (bulat), kacang panjang, timun dan kangkung.

Dah nak habis pun kuah dicedok anak-anak


ATKINS - CHEEZY CHICKEN BALL

Friday, November 17, 2017 0 comments
Sekarang saya nak share menu Atkins pulak.  Saya dah free dari induksi.. ni menu-menu yang lepas lah ye...

Bahan-bahan

Dada ayam kisar
Blackpepper
Paprika
Garlic powder
Garam
cheese

Gaul kesemua bahan, kecuali cheese.  Rempah ratus tu you all boleh tukar ikut apa bahan yang ada dan juga ikut selera masing-masing.  Boleh juga letak telur dlm adunan, tapi saya lagi suka macm ni, less oily.  

Bulat-bulatkan dan letak inti (saya gunakan cheddar dan potong kiub).  Boleh goreng terus.  If nak celup dalam telur dan goreng pun boleh.  Kalau tak diet pulak, lps celup telur, golekkan dlm tepung gorengan ayam, breadcrumb, oats dll untuk dapat kerangupan.  


Dah siapp.. 

Seriously..sedappp sangatt!!  Paprika tu memang sedap tau.. elok ada stok kat rumah.  Nak perap apa2 u all letak.  Dia sama juga mcm serbuk cili cuma baunya tu menaikkan selera

Jenuh Baba dgn Mama nak kena berebut dgn anak-anak tauu..

ROTI GOLOK MALAM INI

Wednesday, November 15, 2017 0 comments
Assalamualaikum... Malam ni bersiaran sekejap selepas bersauna di dapur.  Roti ni saya buat untuk parti kelas Tiha esok.  Saya timbang doh 30gm aje supaya roti takla besar sangat.  Asalnya saya nak dendan comel-comel, macam roti golok orang biasa buat tu kann.  Tapi doh yang kecik & tangan yang tak berapa nak kayu.. Saya gagal buat tocang... huhuhu..


Ehh.. tapikann.. saya berjaya buat bentuk ni tau... Happynyaaa.. Saya memang pernah tengok tutorial tapi saya tak faham pon cara belitan tu.  Tadi dalam keadaan terdesak, saya belit sana sini, menjadi jugak... 
 Dah separuh jalan membelit, Tiha melintas.  Saya pun bgtau dia Mama tak pandai tocang, cuba Tiha try buat.  Saya bgtau dia leperkan doh kemudian kerat 3... Dan inilah hasilnya..
Cantikkan??? Lepas ni senanglah Mama.. Biar dia yang adun dan bentukkan roti aje.. hehehehe.. Jangan taktau dia dah lepas buat karipap from the scratch tau.  Cuma inti dia buat scramble egg aje sbb diorang mmg suka inti telur. S
Mama buat 21 biji


Tiha sempat buat 6 biji aje
Yg first batch.. banyak yg senget benget lagi




Haa.. esok ajelah kita mekap.  Mujur sangat roti ni berjaya masak elok.  Saya tak prheat oven, terus set suhu dan masa aje.  Makin banyak dah petanda oven ni bagi.  Eloklah saya beli oven baru siap-siap.. huhuhu..

As usual, resepi saya campak2 aje.  Macam ni lebih kurang sukatannya

Air sejuk 225ml
Telur A sebiji
Garam 3/4 sk
Gula 8 sb
Susu tepung 3 sb
Tpung gandum 1/2 cawan metrik
Tpung high protein 3 cawan metrik
Yis 3/4 sb
Butter 1/4 bahagian

Saya masukkan semua bahan kecuali butter. Semua bahan adalah dalam keadaan sejuk ye.  Dah teradun semua, saya masukkan butter yang dipotong kecil. Saya uli 2x atau sehingga doh elastik.

Dah siap, keluarkan doh dan rounding 30gm.  Leperkan dan potong doh kepada 3 dan tocangkan.  Untuk doh satu lagi saya gelekkan doh menjadi panjang dan buat lilitan ke kanan 2x (lekatkan dibawah doh) dan lilitan ke kiri sekali.  Kelim kemas..

Saya bakar dlm oven pada suhu 180c selama 20 minit.